Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Jumaat, 12 Februari 2021

Resepi : Tomyam Ayam Tanpa Perencah


Dalam umur yang dah makin meningkat ni, kalau boleh nak cari resepi-resepi mudah yang sihat tapi still sedap dimakan. Kalau diikutkan penggunaan perencah segera yang ada dipasaran ni memang tak bagus sebenarnya tapi kalau nak makan sekali sekala boleh sebenarnya kalau nak ubah selera kan.

Kalau sebelum ni saya masak tomyam guna perencah segera, hari ini saya nak cuba masak tomyam tanpa perencah. Rasa masih sama dan sedap :)

Bahan-bahan

  1. Ayam yang telah dipotong dadu
  2. 3 biji tomato (dibelah 4)
  3. Lobak (dipotong kecil)
  4. 2 biji bawang besar (dibelah 4) - kalau suka bawang boleh tambah lagi
  5. Kacang Panjang (dipotong)
  6. Lain-lain sayur yang dirasakan sesuai
  7. Cili api (diketuk) - nak pedas boleh letak banyak
  8. Cili kisar - 2 sudu (terpulang tahap kepedasan)
  9. Daun limau purut
  10. Serai (diketuk)
  11. Air asam limau kasturi/lemon - kalua suka masam boleh letak banyak
Cara masak
  1. Panaskan sedikit sahaja minyak
  2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga masak
  3. Masukkan serai
  4. Masukkan air
  5. Bila air dah mendidih sedikit masukkan ayam.
  6. Masukkan tomato, lobak,bawang besar, kacang panjang, cili api dan lain-lain sayur
  7. Masukkan daun limau purut dan air asam limau/lemon, garam secukup rasa
  8. Siap untuk dimakan
Mudah kan? Bahan-bahan pun senang nak cari dan cepat untuk dimasak. Boleh la dijadikan koleksi resepi untuk bulan Ramadhan nanti :)

Nota : Boleh tambah selera dengan telur dadar panas :)

Khamis, 11 Februari 2021

Resepi : Karipap Sardin Roti Gardenia


Mesti pening kan kalau setiap hari nak kena pikir sarapan apa nak buat esok. Terutama masa PKP ni yang memang banyak masa dihabiskan di rumah.

Resepi kali ni saya nak share resepi Karipap Sardin Roti Gardenia. Cara yang sangat mudah dan jimat masa nak buat. Bahan-bahan confirm la senang nak cari kan.:)

Bahan-bahan
  1. Roti Gardenia kecil (nak yang besar pun boleh)
  2. 1 tin sardin kecil
  3. Bawang besar atau bawang kecil (dihiris)
  4. Cili api (kalau nak pedas boleh letak banyak) - dipotong 
  5. Cili merah (kalau tak nak cili api boleh ganti cili merah ni) - dipotong
Cara masak
  1. Asingkan isi dan kuah sardin
  2. Lenyek kan isi sardin dan campurkan dengan bawang, cili api/cili merah
  3. Masak sardin tadi dalam 5-10 minit
  4. Ambil sekeping roti dan tekan supaya permukaan roti tadi nipis sedikit
  5. Letakkan sedikit sardin yang dah dimasak tadi
  6. Lipat roti tadi dan tekap dengan cawan atau apa sahaja yang sesuai (pastikan permukaan cawan tu tajam sedikit supaya mudah roti tadi terputus)
  7. Ulang sampai selesai untuk kepingan roti yang lain
  8. Masak dalam minyak yang tidak panas (api perlahan)
  9. Dah siap :)

Selamat mencuba :)

Isnin, 9 November 2020

Resepi : Kacang Buncis Bilis Goreng Belacan




Beberapa hari lepas tekak terasa nak makan bubur tapi tak tahu nak makan bubur dengan apa selain ikan bilis dan sambal. Teringat pula dalam peti ais ada kacang buncis ni. Selain boleh buat kacang buncis telur, boleh juga cuba untuk buat kacang buncis bilis goreng belacan ni.

Nak buat pun senang, bahan-bahan mudah nak dapat. Jom kita tengok resepi ni.

Bahan-bahan
  1. Kacang buncis
  2. Cili kering yang dikisar
  3. Cili api, bawang putih, bawang merah dan cili merah ditumbuk/kisar
  4. Belacan  bersama bahan di nombor 2
  5. Ikan bilis
Cara masak
  1. Goreng ikan bilis sehingga garing
  2. Tumis cili api, bawang putih, bawang merah, belacan dan cili merah yang dikisar/tumbuk tadi
  3. Masukkan cili kering yang dikisar tadi
  4. Garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan kacang buncis
  6. Bila kacang buncis dah agak masak tutup api dan biarkan sebentar sehingga sejuk baru masukkan ikan bilis tadi bagi memastikan ikan bilis kekal garing
  7. Dah boleh makan dengan nasi panas dan kicap atau bubur :)
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya

Resepi : Ayam Kukus Thai


Resepi kali ini lebih kepada resepi sihat. Tak ada lemak tak ada minyak. Sesuai untuk yang ingin menjaga Kesihatan dan dan berdiet.

Ayam kukus thai satu hidangan sihat yang sangat mudah nak disediakan. Jom kita tengok cara masak resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Ayam (boleh dipotong kecil dan dipotong besar, ikut masing-masing)
  2. Bawang merah, bawang putih, halia dan cili api ditumbuk kasar (kalau nak pedas boleh lebihkan cili api)
  3. Serai di tumbuk
  4. Bawang besar di potong bulat
  5. Cili merah dipotong
  6. Lobak dipotong kecil
  7. Tomato
  8. Air limau Kasturi
Cara masak
  1. Gaulkan ayam dengan bahan yang ditumbuk kasar tadi (No 2)
  2. Tambahkan air kalau nak berkuah
  3. Masukkan serai
  4. Kukus ayam tersebut
  5. Bila dah agak masak ayam yang dikukus tadi, masukkan bawang besar, cili merah, lobak dan tomato tadi
  6. Masukkan garam secukup rasa
  7. Masukkan air limau kasturi
  8. Sedia untuk dimakan
(Boleh masukkan sayur lain sekiranya suka)

Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya





Resepi : Ikan Bakar Sumbat


Time2 PKPB ni masak yang simple2 dah memadai kan? Yang simple,bahan mudah nak cari, dan tak renyah nak sediakan. Saya memang peminat ikan bakar. Cicah pula dengan kuah kicap atau kuah asam...memang terangkatlah bila makan kan. So bila pikir-pikir nak masak apa, terpikir nak masak ikan sumbat jugak. Apa kata kita buat saja ikan bakar sumbat. :)

Selalunya kalau ikan bakar saya guna ikan cencaru. Sisik yang keras tu jangan dibuang supaya masa kita bakar nanti isi tu tak melekat dan hancur. Kalau nak buat ikan kakar sumbat so di belakang ikan tu tu dibelah untuk kita masukkan sambal.

Bahan-bahan
  1. Ikan cencaru 2 ekor - sisik tidak dibuang dan dibahagian belakang ikan dibelah
  2. Cili merah *
  3. Bawang putih *
  4. Bawang merah *
  5. Cili api *
  6. Cili kering kisar
  7. Belacan
  8. Asam jawa
(Bahan yang bertanda * dikisar sekali)

Cara masak

(Sambal)
  1. Masakkan sambal yang ingin disumbat di belakang ikan dahulu
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar tadi
  3. Tambahkan cili kering kisar sedikit
  4. Garam dan gula secukup rasa
  5. Air asam jawa sedikit
  6. Sambal yang telah siap masak tadi sumbatkan di belakang ikan tadi
  7. Bakar ikan
(Kuah kicap)
  1. Potong bawang merah dan cili api
  2. Masukkan kicap
  3. Masukkan air limau Kasturi
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya


Resepi : Ikan Goreng Sambal


Selamat berPKPB semula semua :)… Nampaknya kebanyakan negeri telah pun PKPB dan ini bermaksud pergerakan kita terbatas. Ada yang bekerja dari rumah (work from home), penggiliran kerja dan sebagainya. Bila dah PKPB ni maknanya dapur mula lah berasap balik setiap hari kan. Anak-anak tak bersekolah membuatkan dapur kita aktif kan  berasapnya. :)

Okaylah….resepi kali ini ialah Ikan Goreng Sambal. Anak-anak mesti suka, lebih2 lagi kalua masakan ni tak pedas. Untuk cili kering saya memang guna cili yang tak pedas langsung so boleh guna cili yang banyak untuk mendapatkan sambal yang banyak.

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masak resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Ikan 3 ekor (Ikan yang saya selalu guna ialah ikan selar atau kembung)
  2. Cili kering kisar
  3. Bawang besar 1 biji - ditumbuk atau kisar
  4. Bawang putih 3 ulas - ditumbuk atau kisar
  5. Bawang besa- dipotong bulat
  6. Asam jawa atau asam keping

Cara masak
  1. Goreng ikan terlebih dahulu dan tidak terlalu garing
  2. Tumis bawang besar dan putih yang ditumbuk/kisar tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan cili kisar. Kalau nak banyak sambal boleh lebihkan bawang besar kisar dan cili kisar tadi
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  5. Masukkan air asam jawa atau asam keping
  6. Goreng sehingga cili kisar tadi masak
  7. Masukkan bawang yang dipotong bulat tadi dan jangan terlalu lama
  8. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
  9. Siap untuk di makan :)
Boleh dapatkan juga video resepi yang lain di Channel YouTube Suzy Natasya




Jumaat, 21 Ogos 2020

Resepi : Lala Goreng Serai


Saya memang penggemar seafood. Kalau pergi ke Bagan Lalang  antara hidangan yang paling saya suka order ialah lala goreng serai, kerang rebus dan sotong goreng tepung. Makan dengan nasi panas ataupun makan tanpa nasi pun sedap tau. :)

So hari ni saya nak share satu resepi yang senang sangat nak Disediakan ialaitu Lala Goreng Serai. Masa PKP hari tu banyak sangat masa nak masakkan so macam-macam masakan nak dicuba. Kalau dah boring sangat makan lauk yang berat bolehla cuba masak Lala Goreng Serai ni. 

Jom kita sama-sama masak resepi ni :)

Bahan-bahan
  1. Lala (Satu bungkus) - dibersihkan
  2. Serai - diketuk
  3. Bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah, halia - ditumbuk kasar
  4. Bawang besar - dihiris
Cara masak
  1. Tumis bahan yang ditumbuk kasar tadi sehingga naik bau
  2. Masukkan serai
  3. Masukkan sedikit air. Kalau nak kuah lebih masukkan air lagi
  4. Masukkan lala dan tutup kuali sehingga lala tu masak
  5. Kulit lala yang terbuka dan berubah warna maknanya lala tu dah masak
  6. Dah masak dan sedia untuk dimakan
Selamat mencuba :)


Khamis, 20 Ogos 2020

Resepi : Kari Ikan Bawal


Ada peminat masakan kari tak kat sini? Siapa peminat memang geng :) Resepi kali ini saya nak share resepi kari ikan bawal. Resepi adalah untuk hidangan 2 orang. Boleh juga guna ikan lain selain bawal dan boleh juga tambah sayur lain selain bendi dan tomato.

Bahan-bahan
  1. Ikan bawal 2 ekor
  2. Bawang putih, bawang merah & halia (dihiris)
  3. Cili kisar
  4. Rempah kari ikan (saya guna rempah kari adabi) - dicampur dengan cili kisar
  5. Daun kari
  6. Bendi
  7. Tomato 1 biji
  8. Santan 1/2 biji kelapa
  9. Air asam jawa
Cara masak
  1. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau
  2. Masukkan daun kari 
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur tadi dan goreng sehingga cili masak dan naik minyak. Pastikan cili kisar yang digoreng tadi dimasak dengan baik
  4. Masukkan santan ikut kesesuaian 
  5. Masukkan ikan bawal
  6. Masukkan bendi
  7. Garam dan air asam jawa secukup rasa
  8. Selepas hampir masak, masukkan tomato - masak tomato sekejap sahaja
  9. Siap untuk dimakan
Boleh juga lihat video di sini


Boleh juga dapatkan lain-lain video masakan DI SINI

Selamat mencuba :)


Selasa, 28 April 2020

Resepi : Sambal Goreng Pengantin



Resepi yang saya nak share kali ni datangnya nun dari sebelah Selatan iaitu Sambal Goreng Pengantin yang berasal dari Sinngapore-Johor. Biasanya dimasak masa ada kenduri kahwin. Kalau teringin nak makan boleh je masak bila-bila masa. Sangat sedap dan mudah untuk disediakan. Nak try? Jom..

Bahan-bahan
  1. 1/2 kg daging - direbus, dipotong dan digoreng
  2. 1/2 kg udang - dibersihkan dan digoreng
  3. 1/2 kg paru - direbus, dipotong dan digoreng
  4. 1 1/2 biji kelapa (santan pekat dan cair 6 cawan)
  5. 2 biji cili merah dan 2 cili kering - dihiris dan kemudia digoreng
  6. Sedikit belacan dan air asam jawa
  7. 1 cawan bawang goreng
Cara masak
  1. Masak santan, belacan dan air asam jawa dalam kuali sehingga pekat
  2. Masukkan garam dan gula secukup rasa
  3. Masukkan bahan -bahan yang telah digoreng tadi - kacau sehingga pekat dan naik minyak
  4. Masukkan bawang goreng - boleh kurangkan kuantiti bawang goreng kalau tak suka terlalu banyak
  5. Siap untuk dimakan. Memang sedap kalau dimakan dengan nasi minyak. Nasi putih biasa pun sedap jugak :). Masa raya nanti boleh la cuba resepi ni.

Resepi : Lawa Terung




Kalau sesiapa di sini yang orang Negeri Sembilan mesti tau kan resepi Lawa Terung. Bukan terung tu yang lawa tapi memang nama resepi tu lawa terung. Maybe terung tu nampak lawa. Siapa tau kan :). Bukan terung je kita boleh buat.  Lain- pun boleh. Ikut selera masing-masing la. Macam saya memang suka sangat dengan lawa terung ni. Inilah resepi paling senang, simple pada abad ni. Kalau dah tak sempat sangat nak masak tu boleh la cuba resepi ni.

Bahan-bahan
  1. Terung
  2. Cili merah/cili api/cili hijau
  3. Bawang merah
  4. Santan pekat
  5. Air limau Kasturi
Cara masak
  1. Bakar terung sehingga empuk
  2. Buang kulit terung dan belah dua terung tu
  3. Cili merah/cili api/cili hijau - dihiris
  4. Hiris bawang merah
  5. Gaulkan semua bahan-bahan tadi (terung, cili, bawang, santan, air limau kasturi) dalam satu bekas
  6. Masukkan gula dan garam secukup rasa
*Kalau nak sedap boleh dimakan Bersama ikan goreng. Confirm terangkat dan tak pandang kiri kanan dah makan nanti. Disebabkan santan tu kita tak masak, kena terus dimakan sebab takut cepat basi. Nak masak sekejap di atas api pun boleh. Tak ada masalah.


Resepi : Ayam Masak Madu



Bulan Ramadhan ni akan akan banyak kongsi resepi-resepi mudah dan jimat untuk kita sediakan. Rasa-rasa time PKP ni dah cuba banyak resepi ke belum? Selalu nak makan ayam masak madu ni kalua kita order di kedai. Apa kata kali ni kita masak sendiri. Tak susah. Senang sangat. Jom kita tengok step2 mudah untuk resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Ayam 
  2. Bawang merah - dihiris
  3. Bawang putih - dihiris 
  4. Halia - dihiris
  5. Kicap manis
  6. Sos tiram
  7. Madu
  8. Bijan
Cara masak
  1. Ayam digoreng
  2. Tumiskan bawang merah, bawnag putih dan halia sehingga naik bau
  3. Masukkan ayam dan gaul
  4. Masukkan kicap manis
  5. Masukkan sedikit air dan kacau
  6. Masukkan sos tiram
  7. Masukkan madu
  8. Tambahkan bijan
  9. Siap untuk dimakan
*Resepi saya ni tak ada bijan

Resepi : Daging Tiga Rasa



Pernah buat daging tiga rasa? Ha...selalu kita order kat kedai ikan tiga rasa kan. So hari ni saya nak share macammana nak buat daging tiga rasa ni. Kita tukar selera sikit ok. :)

Bahan-bahan

  1. Daging - dipotong dan direbus
  2. Cili kisar
  3. Paste tomato
  4. Bawang merah
  5. Bawang putih
  6. Halia
  7. Cili merah/hijau
  8. Lobak
  9. Sos tomato dan sos cili
  10. Air asam jawa
Cara masak

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia tadi sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kisar
  3. Masukkan paste tomato, air asam jawa, sos cili, sos tomato
  4. Masukkan daging
  5. Masukkan cili merah/hijau dan lobak (boleh masukkan sayur lain jugak kalua nak, ikut selera masing-masing).
  6. Gula dan garam secukup rasa
  7. Siap untuk dimakan 

Resepi : Ikan Masak Asam



Assalamualaikum semua....sedar tak sedar dah 5 hari kita dalam bulan Ramadhan. Dengan keadaan PKP sekarang ini dan tak ada pasar ramadhan yang dibenarkan buka, kita kena lah sediakan sendiri juadah berbuka puasa. Nak order online pun boleh tapi kalau disediakan sendiri pun bagus jugak. Dapat menjimatkan duit, terjamin kebersihan dan belajar resepi baru :).

Okay....resepi kali ini nak ialah Ikan Masak Asam. Sangat simple dan cepat untuk disediakan. Jom kita tengok cara untuk sediakan resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Ikan kembung atau mengikut selera masing-masing
  2. 1 biji bawang besar - dimayang
  3. 1 ulas bawang merah - dikisar
  4. 2 ulas bawang putih -  dikisar
  5. Sedikit halia - dikisar
  6. 1 biji tomato - dikisar dan ambil sedikit yang tidak dikisar
  7. 2 biji cili merah/hijau
  8. Cili api - dikisar dan ambil sedikit untuk diketuk
  9. Semangkuk air asam jawa - kalau nak guna pati asam jawa pun boleh tapi jangan banyak sangat nanti masam

Cara masak
  1. Gorengkan ikan tetapi jangan goreng garing sangat.
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan cili merah/hijau, cili api dan tomato dan kacau.
  4. Masukkan air asam jawa/pati asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
  5. Gula dan garam secukup rasa
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
  7. Siap untuk dimakan dengan nasi panas
Selamat mencuba semua  :)

Sabtu, 28 Mac 2020

Resepi : Kuew Teow Goreng



Apa khabar semua? Masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni mesti banyak masa dihabiskan di rumah terutamanya di dapur kan? Bila dah hari2 di dapur mesti dah buntu kan nak masak apa? Jom saya nak share satu resepi mudah sepanjang PKP ni.

Resepi hari ini ialah Kuew Teow Goreng

Bahan-bahan
  1. Daging/udang/ayam/kerang - boleh pilih mana yang sesuai
  2. Kuew teow - satu bungkus
  3. 2 biji bawang putih - ditumbuk
  4. Cili merah - dipotong
  5. Cili kisar
  6. Daun kucai 
  7. Taugeh
  8. Kicap manis
  9. Sos tiram
  10. Sos tomato
Cara masak
  1. Tumis bawang putih sehingga naik bau
  2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga masak
  3. Masukkan daging/udang/ayam/kerang
  4. Masukkan kicap manis, sos tiram dan sos tomato 
  5. Garam secukup rasa
  6. Masukkan kuew teow. Boleh tambah kicap lagi kalau nak hitam sikit
  7. Masukkan daun kucai, taugeh
  8. Akhir sekali bila dah masak letak cili merah sebagai hiasan
  9. Siap untuk di makan
*Resepi ini untuk hidangan 2 orang

Berikut adalah video cara Penyediaan Kuew Teow Goreng


Jumaat, 17 Januari 2020

Resepi : Terung Telunjuk Cili Api


Siapa suka terung telunjuk? Selain direbus goreng pun sedap. Kalau di kampung, terung ni tanam dan petik je bila nak makan.

Resepi kali ini ialah terung telunjuk cili api. Peminat terung terlunjuk boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Terung telunjuk - dipotong 
  2. Cili besar 
  3. Cili api 
  4. 1 biji bawang besar
  5. 1 biji bawang putih 
  6. Ikan bilis
(Bahan 2-6 ditumbuk)

Cara masak

  1. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau
  2. Masukkan terung telunjuk
  3. Tutup kuali sekejap sehingga terung empuk
  4. Garam secukup rasa
  5. Siap untuk dimakan
Selamat mencuba :)


Ahad, 25 Ogos 2019

Resepi : Daging Goreng Petai


Sana-sini sekarang nampak orang jual petai. Dah musim agaknya. Satu papan dijual dengan harga RM1 dan kalau 5 papan dapatlah RM5. Ada juga yang jual 7 papan dengan harga RM7. Puas makan petai.

Dengan petai ni macam-macam resepi boleh dimasak. Boleh buat sambal petai dengan ikan bilis, gulai, masak dengan sotong atau udang dan lain-lain.

Kali ni saya nak share resepi yang boleh dicuba iaitu Daging Goreng Petai.

Bahan-bahan
  1. Petai yang telah dibuang kulit
  2. Daging 
  3. Bawang besar- dipotong bulat
  4. Bawang putih - dihiris
  5. Cili api/cili merah/cili hijau - dipotong (Nak guna ketiga-tiga cili ni pun boleh)

Cara masak
  1. Rebus daging sehingga empuk dahulu - boleh masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan daging
  2. Goreng petai sedikit sehingga naik bau dan asingkan
  3. Goreng bawang besar, bawang putih dan cili api/cili merah/cili hijau sehingga naik bau
  4. Garam secukup rasa
  5. Masukkan daging yang telah direbus tadi dan goreng
  6. Masukkan petai
  7. Sedia untuk dimakan
Nampak sedap kan? Cuba lah dulu. Mesti rasa nak makan lagi. :)



Resepi : Kentang Ikan Bilis Kicap



Kadang-kadang kita balik dari kerja pun dah lambat dan tak sempat nak sediakan bahan-bahan untuk memasak. Nak makan di luar pun dah jemu. Jadi tentulah kita nakkan resepi yang simple untuk dimasak.

Resepi kali ini memang simple sangat. Nak sediakan bahan pun tak sampai 10 minit. Resepinya ialah Kentang Ikan Bilis Kicap.

Bahan-bahan

  1.  Kentang 1 biji - kalua nak lebih boleh tambah lagi ikut keperluan
  2. Ikan bilis yang telah dikopek
  3. Cili api/Cili merah/Cili Hijau (Nak guna ketiga-tiga cili ni pun boleh) - dipotong
  4. Bawang besar - dipotong bulat atau ikut suka
  5. Bawang putih - dihiris
  6. Kicap manis
Cara masak
  1. Goreng kentang dan ikan bilis 
  2. Tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api/cili merah/cili hijau sehingga naik bau
  3. Garam secukup rasa
  4. Masukkan kentang dan ikan bilis yang telah digoreng tadi
  5. Masukkan kicap manis
  6. Siap untuk dimakan
Mudah kan? Masak pun tak sampai 10 minit. Makan dengan nasi panas mesti terangkat. 


Selasa, 13 Ogos 2019

Resepi : Sotong Goreng Cili Api



Resepi kali ni ialah Sotong Goreng Cili Api. Pada yang sukakan masakan pedas dan penggemar sotong boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Sotong (5 ekor sederhana besar) - dibuang kulit kalau rajin
  2. 1 biji cili besar merah & 1 biji cili hijau - ditumbuk
  3. 6-7 biji cili api - ditumbuk (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  4. 1 biji bawang besar - ditumbuk
  5. 1 biji bawang putih - ditumbuk
  6. 1 biji bawang besar - dipotong bulat
Cara masak

  1. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi
  2. Goreng sehingga masak dan naik minyak
  3. Masukkan garam secukup rasa
  4. Masukkan asam keping
  5. Setelah bahan yang ditumis tadi masak, masukkan sotong dan bawang yang telah dipotong bulat tadi
  6.  Jangan biarkan bawang tadi lama sangat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas dan kalau nak sedap lagi makan dengan nasi panas dan kicap
Senang kan? Campak-campak dah masak. Kalau bahan-bahan memang dah ready dalam peti ais, 15 minit dah siap masak. Selamat mencuba!

Jumaat, 30 Mac 2018

Resepi : Sardin Goreng Cili Api


Sardin Goremg Cili Api

Bahan-bahan
  1. Sardin 1 tin
  2. Cili merah, cili api, bawang putih, bawang besar - ditumbuk
  3. Bawang besar - dipotong bulat atau biasa
  4. Asam keping
Cara masak
  1. Gorengkan sardin dahulu (tanpa kuah) dan asingkan
  2. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sehingga naik bau dan masak
  3. Masukkan kuah sardin
  4. Masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi
  5. Masukkan asam keping, garam secukup rasa dan bawang besar yang telah dpotong tadi
  6.  Siap untuk dimakan. :)
Jom la cuba korang resepi ni. Mudah je untuk idea berbuka puasa atau sahur bulan Ramadhan nanti. Makan dengan nasi panas dan kicap dan dimakan bersama telur dadar panas.


Rabu, 28 Mac 2018

Resepi : Ayam Goreng Cili Berlada


Ayam Goreng Cili Berlada

Bahan-bahan
  1. Ayam -dipotong
  2. Cili api - ditumbuk
  3. Bawang putih - ditumbuk
  4. Bawang merah/besar - ditumbuk
  5. Asam keping
  6. Bawang besar - dipotong bulat
Cara masak
  1. Goreng ayam mengikut citarasa
  2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau dan masak
  3. Masukkan garam secukup rasa, asam keping
  4. Masukkan bawang besar
  5. Bila bawang dah empuk, masukkan ayam yang telah digoreng tadi
  6. Siap untuk dimakan 
Sesuai untuk dimakan dengan nasi panas dan sup sayur/telur. :)