Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEO. Papar semua catatan

Jumaat, 10 Jun 2016

Apa beza antara Domain dan Hosting

Domain dan hosting, apa beza keduanya? Sebagai blogger kita memang dah biasa dengar istilah domain dan hosting. Tapi ada juga yang mungkin masih x clear lagi beza keduanya. So Pakngah nak cerita sikit beza antara Domain dan Hosting ni.

Sumber Gambar : Google
Apa itu Domain?
Domain ni adalah ALAMAT bagi blog korang. Macam alamat rumah kita. Bila ada alamat senanglah orang datang rumah kan. Macam tu juga dengan domain yang mana memudahkan pelawat nak melawat blog korang. Sebelum decide nak beli domain, fikir betul2. Pastikan domain yang korang pilih tu bersesuaian. Sebagai contoh, kalau korang buat business, pilih domain yang mudah untuk pelanggan ingat dan ringkas. Jangan terlalu panjang. Maksudnya ada identiti sendiri yang mewakili business atau blog korang. Pakngah sendiri suka kalau nama blog atau website tu pendek dan mudah nak ingat macam lepak.com.my ni. Lepak maksudnya santai2 dan identiti itulah mewakili blog lepak ni di mana korang boleh santai-santai dapatkan info kat sini.

Domain pula ada yang berbayar dan free. Bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia blog, biasanya menggunakan blogspot. Alamat blog kita akan jadi seperti berikut: 

www.lepak.blogspot.com

Tetapi bila blog korang dah mula dikenali adalah lebih baik korang guna domain berbayar kerana dengan domain  berbayar, blog korang akan menjadikan blog korang mesra SEO. Sekiranya korang ada bisness pula, menggunakan domain  berbayar akan membuatkan bisness korang lebih dipercayai oleh pelanggan. Sebagai contoh, antara butiksaya.blogspot.com dan butik.com mana satu yang buat korang percaya jika nak berjual beli?

Apa itu Hosting?
Kalau domain tadi merujuk kepada alamat, Hosting pula berfungsi sebagai TEMPAT PENYIMPANAN atau STORAGE bagi semua fail, post, komen, gambar dan sebagainya berkaitan blog korang. Senang cerita kita ibaratkan hosting macam rumah. Kalau korang cuma beli domain sahaja korang masih boleh guna hosting percuma dari blogspot. Tapi ibarat korang ni menyewa lah. Bila-bila masa tuan rumah boleh ambil balik rumah tu. So adalah lebih baik korang guna hosting yang berbayar supaya korang bebas nak simpan seberapa banyak data yang korang nak.

Bagi korang yang bercadang nak membeli domain dan hosting boleh pilih dari pelbagai company sama ada berpangkalan di Malaysia ataupun di luar negara. Pastikan company yang korang pilih tu boleh bagi service yang baik.


 

Khamis, 18 Julai 2013

Teknik SEO : Cara letak Image Alt tag pada gambar


Teknik SEO memang menjadi kegilaan blogger yang sememangnya berlumba-lumba untuk menaikkan trafik blog.

Salah satu cara untuk meningkatkan trafik ialah dengan meletakkan image Alt tag pada gambar.

Alternative tag (alt tag) memberi maklumat lebih lanjut tentang gambar. Selain itu, penggunaan alt tags yang penuh dengan keyword yang cantik2 dan bagus2 dapat membantu meningkatkan frequency keyword blog korang dan meningkatkan ranking blog korang. Ini bermakna, blog korang boleh dicari melalui carian nama gambar.

Jangan sekali2 letak keyword gambar tu dengan keyword yang tak ada kene mengena langsung dengan gambar. Contohnya Image123.jpg. Kalau gambar tu gambar bunga ros, letaklah nama yang sesuai bungaros.jpg. Kan senang google nak cari nanti kan.


Cara letak image Alt tag pada gambar:

1. Buat satu enrti dan letakkan gambar yang sesuai.
2. Klik pada gambar yang korang nak letak Alt tag


3. Klik pada Properties
4. Isi TITLE TEXT dan ALT TAG


5.  Letak keyword korang tu dalam Alt text tu. Klik OK

Senang je kan...So apa lagi...cubalah.....Jangan malas2 nak tulis segala macam keyword yang berkaitan dengan gambar korang tu yer...kalau kita rajin letak keyword...enjin carian pun rajinlah nak cari blog kita tu....:)




Jadi, IMAGE ALT itu adalah alternatif pada gambar. Anda mungkin tidak mengerti dengan yang saya tulis. Intinya adalah bahwa search engine itu tidak bisa meng-crawl gambar, jadi anda mau memberi gambar apapun google itu tetap tidak tahu sama sekali itu gambar apa.

Misalnya anda punya halaman yang bercerita tentang gorila, kemudian anda memberi gambar gorila. Dan sebenarnya google itu tidak bisa melihat gambarnya karena google itu mesin bukan manusia.

Jadi dengan anda meletakkan ALT TAG yang berisi kata kunci yang anda incar misalnya gorila, maka google itu bisa mengerti bahwa gambar tersebut adalah gambar gorila. Dengan begitu, anda meningkatkan relevansi dari artikel anda. - See more at: http://seoterpadu.blogspot.com/2013/06/cara-pasang-image-alt-tag-pada-blog.html#sthash.slNDnaIg.dpuf
Jadi, IMAGE ALT itu adalah alternatif pada gambar. Anda mungkin tidak mengerti dengan yang saya tulis. Intinya adalah bahwa search engine itu tidak bisa meng-crawl gambar, jadi anda mau memberi gambar apapun google itu tetap tidak tahu sama sekali itu gambar apa.

Misalnya anda punya halaman yang bercerita tentang gorila, kemudian anda memberi gambar gorila. Dan sebenarnya google itu tidak bisa melihat gambarnya karena google itu mesin bukan manusia.

Jadi dengan anda meletakkan ALT TAG yang berisi kata kunci yang anda incar misalnya gorila, maka google itu bisa mengerti bahwa gambar tersebut adalah gambar gorila. Dengan begitu, anda meningkatkan relevansi dari artikel anda. - See more at: http://seoterpadu.blogspot.com/2013/06/cara-pasang-image-alt-tag-pada-blog.html#sthash.slNDnaIg.dpuf
Jadi, IMAGE ALT itu adalah alternatif pada gambar. Anda mungkin tidak mengerti dengan yang saya tulis. Intinya adalah bahwa search engine itu tidak bisa meng-crawl gambar, jadi anda mau memberi gambar apapun google itu tetap tidak tahu sama sekali itu gambar apa.

Misalnya anda punya halaman yang bercerita tentang gorila, kemudian anda memberi gambar gorila. Dan sebenarnya google itu tidak bisa melihat gambarnya karena google itu mesin bukan manusia.

Jadi dengan anda meletakkan ALT TAG yang berisi kata kunci yang anda incar misalnya gorila, maka google itu bisa mengerti bahwa gambar tersebut adalah gambar gorila. Dengan begitu, anda meningkatkan relevansi dari artikel anda. - See more at: http://seoterpadu.blogspot.com/2013/06/cara-pasang-image-alt-tag-pada-blog.html#sthash.slNDnaIg.dpuf

Rabu, 7 September 2011

Apa itu Anchor Text


Apa itu Anchor Text? Sebenarnya saya dapat tau tentang Anchor Text bila saya baca e-Book Teknik Clickbank daripada saudara Zyan. Rupanya semakin banyak kita membaca dan mengkaji semakin banyak ilmu yang kita dapat. Tak rugi pun kan.
(p/s: nanti saya ceritakan detail tentang e-book ni yer)

Okaylah berbalik pada Anchor Text. Anchor Text ini sebenarnya text atau ayat atau perkataan yang kita jadikan sebagai keywords yang berkaitan dengan kandungan entri dan blog kita. 


Contohnya macam ni:

1. Saya ada menulis satu artikel tentang SEO dalam artikel A, dan dalam artikel sebelumnya pun saya ada tulis tentang SEO. So, saya akan jadikan SEO ni sebagai keywords saya dalam artikel dan bukannya menggunakan perkataan Sila Klik Di Sini, Klik Sini dan sebagainya.


2. Korang boleh juga gunakan tajuk artikel tersebut sebagai anchor text. Contohnya dalam artikel A menceritakan tentang SEO dan saya letakkan tajuk artikel lepas yang berkaitan SEO.



Kenapa Anchor Text ni penting?


Senang jer.....kalau korang buat carian dalam Google ke atau mana2 lah kan, ada tak korang taip klik di sini, sila klik. Tak ada kan.......so fikir2kan lah.......



Rasanya setakat ini sahaja penerangan ringkas tentang Anchor Text yang saya faham. Kalau ada tambahan lagi maklumat bolehlah tulis di ruangan komen k.





Khamis, 4 Ogos 2011

6 Cara Tingkatkan Page View

Page View ialah jumlah halaman @ page dalam blog yang dibuka oleh pengunjung. Semakin tinggi page view maknanya semakin banyak page blog tu dibuka oleh pengunjung blog. Ada beberapa cara untuk kita tingkatkan page view dan saya nak share beberapa tips atau cara untuk kita sama2 tingkatkan page view.

1. Letak Related Post
Post2 yang terpilih ialah post-post yang sama labels so bila kita letak related post ni secara tak langsung page view kita akan tinggi. Contohnya kalau visitor blog buka entri tentang tutorial, di related post akan disenaraikan entri2 lain yang berkaitan dengan entri dibaca tadi. Visitor blog tak perlu susah payah untuk cari entri lain yang berkaitan.


2. Letak Linkwithin
Linkwithin lebih kurang sama dengan related post cuma post yang dipaparkan adalah secara random yang relate dengan post tetapi masih boleh meningkatkan page view sebab gambar yang terpapar akan menarik minat visitor blog untuk klik dan baca entri tersebut.


3. Gunakan Read More dalam entri dalam blog
Adalah digalakkan untuk pasang read more dalam blog supaya dapat melajukan page blog kita dan secara tak langsung meningkatkan page view. Di samping itu dengan memasang read more akan membuatkan visitor blog yang datang akan klik pada entri yang kita tulis tu untuk mengetahui dengan lebih lanjut isi kandungan enti. Kalau entri korang tu menarik mesti visitor akan klik.

4. Tidak letakkan terlalu banyak enttri dalam main page blog
Seboleh2nya, elakkan letak terlalu banyak entri dalam main page blog sebab akan melambatkan / memberatkan blog. Bila blog kita lambat dan berat, visitor mesti akan tinggalkan blog kita dan secara tak langsung mengurangkan page view. Kalau boleh just letak dalam 1 ke 2 entri sahaja di main page blog dan akan menyebabkan visitor klik pada entri yang lama untuk membaca entri yang lain. Jangan letak terlalu banyak. 

5. Letak Popular Post
Popular post juga dapat menarik minat visitor blog untuk klik pada mana-mana popular post dalam blog. Biasanya popular post diletakkan di side bar blog.


6. Letak link entri yang lama dalam entri
Biasakan dengan meletakkan link bagi entri lama ke dalam entri yang baru kita tulis. Contohnya korang buat satu entri tentang SEO, so cuba kaitkan entri tersebut dengan entri lama yang pernah korang tulis sebelum ini dengan meletakkan link tersebut. Secara tidak langsung, visitor akan klik pada link tersebut untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungan link tersebut.

Okaylah.....setakat ini sahaja untuk saya share. Sekiranya korang ada tips atau cara lain, bolehlah share juga yer......

Dapatkan handbag raya @ Poise sekarang! Potongan harga menanti anda
Mencari-cari pakaian wanita (Dress, pants, blouse dan sebagainya). Dapatkannya di sini



Rabu, 3 Ogos 2011

Apa itu Meta Tag

Rasanya korang mesti pernah dengar kan apa itu Meta Tag.

Meta tag adalah HTML tag yang berada didalam HEAD section pada skrip laman web atau blog korang. Untuk makluman, meta tag tidak akan kelihatan di dalam page anda. Setiap meta tag yang diletakkan pada laman web korang akan membantu enjin pencari/crawler memahami laman web/blog korang dengan lebih mudah semasa diindex. Secara ringkasnya meta tag ini mengandungi maklumat ringkas tentang blog. Meta tag ini tidak ada secara automatik dalam blog korang tetapi korang kena tambah sendiri supaya blog korang ni mesra SEO.

Meta tags ini pula terbahagai kepada 2 iaitu:
  1. Meta description tag
  2. Meta keywords tag


Meta Description Tag
Ini adalah penerangan ringkas mengenai laman/blog korang. Apa yang perlu diletakkan di sini ialah perlu terangkan serba ringkas mengenai laman/blog korang disini. Penerangan tidak perlu panjang, lebih kurang 100- 200 perkataan. Kalau boleh penerangan ringkas itu berdasarkan contents dan niche blog tersebut dan bolehlah diletakkan beberapa keyword bersama-sama penerangan tersebut.


Meta Keywords Tag
Di meta keywords digalakkan untuk letakkan 10-15 keyword yang berkaitan niche blog korang. Contohnya blog korang banyak menceritakan tentang tutorial, letaklah keyword tentang tutorial dan sebagainya untuk tambahan. Kalau boleh cari keyword yang betul-betul penting bagi blog korang. Meta keywords akan memberitahu crawler keyword/katakunci mana yang anda gunakan pada laman/blog tersebut.


Cara letak Description dan keyword dalam blog
Okay, harap-harap korang dah faham serba sedikit apa itu meta tag dan sekarang saya nak share dengan korang macammana nak letak kedua-dua meta tag ni dalam blog.

1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Expand widget templates dan tekan CTRL + F  untuk mencari  kod berikut:
    
     <b:include data='blog' name='all-head-content'/>

   

2. Letakkan kod berikut di atas kod yang korang cari di step 1 tadi.
 
<meta content='Description' name='description'/>
<meta content='Keywords' name='keywords'/>

    Tukarkan perkataan yang berwarna merah di atas
    Description = Penerangan ringkas tentang blog
    Keywords  = Keywords bagi blog korang dan sesuai dengan niche blog

3. Save dan Preview.

kredit tutorial: jamaluddin.net
 
 

Ahad, 31 Julai 2011

Contest SEO:Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog vs Tip Blogging Terbaik



Dengan ini, nak inform semua blogger, followers lepak, visitor bahawa 2dayblogger akan mengadakan satu contest SEO: Aku Seorang Blogger vs Buat Duit Dengan Blog vs Tip Blogging Terbaik.

Contest ini cukup mudah dimana di penghujung kontest blog,mereka yang tersenarai di top 3 bagi setiap keyword yang dipertandingankan di search carian google akan dikira sebagai pemenang. Senang je kan.....Untuk maklumat, blog lepak ni adalah salah satu penganjur bagi contest ni.....

