Selasa, 2 Januari 2018

Cara Mengatasi Masalah Cap Jari Pada Kad Pengenalan


Kad pengenalan (IC) memang menjadi satu dokumen yang penting dalam semua urusan. Salah satu urusan yang memerlukan pengesahan kad pengenalan ialah bagi membuka akaun bank. Baru-baru ini saya berhajat untuk membuka akaun simpanan di Bank Muamalat. Sebelum ini memang saya ada masalah pada pengesahan cap jari untuk kad pengenalan. Bukan setakat untuk buka akaun bank, untuk mengeluarkan duit juga menjadi masalah kerana semua bank telah menggunakan pengesahan pada kad pengenalan. Selalunya kalau dalam 10 kali percubaan, cuma sekali sahaja yang lepas.

Okaylah, berbalik pada kes saya tadi. Seperti yang dijangka, saya gagal untuk membuka akaun bank disebabkan tidak dapat membuat pengesahan pada kad pengenalan saya disebabkan masalah pada cap jari saya. So saya disarankan oleh pegawai bank tersebut untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meminta surat pengesahan yang menyatakan ada masalah pada jari saya.


Disebabkan saya memang perlu untuk membuka akaun bank dan untuk urusan-urusan yang lain pada masa akan datang, saya telah pergi ke JPN, Putrajaya untuk mendapatkan surat pengesahan.

Urusan di JPN sangatlah cepat. Saya sampai ke JPN pada jam 12 tengahari dan pada jam 1 petang selesai semua urusan untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut dan perlu membayar RM5.00. Surat pengesahan tu boleh dibuat copy sebanyak yang mungkin dan simpan.

Surat pengesahan IC
Surat Pengesahan IC

Selepas selesai mendapatkan surat pengesahan, saya telah ke bank semula untuk membuka akaun simpanan. Saya menyerahkan surat dari JPN tersebut dan terus mendaftar untuk membuka akaun simpanan.
Pada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti saya (jari tak boleh detect pada kad pengenalan), cepat2la pergi ke JPN untuk dapatkan surat pengesahan kerana semua urusan rasmi kita menggunakan kad pengenalan. Jangan risau, urusan di JPN memang cepat sebab ada banyak kaunter yang dibuka.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :