Isnin, 17 Oktober 2011

Menarik sekitar Ho Chi Minh, Vietnam

Tak lama lagi dah nak start cuti sekolah so rasanya ramai yang dah planning nak bawa anak2 dan isteri untuk pergi bercuti. Antara tempat yang sesuai untuk bercuti ialah Vietnam.

Entri kali ni saya nak sambung lagi cerita percutian saya di Vietnam beberapa bulan yang lepas. Entri saya sebelum ni adalah tentang tempat menarik dan tempat makanan halal di Vietnam. Entri kali ni saya nak bawa korang melihat apa yang menarik di sekitar bandar Ho Chi Minh, Vietnam.

Pejabat pos

Sepanjang perjalanan di sepanjang bandar HCM ni, mata saya tak terlepas dari memandang kabel elektrik ni......korang nampak tak apa yang menariknya?......Cuba tengok betul2 kabel ni.....berselirat, bersimpul2......fuhhhh.....tah macammana diaorg manage benda ni tah kan......boleh dikatakan tak ada langsung kabel yang tersusun......the best part ialah dengan selamba jer duduk kt kabel elektrik tuh tanpa rasa takut.....tabik spring lah.......Inilah uniknya di Vietnam....


Sekitar Ho Chi Minh, Vietnam

Pengangkutan utama Vietnam

Pengangkutan utama di Vietnam ialah motosikal. Rata-rata penduduk di sini menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama. Kalau tengok cara diaorg bawa motor ni memang takut. Ikut suka je nak jalan. Maybe sistem kita di Malaysia lain so bila tengok cara orang Vietnam ni bawa motor takut sikit lah bila nak melintas. Dan kalau kita tengok kebanyakan diaorang ni pakai helmet yang separa. Menurut pemandu pelancong kami, dulu2 mmg diaorg ni pakai helmet yang penuh, tapi disebabkan cuaca yang panas dan ada yang pengsan bila bawa motor, so kerajaan diaorg benarkan pakai helmet yang separuh tu. Itulah yang diterangkan pemandu pelancong kepada kami.


 

Selain Bandung, Vietnam juga merupakan syurga membeli belah. Semua ada....Di Vietnam, ada satu tempat yang memang popular untuk membeli belah, iaitu Ben Thanh, Vietnam. Dari fabrik sampailah ke makanan... pusing satu hari memang tak puas...mesti korang nak repeat lagi.......Harga pun boleh tahan...tak mahal sangat dan tak murah sangat. The best part is...korang boleh tawar menawar.. Kalau tak setuju dengan harga kedai A boleh pergi ke kedai B.....boleh tawar serendah yang boleh......huhuhu....sebab kat situ ada banyak persaingan so peniaga kat sana berlumba2 nak jual barang/produk diaorg......Janji bawak duit cukup2...huhuhu..kalau tak menyesal tak beli......dan kalau nak beli banyak2 untuk dijjual di Malaysia pun boleh...masih boleh untung lagi......:)


Ada satu soalan....korang rasa, apa yang di bawa oleh lelaki ni.....penat wooo nak amik gambar ni....maklumlah dalam bas....kejap dia ke depan, kejap bas ke depan...akhirnya dapat jugak ambik gambar ni...sebenarnya lelaki ni bawa binatang/haiwan yang telah diawet macam cicak, jengking ,ular dan sebagainya lah untuk hidangan makanan....orang-ornag di sana memang suka dengan makanan eksotik ni.......kalau kita tengok di pasar2 sekitar Vietnam pun memang ada dijual makanan eksotik ni di dalam botol....dan apa yang saya perhatikan, memang susah nak jumpa anjing atau kucing sekitar Vietnam ni......huhuhu..sebab itu adalah makanan utama diaorg........nak dapatkan gambar kucing pun payah kt Vietnam ni....


Ini adalah muka2 terpaksa menyerahkan kasut untuk dicuci...heheheeh

Ada satu lagi pemandangan yang menarik di Vietnam ni. Penduduk di sini akan buat apa sahaja untuk mendapatkan duit. Kalau korang duduk2 kat luar restauran atau mana2, korang akan didatangi oleh tukang cuci kasut.....time tu dia akan ckp kasut kita kotor dan nak cuci..huhuhu..dan kadang2 akan memaksa kita untuk buka kasut sebab diaorg nak cuci sangat.....bila tengok kan, rasa betapa bertuahnya kita hidup di Malaysia sebab merupakan lubuk rezeki......:)..so...berbanggalah menjadi rakyat Malaysia!....

Okaylah....setakat ni saja cerita ceriti di Ho Chi Minh, Vietnam.....banyak lagi nak cerita....nanti bila dah ada idea, saya sambung cerita di Vietnam ni....selamat bercuti......

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :