Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2019

Anak AR Badul mati tertembak semasa persembahan



Seorang Mejar Komando Kem Sungai Udang  yang dikenali sebagai Mejar Mohd Zahir Armaya, 36 dipercayai meninggal dunia akibat tertembak semasa latihan di Kem Lok Kawi, Sabah, pukul 9.20 pagi ini.

Mangsa Mejar Mohd. Zahir Armaya, adalah merupakan anak pelakon lagenda, AR Badul itu mati semasa melakukan demonstrasi akibat mati kena tembakan pistol.

Tembakan itu dipercayai tersasar sedikit dan melepasi baju kalis peluru yang dipakai oleh mangsa.

Ketika kejadian, mangsa memakai berbaju putih dan bertopeng beraksi sebagai penjenayah yang ditembak mati oleh anggota tentera. Mangsa rebah dan diheret ke tepi sebelum persembahan ditamatkan. Bagaimanapun, mangsa didapati tidak sedarkan diri sebelum topeng mukanya dibuka dan mukanya berlumuran darah

Mangsa bertugas di Kem Sungai Udang, Melaka dikatakan terkena tembakan dalam demonstrasi melibatkan pasukan khas itu sempena Pelancaran Divisyen Kelima Infrantri Malaysia Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia.

Mangsa menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada pukul 9.30 pagi tadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.


Sumber : Bernama, Utusan Online, Hmetro

Selasa, 13 Ogos 2019

Carboot Sale Sungai Kantan, Kajang (CBS SK)



Ada masalah berikut?

  • Barang tak pakai terlampau banyak di rumah?
  • Ingin buat duit tambahan di hujung minggu?
Jangan risau. Korang boleh join Carboot Sale Sungai Kantan, Kajang (CBS SK). CBS SK ini adalah di bawah Majlis Perwakilan Penduduk Zon 14, Majlis Perbandaran Kajang. Akan bermula pada 7hb September 2019 (Sabtu), bermula jam 6 pagi sehingga jam 12 tengahari dan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Hanya RM20 sahaja untuk satu petak setiap Sabtu.

Lokasi Carboot Sale Sungai Kantan, Kajang (CBS SK) sangat strategik di mana berdekatan dengan lot kedai yang terdiri daripada restoren, 7eleven, dobi, klinik, dan lain-lain. Bagi yang gemarkan sukan riadah, terdapat Taman Belia@Sg Kantan yang terdiri daripada gelanggang takraw, badminton, futsal dan skatepark.

Terdapat juga pelbagai aktiviti sampingan yang menarik diadakan. Antaranya ialah Beyblade Competition,Yoyo Demo,Kajang Mini Toy Exhibition & Push Bike.

Untuk maklumat lanjut, boleh visit www.carboot.com.my

Jumpa di sana....

Isnin, 4 Februari 2019

Portal Jawatan kosong Sektor Kerajaan, Swasta dan Latihan Industri


Berita baik kepada semua di luar sana bahawa LEPAK telah mewujudkan satu Portal Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia bagi memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk mencari pekerjaan. Portal ini juga menyediakan informasi berkaitan kerja dan jawatan kosong di seluruh Malaysia yang merangkumi peluang pekerjaan sepenuh masa, separuh masa dan bagi pelajar praktikal. Jawatan kosong merangkumi jawatan kosong di agensi kerajaan dan swasta yang meliputi dari pelbagai kategori jawatan.


Korang semua boleh dapatkan senarai peluang pekerjaan setiap hari di portal ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Sila layari portal dan Facebook di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong yang ditawarkan.

Jangan lupa war-warkan kepada rakan-rakan, keluarga dan semua kenalan dan membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan.

Jumaat, 6 Julai 2018

Pusat jagaan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari 2019

hannah yeoh, childcare, pusat jagaan kanak-kanak,

Menjelang 1 Januari 2019, semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan  diwajibkan untuk menyediakan dan mewujudkan pusat jagaan/asuhan kanak-kanak. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

Kementerian akan membuat audit di semua agensi kerajaan bagi memastikan smua agensi kerajaan mematuhi Pekeliling Awam Bil 6/1989 di mana Perkhidmatan Persekutuan dan Negeri hendaklah menyediakan pusat jagaan kanak-kanak untuk kemudahan ibubapa menghantar anak-anak semasa mereka keluar bekerja. Kemudahan ini juga membolehkan ibu bapa merasa senang hati tanpa rasa bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana ianya dijamin selamat.

Sektor swasta juga digalakkan untuk menyediakan kemudahan pusat jagaan/asuhan kanak-kanak ini melalui insentif pengecualian cukai 10 peratus (10%) selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyelenggaraan bangunan untuk pusat jagaan/asuhan kanak-kanak.


Khamis, 5 Julai 2018

Kronologi Kes Kematian Adam Rayqal

Semalam kita digemparkan dengan kes kematian adik Adam Rayqal yang dijumpai mati di dalam peti ais milik pengasuhnya. Kematian yang amat memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Adam dikatakan baru seminggu berada di rumah pengasuh yang sebelum ini dijaga oleh neneknya. Jenazah Adam telah selamat dikebumikan di Tanah perkubutan Ladang Kok Pelam, Kuala Terengganu. 

Berikut adalah kronologi kes kematian adik Adam. Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk kes ini.

adam rayqal, peti ais, bayi 5 bulan mati
Kredit Grafik : Sinar Harian

Rabu, 4 Julai 2018

Bayi 5 bulan ditemui mati di dalam peti ais pengasuh


Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seornag lelaki yang menyamar sebagai bapanya ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves. Mayat Adam ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira pukul 11 malam Selasa yang disumbat dalam beg berwarna hijau.

Mayat bayi tersebut ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan. Polis kemudia membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi bayi itu disimpan. Mayat dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.


Berita ini betul-betul meruntun hati semua rakyat Malaysia. Bagaimana ada orang yang tergamak membunuh dan meletakkan bayi tersebut dalam peti ais. Terbayang-bayang kesengsaraan anak comel tersebut. Zalim. Itu sahaja perkataan yang boleh digambarkan.




Diharap keadilan dapat ditegakkan. Ini bukan isu biasa. Ini isu yang sangat besar dan mendapat perhatian umum. Di sinilah berlakunya dilema ibu yang bekerja. Terpaksa melepaskan anak untuk dijaga oleh pengasuh demi meneruskan tugas mencari nafkah. Jangan kita menuding jari kepada sesiapa pun. Jalan terbaik adalah mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan ibu yang bekerja tidak merasakan risiko membenarkan orang lain menjaga anak-anak mereka. Kami akan kupas isu ini di posting akan datang.

Salam takziah kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Syurga tempatmu sayang.


Video : Najib ditangkap di kediaman oleh SPRM


datuk seri najib razak, 1mdb, tangkap, sprm

Pasukan Petugas Khas 1MDB, mengesahkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn.Bhd. Najib ditahan berkaitan kes dana berjumlah RM42 juta yang dikatakan diseleweng daripada SRC International Sdn.Bhd , bekas anak syarikat 1MDB. Beliau dijangka dituduh di mahkamah pada 4 Julai 2018.

Ikuti berita selanjutnya selepas ini.
Seperti yang disahkan Pasukan Petugas Khas 1MDB, Datuk Seri Najib Tun Razak ditahan oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan kes SRC International Sdn B

Selasa, 3 Julai 2018

Gempar! Jamal ditangkap di Indonesia


Setelah sekian lama menjadi buruan, menurut Astro Awani, ahli politik Datuk Seri Jamal Yunos 48 telah ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia  ketika sedang mendapatkan perkhidmatan menggunting rambut  di Jakarta Selatan.

Beliau dikatakan bersembunyi di beberapa lokasi sebelum ditangkap pada pukul 6.15 petang oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri). Dia dikatakan bersembunyi di Medan, Utara Sumatera sebelum berpindah ke Jakarta Selatan bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Jamal disiasat sekurang-kurangnya dengan enam kesalahan termasuk mencetuskan gangguan awam dengan memecahkan botol alcohol untuk membantah Festival Beer Better di bangunan secretariat Negeri Selangor Oktober lalu.

Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata 1960 kerani membawa senjata api semasa dalam keadaa mabuk atau tidak senonoh.

Polis sebelum ini melancarkan pencarian selepas dia didapati lari dari wad di Hospital Pakar Ampang Puteri 25 Mei lalu.


Sumber : mstar online
Menurut sumber, Jamal, 48, bersembunyi di beberapa lokasi sebelum ditangkap pada pukul 6.15 petang oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri), pada Isnin.
"Dia dipercayai bersembunyi di Medan, Utara Sumatra sebelum berpindah ke Jakarta Selatan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Dia juga dipercayai pergi ke Medan melalui laluan laut," lapor sumber berkenaan.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis Malaysia sudah dihubungi untuk penghantaran balik pemimpin kumpulan Baju merah itu.
Jamal kini disiasat untuk sekurang-kurangnya enam kesalahan, termasuk mencetuskan gangguan awam dengan memecahkan botol alkohol untuk membantah Festival Beer Better di bangunan sekreteriat negeri Selangor, Oktober lal
Polis melancarkan pencarian selepas dia didapati lari dari wad di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/03/jamal-ditangkap/#MGB2vF16jEW8tFKf.99
Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/07/02/jamal-ditahan/#f20J6tr8Ho1irkDZ.99
Menurut sumber, Jamal, 48, bersembunyi di beberapa lokasi sebelum ditangkap pada pukul 6.15 petang oleh Polis Kebangsaan Indonesia (Polri), pada Isnin.
"Dia dipercayai bersembunyi di Medan, Utara Sumatra sebelum berpindah ke Jakarta Selatan untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.
"Dia juga dipercayai pergi ke Medan melalui laluan laut," lapor sumber berkenaan.
Pada Isnin, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis Malaysia sudah dihubungi untuk penghantaran balik pemimpin kumpulan Baju merah itu.
Jamal kini disiasat untuk sekurang-kurangnya enam kesalahan, termasuk mencetuskan gangguan awam dengan memecahkan botol alkohol untuk membantah Festival Beer Better di bangunan sekreteriat negeri Selangor, Oktober lal
Polis melancarkan pencarian selepas dia didapati lari dari wad di Hospital Pakar Ampang Puteri, 25 Mei lalu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/03/jamal-ditangkap/#MGB2vF16jEW8tFKf.99
Beliau juga disiasat mengikut Seksyen 34 Akta Senjata 1960 kerana membawa senjata api semasa dalam keadaan mabuk atau tidak senonoh.

Mahkamah Majistret Shah Alam kemudian mengeluarkan waran tangkap ke atas Jamal pada 8 Jun lalu.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2018/07/02/jamal-ditahan/#f20J6tr8Ho1irkDZ.99

Info Menarik Beg Tangan BIJAN


  1. Setiap rekaan dikatakan hanya ada beberapa unit
  2. Setiap unit pula boleh direka dengan lebih spesifik berdasarkan kehendak pelanggan
  3. Diperbuat daripada kulit buaya yang berkualiti tinggi
  4. Boleh ditambah dengan hiasan seperti batu permata dan perincian lain yang mahal dan eksklusif
  5. Diperbuat dengan tangan (handmade) oleh mereka yang berkemahiran tinggi
  6. Pelanggan yang berminat dengan beg tangan ini mesti membuat temujanji di butik Bijan
  7. Harga setiap unit boleh mencecah ratusan ribu sehingga ke jutaan ringgit
  8. Jenama Bijan telah wujud semenjak tahun 70-an dan sudah lebih 40 tahun dalam pasaran
  9. Sebelum mereka beg tangan, jenama Bijan lebih dikenali sebagai pembuat pakaian lelaki (menswear), minyak wangi dan aksesori
  10. Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, Bijan mengeluarkan beg tangan wanita
  11. Bijan terkenal dengan prinsip memfokuskan produk mereka kepada 1% populasi dunia (yang pastinya terdiri daripada golongan elit, kerabat diraja dan pemimpin tertinggi di dunia)
  12. Cara yang betul untuk menyebut Bijan adalah "Bi-Jhen". Boleh rujuk cara untuk menyebut Bijan di bawah ini


Rabu, 4 April 2018

Pengumuman Kepada Penjawat Awam di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) Oleh PM

Sumber gambar : Bharian

Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA), telah diadakan pada 4 April 2018 di PICC jam 9.00 pagi. Berikut adalah ringkasan pengumuman kepada penjawat awam.

  1. Pemendekan tempoh Time Based kali kedua berasaskan kecemerlangan kepada kumpulan pelaksana untuk semua perkhidmatan iaitu dari 13 tahun ke 10 tahun. Bermula pada tahun 2018.
  2. Mewujudkan lapisan Gred DG 56 bagi skim pegawai perkhidmatan pendidikan yang telah memegang jawatan selama lebih 5 tahun di Gred 54 dan cemerlang.
  3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak (COS warga Negara) bermula 1 Julai 2018.
  4. Sumbangan dana tahunan kepada CUEPACS sebanyak sekurang-kurangnya RM3 juta setahun.
  5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan (seperti cuti umrah) dilanjutkan bagi menunaikan aktiviti keagamaan (agama lain) kepada maksimum 7 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.
  6. Memberi kenaikan pencen 1% daripada kadar pencen secara one-off pada mulai 2018. 
  7. Bagi persatuan-persatuan pesara Malaysia, kerajaan akan beri geran khas RM1 juta masing-masing. 
  8. Kuota haji khas akan ditentukan kepada pesara kerajaan.
  9. Kerajaan memberi kepada penjawat awam, kenaikan 1KTG khas kepada semua Penjawat Awam bermula 1 Julai 2018.


Selasa, 3 April 2018

Evolusi Telefon Bimbit



Telefon bimbit sekarang adalah satu kemestian. Tanpa sesaat pun telefon bimbit akan buat kita tak keruan. Itu adalah FAKTA! Kalau kita imbas berpuluh tahun dahulu, telefon bukanlah satu alat yang sangat penting tetapi sekarang kita memang bergantung sepenuhnya. Maklumat dihujung jari. Dengan satu sentuhan, semua maklumat kita dapat. Dengan hanya satu sentuhan, kita boleh berkomunikasi di seluruh dunia. Maklumat sampai terlampau cepat dengan teknologi terkini tanpa batasan.

Tetapi, tahukah korang semua bahawa evolusi telefon bimbit ini telah dicipta lebih 45 tahun dahulu? Jom kita baca sejarah 45 tahun dahulu bagaimana terciptanya alat yang sangat memberi kesan kepada kehidupan kita sekarang.


1957
Sebelum telefon bimbit diperkenalkan pada tahun 1973, telefon mudah alih terhad kepada telefon yang dipasang di dalam kenderaan. Ini adalah peralatan telefon radio pertama yang membolehkan seseorang membuat panggilan tanpa pengawasan syarikat telekomunikasi tempatan. Lebih dikenali sebagai telefon kereta, telefon putar ini dipasang di dalam kereta dan seberat 40kg.

1973
Pada tahun 1973, Motorola mencipta sejarah syarikat pertama menghasilkan telefon bimbit genggam pertama iaitu model Motorola DynaTAC. Pada tahun 1984, Motorola mengeluarkan Motorola DynaTAC 8000X, telefon bimbit mudah alih komersial yang pertama di dunia.


1997
Pada tahun 1997, Nokia mengeluarkan Nokia 3110 ke pasaran. Ketika itu 3110 adalah telefon bimbit yang paling kompak di pasaran, menamatkan trend telefon bimbit yang besar pada tahun 1970-an dan 1980-an. Menjelang 2008, Nokia Corp telah mengetuai industri telekomunikasi lebih satu dekad, mencapai pasaran tertinggi iaitu 40 peratus dalam jualan telefon bimbit di seluruh dunia.

1999-2002
Blackberry pertama kali diperkenalkan pada tahun 1999, tetapi ia mula menjadi kegilaan ramai ketika mengeluarkan model terbaru pada tahun 2002 kerana ia menampilkan ciri-ciri seperti emel wayarles dan penghantaran lampiran faks menerusi telefon bimbit.


2000
Pada awal 2000, telefon bimbit dengan ciri-ciri telefon lipat (flip phone) memasuki pasaran. Motorola memperkenalkan telefon dengan reka bentuk yang anggun dengan skrin berwarna bagi pengguna yang mahukan kelainan.



2003
Bukan Paris Hilton sahaja yang jatuh cinta dengan T-Mobile Sidekick miliknya. Pengguna dapat menikmati papan kekunci penuh di skrin segi empat tepat termasuk pelayaran web, emel, mesej segera AOL, kalendar dan kamera, permulaan ciri-ciri penting telefon pintar sekarang.

2004
Pernah menjadi telefon bimbit lipat terlaris di dunia, Motorola memperkenalkan telefon flip Razr pada tahun 2004. Telefon yang paling kompak dan nipis di pasaran ketika itu iaitu model V3 terjual sebanyak 130 juta unit dalam jangka masa empat tahun.



2005
Pada tahun 2005, Blackberry menghantar emel luar dari pejabat menjadikan ia telefon bimbit kegemaran pekerja korporat dan peniaga kerana ia juga mempunyai ciri Wi-fi, skrin penuh warna dan papan kekunci yang lebih besar. Penggunaan tambahan telefon bimbit itu turut meningkatkan jumlah pesakit dengan 'sindrom ibu jari Blackberry' atau lebih dikenali sebagai sindrom carpal tunnel dan tendonitis.



2007
Pada tahun 2007, Apple mengeluarkan iPhone pertama mereka dan selebihnya menjadi sejarah. Revolusi iPhone menggabungkan tiga produk- telefon mudah alih, skrin iPod yang lebar dengan kawalan skrin sentuh dan peranti komunikasi internet yang hebat. Ia juga memperkenalkan ciri baru sepenuhnya berdasarkan paparan multi-sentuhan yang besar dan membolehkan pengguna mengawal iPhone dengan menggunakan jari sahaja.



2016
Pada 7 September 2017, Apple melancarkan iPhone7 yang kalis air, lensa berkembanr yang menawarkan zoom optik dua kali ganda dan sehingga 10 kali ganda zoom digital untuk foto, fon telinga tanpa wayar dan prestasi serta hayat bateri terbaik.



Sumber : Utusan Malaysia, 1 April 2018

Selasa, 2 Januari 2018

Cara Mengatasi Masalah Cap Jari Pada Kad Pengenalan


Kad pengenalan (IC) memang menjadi satu dokumen yang penting dalam semua urusan. Salah satu urusan yang memerlukan pengesahan kad pengenalan ialah bagi membuka akaun bank. Baru-baru ini saya berhajat untuk membuka akaun simpanan di Bank Muamalat. Sebelum ini memang saya ada masalah pada pengesahan cap jari untuk kad pengenalan. Bukan setakat untuk buka akaun bank, untuk mengeluarkan duit juga menjadi masalah kerana semua bank telah menggunakan pengesahan pada kad pengenalan. Selalunya kalau dalam 10 kali percubaan, cuma sekali sahaja yang lepas.

Okaylah, berbalik pada kes saya tadi. Seperti yang dijangka, saya gagal untuk membuka akaun bank disebabkan tidak dapat membuat pengesahan pada kad pengenalan saya disebabkan masalah pada cap jari saya. So saya disarankan oleh pegawai bank tersebut untuk pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi meminta surat pengesahan yang menyatakan ada masalah pada jari saya.


Disebabkan saya memang perlu untuk membuka akaun bank dan untuk urusan-urusan yang lain pada masa akan datang, saya telah pergi ke JPN, Putrajaya untuk mendapatkan surat pengesahan.

Urusan di JPN sangatlah cepat. Saya sampai ke JPN pada jam 12 tengahari dan pada jam 1 petang selesai semua urusan untuk mendapatkan surat pengesahan tersebut dan perlu membayar RM5.00. Surat pengesahan tu boleh dibuat copy sebanyak yang mungkin dan simpan.

Surat pengesahan IC
Surat Pengesahan IC

Selepas selesai mendapatkan surat pengesahan, saya telah ke bank semula untuk membuka akaun simpanan. Saya menyerahkan surat dari JPN tersebut dan terus mendaftar untuk membuka akaun simpanan.
Pada sesiapa yang mempunyai masalah yang sama seperti saya (jari tak boleh detect pada kad pengenalan), cepat2la pergi ke JPN untuk dapatkan surat pengesahan kerana semua urusan rasmi kita menggunakan kad pengenalan. Jangan risau, urusan di JPN memang cepat sebab ada banyak kaunter yang dibuka.


Sabtu, 29 September 2012

Ringkasan Perincian Bajet 2013


Bajet 2013 telahpun dibentangkan semalam dan telah mendapat pelbagai reaksi dari orang awam. Walau apapun reaksi, kita memang tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Ada yang suka dan tak suka. Ada beberapa perkara yang diberi tumpuan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup, pendidikan, kelestarian bekalan makanan, kejiranan yang selamat, pembangunan komuniti, menyokong pelaburan dan PKS, perumahan untuk rakyat dan kesihatan. Berikut adalah ringkasan pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan semalam. Diharap sama2 kita menggunakan sebaiknya Bajet yang telah diperuntukkan ini.





Klik pada gambar untuk gamnbar yang lebih besar.

 Sumber : 1Malaysia


Selasa, 25 September 2012

Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak




Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 28 September 2012 (Jumaat), 4 petang di Parlimen Malaysia boleh ditonton melalui Portal Perbendaharaan Malaysia.


Pembentangan juga boleh ditonton melalui semua stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA.

Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013, boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak habis membentangkan Bajet 2013.

Berikut adalah antara link yang boleh diakses bagi live streaming Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Live Streaming - http://www.treasury.gov.my

Jangan ketinggalan untuk menonton pembentangan ini....Harap2 ada berita baik untuk kita semua.

Sumber : josrevalution



Isnin, 3 September 2012

Coklat kurangkan risiko sakit jantung


Ada berita baik bagi penggemar coklat. Terdapat satu kajian terbaru yang mendapati sesiapa yang makan coklat didapati boleh mengurangkan risiko angin ahmar. Di dapati lelaki yang makan coklat dalam kadar sederhana setiap minggu didapati akan kurang mendapat serangan angin ahmar dalam tempoh 10 tahun berbanding yang tidak makan langsung.

Responden yang mengambil bahagian dalam kajian perkara itu makan banyak coklat, sama dengan satu pertiga cawan cip coklat mengurangkan risiko sakit jantung sehingga 17 peratus. Seramai 37,103 lelaki Sweden berusia 49 hingga 75 tahun mengambil bahagian dalam kajian itu. - Laporan akhbar Daily Mail.

Cara pemakanan mereka dinilai menerusi soalan mengenai makanan terutama sekerap mana mereka makan coklat. Kemajuan dari segi kesihatan lelaki terbabit direkod selama 10 tahun.

Daripada bilangan keseluruhan responden, penyelidik mencatat 1,995 orang yang kena sakit jantung sebanyak sekali.

Kajian sebelum ini menunjukkan coklat mungkin membantu mencegah diabetes, menghalang tekanan darah dan melindungi daripada sakit jantung.

Rupa2nya banyak manfaat makan coklat ni. Tapi janganlah secara berlebihan.

Kalau ada antara korang yang rasa nak buat sendiri coklat ni bolehlah cuba belajar daripada ebook tutorial untuk buat coklat dengan kos yang murah. Selain mendapat manfaat daripada coklat ni korang boleh juga menjana pendapatan. Tak rugi pun kalau nak mencuba kan.

 
Sumber gambar : Google

Jumaat, 1 Jun 2012

Akta Keterangan (Pindaaan) 2012- Berkuatkuasa mulai 1 Jun 2012


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan 1 Jun 2012.

Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.

Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.

Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.

Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.

p/s: Apa pandangan korang? Adakah ianya menyekat kebebasan kita bersuara dan melontarkan pendapat?....


Sumber : amanz

Selasa, 29 Mei 2012

Makan di luar atau masak sendiri? Mana satu yang menjadi pilihan?


Makan di luar atau masak sendiri? Mana satu yang menjadi pilihan? Itu semua pilihan masing-masing. Keselesaan masing-masing. Ada yang cakap lagi selesa makan di luar..ada juga yang cakap masak sendiri lagi bagus.......Lagipun , kewujudan restoren dan kedai-kedai makan sekarang bak cendawan tumbuh....Mana-mana pun boleh pergi kan..asalkan bayar ajer lah....

Wanita sekarang yang bekerjaya kadang-kadang memaksa mereka untuk tidak masak di rumah..almaklumlah...balik kerja dah penat....mana nak fikir masak lagi, anak2 lagi...kemas rumah dan sebagainya..akhirnya restoren adalah alternatif terakhir...Tetapi ada juga wanita yang cekap di dapur dan rajin memasak untuk suami walaupun penat bekerja seharian. Katanya lebih puas bila tengok suami dan anak2 makan makanan dari air tangannya....Namun itu pilihan masing-masing....

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, kepada para isteri2 di luar sana tu.....janganlah banyak sangat alasan untuk tidak memasak...Sekurang-kurangnya seminggu sekali pun ok. Bukan tiap-tiap hari pun. Suami ni kadang-kadang nak juga rasa masakan dari air tangan isteri. Kalau hari-hari makan kat kedai mamak, baik kahwin dengan mamak jer kan..huhuhuhu.....Yang banyak alasan ni samaada memang tak tahu masak ataupun memang dari spesis malas nak masak....anak kecil lagi lah (macam dia sorang ada anak kat dunia kot..hehehehhe), itu lah..ini lah.....

Sebenarnya ada banyak kebaikan kalau kita masak sendiri ni, antaranya ialah kebersihan yang terjamin....sebab kita masak untuk keluarga so secara tidak langsung kita akan sentiasa menjaga kebersihan. Bagi yang mempunyai keluarga yang besar, masak sendiri adalah alternatif terbaik di samping dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan bila makan bersama-sama.

Selain daripada itu, bagi pasangan yang dah berumahtangga tu, kalau si isteri memasak untuk suami dan anak-anak akan menyebabkan suami dan anak-anak semakin sayang......kalau tak percaya cubalah.....ehehehehe......

Nak masak sekarang pun tak susah mana pun, cari jer resepi dalam internet, berderet resepi keluar..nak masak apa?...semuanya ada....bukankah maklumat hanya dihujung jari sekarang.....hanya orang yang malas sahaja yang banyak alasan.....
 
So..mana pilihan korang?...Tepuk dada tanya selera....

Sabtu, 12 Mei 2012

Tips menjadi pemimpin yang baik dan cemerlang


Dalam sesebuah organisasi PENGURUSAN adalah penting.Tanpa pengurusan yang baik maka jatuhlah sesebuah organisasi itu. Pengurusan yang baik amat bergantung kepada pemimpin yang baik. Kalau pemimpin itu  berjaya memainkan peranan yg baik maka baiklah hasilnya. Tetapi macammana nak jadi seorang pemimpin yang baik dan cemerlang bagi memastikan sesuatu organisasi itu berjaya?...Nak jadi seorang pemimpin ni bukannya senang..bukannya sesenang dengan hanya memberi arahan...arah itu arah ini..Memanglah namanya PENGARAH...tetapi bukan setakat ilmu mengarah sahaja tetapi cara kita mengurus staf bawahan kita dan kerja yang dipertanggungjawabkan. Nilai moral pemimpin juga diambil kira.

Berikut adalah antara tips untuk menjadi pemimpin yang baik dan cemerlang (mengingatkan diri saya juga):

1. Seorang pemimpin itu haruslah bijak memimpin staf bawahannya dan bijak serta kreatif dalam pengurusan di dalam pejabat. Jawatan dan tanggungjawab yang diberikan bukan untuk suka-suka tapi adalah tugas yang perlu bagi seorang pemimpin itu tunaikan.

2. Sentiasalah mendengar rintihan dan masalah kakitangan bawahan dan sentiasa mendengar di kedua-dua belah pihak. Bukannya mendengar tentang keburukan kakitangan tersebut dengan hanya sebelah pihak. Adalah lebih bagus seorang pemimpin itu bertindak adil dan mendengar di kedua-dua belah pihak supaya kita dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kadang2 orang yang menyampaikan buruk orang lain pada pemimpin ni cuma nak mengampu sahaja....so....hati2lah wahai pemimpin semua...jangan suka sangat dengan orang yang suka mengampu ni.....

3. Sentiasa mendengar idea orang bawahan. Kadang-kadang idea mereka adalah lebih bernas kerana mereka yang melaksanakan tugas yang kita amanahkan dan mereka lebih tahu mana yang baik dan tidak. Jangan sesekali menyekat idea yang diberikan orang bawahan dan cubalah untuk menghargainya. Buangkan ego dalam diri dengna menerimanya dengan hati terbuka. Bila seseorang menyekat idea yang diberikan oleh orang bawahan dan seoalah-olah hanya idea pemimpin itu yang lebih baik dari segalanya, akan membuatkan kakitangan itu malas untuk memberikan buah fikiran. Tak salah terima idea orang bawahan dan akan membuatkan mereka rasa lebih dihargai.