Okay, jom kita terjah syarat2 contest ni....dan jomlah kita beramai2 jon...tak rugi join....korang akan dapat ilmu sambil join contest ni dan boleh lah test ilmu SEO kita ni..."JOIN CONTEST DAPAT ILMU"


SYARAT-SYARAT KONTEST SEO 2DAYBLOGGER JUN 2011
  1. Terbuka kepada semua blogger yang mempunyai blog berbahasa melayu.
  2. Buat entri mengenai keyword-keyword yang disediakan dibawah.Boleh memilih satu keyword sahaja.
  3. Tinggalkan komen dan link entri korang dibawah post ini.
  4. Pemenang akan dikira berdasarkan 1st page Google mengenai keyword yang dipertandingankan.
  5. Top 3 Bagi setiap keyword akan memenangi kontest ini(Akan  berubah mengikut pertambahan sponsor)
  6. Tarikh pertandingan adalah bermula 22 Jun 2011 – 31 Julai 2011(11.59PM)
  7. Keputusan akan diumumkan tiga hari selepas pertandingan tamat.
  8. Penganjur berhak mengubah atau update syarat-syarat mengikut kesesuaian pada bila-bila masa.
  9. Sila masukkan pesanan penaja ini dibawah entri korang semua.

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone dan MJ“.
+Tambahan:Tajuk dan URL entri adalah bebas,mengikut kebijaksaan masing-masing untuk mempengaruhi result SEO =)



KEYWORD YANG DIPERTANDINGKAN

1.Buat Duit Dengan Blog

-Bagi keyword ini,korang perlu membuat entri mengenai pengalaman korang mendapatkan duit melalui blog.Ceritakan suka duka korang untuk mendapatkan sekeping cek daripada Nuffnang, Advertlets, Says.my,churp-churp dan lain-lain.

-jika boleh letakkan earning korang,stats trafik adalah yang terbaik
-mungkin boleh kongsikan juga pengalaman @ tips yang digunapakai untuk dapatkan duit dari blog. Tips sendiri bukannya yang di copy paste.
-pastikan ori!


2.Tip Blogging Terbaik
-Bagi keyword ini,korang perlu memberikan tip berkaitan dengan blogging.Sama ada tip dari korang sendiri @ pun tip dari blog lain.Jika mengambil tip dari blog lain,contohnya disini Blogging @  Isi Kandungan,buat review mengenai tip blogging berkenaan dan bagaimana tip blogging tersebut membantu korang meningkatkan lagi prestasi blog korang.

-Jika menuliskan tip sendiri,cerita dengan jelas dan jika boleh sila buktikan dengan gambar.Contoh,bercerita pasal meningkatkan trafik,sila letakkan gambar trafik korang untuk menyakinkan pembaca.


3.Aku Seorang Blogger
-Ini adalah keyword general dan berbeza sedikit dengan kedua-dua keyword diatas.Untuk keyword ini,korang boleh cerita apa sahaja mengenai blogger,kehidupan sejak menjadi blogger,objektif menulis blog,pencapaian blog,biodata diri @ blog dan macam-macam lagi.
-Untuk entri ini,korang bebas untuk menulis apa sahaja mengenai blog dan blogger.

Tip Tambahan Sebelum Bermula:-
  • Cuba untuk menulis entri yang menarik dan tertarik
  • Cuba menulis dengan gaya bahasa yang menarik dan berbunga-bunga(jika sesuai),bahasa puisi-puisi tak dibenarkan sebab tak faham.
  • Cuba menulis entri yang panjang sebab search engine suka entri yang panjang
  • Cuba perbanyakkan keyword yang dipilih didalam entri masing-masing.

HADIAH YANG DITAWARKAN SETAKAT INI
  • Wang Tunai Berjumlah RM 200 Dari 2DayBlogger.Com
  • Top Up RM 10 x 3 Dari upprofits.com
  • Hosting + Free Domain Bernilai RM350 dari NetKL x 1 Dari broframestone.com
  • 2 x Kapersky Internet Security 2011 for 1 user Dari MJ
  • Akan Datang + Hosting + Domain Dari Syarikat Hosting Di Malaysia(Dlm Perbincangan)
  • Hadiah akan bertambah dari semasa ke semasa.(Ada yang nak sponsor lagi?)
Untuk keterangan lanjut contest klik sini. Hadiah menarik menanti semua...Jangan lepaskan peluang.



 

Selasa, 12 Julai 2011

Teknik SEO : Penggunaan Keyword

SEO?....Rata2 blogger cukup kenal perkataan ni......Sepertimana yang telah saya terangkan dalam entri saya yang terdahulu Apa itu SEO.....SEO memainkan peranan penting sekiranya kita betul2 serius dalam blogging.

Dengan aplikasikan teknik-teknik SEO, blog kita akan sentiasa dikunjungi sebab sentiasa berada di kedudukan enjin carian. Kebiasaannya, visitor lebih suka tengok blog@web yang berada di page 1 dan cuba bayangkan jika setiap carian di enjin carian, blog kita berada di page pertama, so kebarangkalian peningkatan trafik adalah tinggi.

Kali ni saya nak share sikit apa yang saya tahu tentang teknik SEO dengan penggunaan Keyword atau kata kunci.

Penggunaan keyword adalah penting pada tajuk artikel yang kita tulis. Pastikan tajuk artikel berkaitan dengan isi artikel yang kita tulis tu. Janganlah korang tulis pasal tajuk artis, isi pasal isu semasa pulak....rasanya tak ada lah kot yang buat macam tu kan...huhuhu.....

Dalam menentukan keyword ni, cuba korang fikirkan perkataan yang sering dicari dalam enjin carian di internet. Kalau nak tau contoh-contoh keyword yang telah menaikkan trafik dalam blog LEPAK ni boleh baca entri saya Trafik naik dengan tajuk entri yang hot!

Entri terbaru saya yang berjaya menaikkan trafik saya adalah Terkini : Gambar, Video dan berita terkini Perhimpunan Bersih 2.0. Ini adalah salah satu contoh penggunaan keyword berdasarkan isu semasa.


Trafik LEPAK dengan menggunakan keyword berdasarkan isu semasa Terkini perhimpunan BERSIH

Keyword yang dicari di enjin carian
Dalam entri korang juga kalau boleh letaklah keyword tersebut berulang kali di dalam entri korang dan boleh juga BOLD dan Italic kan bagi memastikan teknik SEO dengan penggunaaan keyword ni lebih efektif.

Setakat ini saja penerangan saya kali ni....saya hanya menerangkan berdasarkan pembacaan dan pengalaman saya dalam menggunakan keyword dalam penulisan blog saya...sekiranya korang ada teknik-teknik lain boleh lah kongsi dengan saya di ruangan komen ni.....terima kasih kepada blog-blog yang banyak menerangkan pasal SEO ni contohnya Jamaluddin.net, FirdausKasim, 2dayblogger yang sentiasa menjadi rujukan saya.


Di entri akan datang saya akan share teknik SEO yang lain pula.

"HAPPY BLOGGING"

Khamis, 7 Julai 2011

Apa itu SEO


SEO....Rasanya korang yang dalam dunia blogging ni sure tau apa itu SEO kan...... Dalam dunia blogging ni SEO adalah perkara yang paling penting bagi menaikkan trafik pada blog kita.

Apa itu SEO?
SEO ni adalah singkatan daripada perkataan Search Engine Optimization iaitu kaedah yang digunakan untuk mendapatkan kedudukan yang tinggi dalam enjin carian. Sape tak nak web@ blog kita sentisa berada di kedudukan yang teratas dalam enjin carian. Bila kedudukan kita antara yang teratas so secara tidak langsung trafik yang datang ke blog kita akan bertambah hanya dengan mengaplikasikan konsep SEO dalam blog kita.

Sebagai contoh lah kan, kalau kita ada web@blog berkaitan perniagaan dan nak mempromosikan produk yang kita jual, konsep SEO amat sesuai diaplikasikan dalam blog kita bagi mempromosikan produk.

Dengan mengaplikasikan konsep SEO ni, akan meningkatkan populariti sesebuah web@blog seterusnya meningkatkan trafik. Kebiasaannya, SEO ini bermain dengan kata kunci  @ keyword samaada menggunakan kata kunci yang popular atau menaikkan kata kunci yang luar biasa yang belum pernah digunakan.

Saya akan terangkan bagaimana kata kunci @ keyword yang kita gunakan mampu untuk meningkatkan trafik blog pada entri akan datang. Tunggu tauuu.....


Selasa, 28 Jun 2011

PageRank update




Sebelum ni hanya tengok PageRank blog orang lain jer kan. So hari ni nak update PageRank blog lepak.com.my ni.....sebelum ni PageRank cuma 0, so sekarang dah naik ke 2. Okaylah kan...dalam masa 4 bulan ni.

So, apa itu PageRank?

PageRank (PR) adalah nilai/angka yang diberikan oleh google terhadap suatu website. Page rank juga termasuk sebahagian dari SEO dan merupakan salah satu faktor penting dalam menentukan ranking website pada hasil pencarian google . Nilai yang terdapat pada pagerank terdiri dari 0-10. Semakin tinggi PageRank semakin senang robot dari search engine untuk mencari blog korang.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal PageRank ni boleh ke blog suterablogger. Ada diceritakan cara-cara untuk meningkatkan pagerank.

Check PR klik sini.

Harap2 lepas ni PageRank meningkat lagi :)


Selasa, 14 Jun 2011

Tutorial : Letak breadcrumb dalam blog


Tutorial kali ini ialah nak share dengan korang macammana nak letak breadcrumb dalam blog  korang. Mungkin ada yang dah gtahu apa itu breadcrumb ni.Contoh breadcrumb seperti gambar di bawah ni

Korang nampak tak ada Home>Dunia Hiburan>Usop Wilcha join Hot FM! di bahagian atas tajuk entry tadi.  Inilah yang kita namakan breadcrumb.

Breadcrumb ni serba sedikit dapat membantu menaikkan trafik blog sebab visitor boleh pergi ke link yang lain dengan cepat contohnya macam gambar di atas, visitor boleh terus pergi ke kategori dunia hiburan untuk melihat entry berkaitan label tersebut dengan cepat.

Cara untuk letak breadcrumb dalam blog:

1. Pergi ke Design>Edit HTML>Expand Widget Templates dan cari kod berikut:

   <b:if cond='data:post.title'>

2. Letakkan kod berikut selepas kod yang korang cari tadi

    
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>

<a href='http://urlblog.blogspot.com/'>Home</a> &#187;

<b:if cond='data:post.labels'>

<b:loop values='data:post.labels' var='label'>

<a expr:href='data:label.url' rel='tag'><data:label.name/></a>

<b:if cond='data:label.isLast != "true"'>,</b:if>

</b:loop>

&#187;

</b:if>

<data:post.title/>

</b:if>

  

Note : Tukarkan perkataan berwarna merah kepada URL blog korang.

3. Save dan Preview untuk melihat hasilnya.



Selasa, 12 April 2011

Tips SEO : Naikkan trafik blog - tajuk entri



Tutorial kali ni ialah macammana nak naikkan trafik blog dan menjadikan blog mesra SEO dengan menukarkan tajuk blog kepada tajuk entri kita. Ini bagi membolehkan apa yang ditaip oleh pengunjung blog senang dikesan oleh search engine. Mudah jer cara dia. Jom kita tengok cara dia.

1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML

2. Cari code berikut dengan CTRL + F     <title><data:blog.pageTitle/></title>

3. Gantikan kod di atas dengan kod berikut:

<b:if cond='data:blog.pageName == &quot;&quot;'> <title><data:blog.title/></title> <b:else/> <title>  <data:blog.pageName/> - <data:blog.title/></title> </b:if>

4. Save

p/s : bila korang buat carian di enjin carian akan keluar link seperti berikut : tajuk entry berada di depan <> Nama blog 


Contoh SEO yang telah berjaya - tajuk berada di depan diikuti nama blog


Kredit : jangan-bukak