4. Menghargai segala kerja dan usaha yang diberikan oleh kakitangan bawahan. Tak perlu dengan hadiah bergunung-gunung..tak perlu anugerah yang gilang gemilang. Jika seorang pemimpin itu memberi penghargaan yang kecil sekalipun sudah membuatkan kakitangan  bawahan rasa dihargai....hanya dengan sekadar ucapan TAHNIAH pun kadang kala membuatkan mereka dihargai....dengan itu secara tidak langsung akan membuatkan mereka lebih bersemangat untuk bekerja kerana dihargai. Sikap pemimpin yang suka memperlekehkan staff adalah satu contoh yang tidak baik. ( Biasanya yang suka mengampu lebih banyak mendapat pujian daripada staff yang bukan favourite....itulah adat dunia....so elakkan daripada menjadi seorang pemimpin yang begini).

5. Tunjukkan nilai2 moral yang tinggi dalam diri pemimpin. Sebagai contoh, sekiranya pemimpin itu suka menengking, memaki hamun dan sebagainya,adakah mereka akan lebih dihormati. Hasil pengamatan saya, peminpin yang tinggi nilai moralnya lebih disenangi oleh kakitangan bawahan. Walaupun tegas tetapi masih ada rasa hormat dikalangan staff.

6. Sentiasa turun padang dan memantau kerja yang dilakukan oleh kakitangan bawahan.

7. Bertanggungjawab sepenuhnya dan bukannya melarikan diri daripada masalah. Berani membuat keputusan dan bukannya menyerahkan keputusan bulat-bulat kepada kakitangan bawahan. Sekiranya kakitangan bawahan mempunyai masalah, berusahalah utnuk membantu bukannya menambahkan lagi masalah. Sentiasa memberi semangat bukannya menjatuhkan semangat.

8. Sebagai seorang pemimpin, haruslah mewujudkan persekitaran kerja yang selesa, harmoni dan muafakat. Persekitaran kerja yang baik mempengaruhi produktiviti kerja. Sebagai seorang pekerja, saya juga sukakan persekitaran yang baik dan harmoni dan dapat mengurangakn stress. Kalau pemimpin sendiri mewujudkan persekitaran yang tidak baik, staf akan sentiasa merasakan kerja adalah satu stress. Kalau dah stress, produktiviti akan menurun.


Isnin, 9 April 2012

Gerbang Perkahwinan Anda: Gubahan, sewaan dan door gift

Bagi korang yang tinggal berhampiran Kajang, Bangi, Semenyih dan Putrajaya bolehlah mendapatkan tempahan gubahan hantaran untuk perkahwinan dan pertunangan, sewaan barang/bakul hantaran dan door gift. Harga yang ditawarkan amat berpatutan mengikut bajet korang.

Penghantaran adalah percuma di kawasan Kajang, Bangi, Semenyih dan Putrajaya. Sekiranya berminat bolehlah lawati blog berikut ILHAMKU. Hubungi Anna 012-6888366 untuk maklumat lanjut, Facebook (Ilhamku) atau email ilhamku_wedding@yahoo.com.







Sabtu, 31 Mac 2012

Terkini : Pekeliling baru Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM 2012)


Inilah pekeliling yang ditunggu2 oleh penjawat awam semenjak pengumuman Perdana Menteri baru-baru ini tentang kenaikan gaji penjawat awam. Semenjak pengumuman tersebut banyaklah keluar tangga gaji yang tak rasmi dari blog2 tempatan. Ada juga yang dah buat pengiraan gaji SSM 2012. Punyalah teruja nak dapat gaji baru kan...Akhirnya semalam, JPA dah keluarkan pekeliling berkaitan Kenaikan Gaji Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia.

Akhirnya terjawab juga segala persoalan yang bersarang di kepala penjawat awam ni berkaitan kenaikan tahunan yang bakal diterima mengikut gred.

Untuk maklumat lanjut, berikut adalah pekeliling berkaitan kenaikan gaji penjawat awam:





Boleh tengok perkhidmatan dan gred gaji korang mengikut gred.

Sumber : JPA