Memaparkan catatan dengan label Sejarah Dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sejarah Dunia. Papar semua catatan

Ahad, 28 Ogos 2016

Cerita Sejarah Menarik : Pepsi Di Cipta

Ape kabar warga lepak.com.my..??

Hari ni kite nak kongsi cite menarik lagi untuk tarikh 28 Ogos ni..

Pernah tengok logo kat atas ni??yeap..kepada korang yang suke minat air gas mesti kenal jenama pepsi ni..tapi tau ke asal usul pepsi ni??

Ok..let iiolllss cite kat uolllss..


pepsi yang dulu ditulis dengan huruf besar PEPSI ialah minuman ringan carbonated yang di keluarkan dan di buat oleh PepsiCo.

Dicipta pada tahun 1893 oleh seorang Pharmacist bernama Caleb Bradham dan di buat serta dijual di dalam kedai ubatnya di New Bern, North Carolina, United States dan pada ketika itu dikenali sebagai Brad's Drink.

Ditukar namanya ke Pepsi Cola pada 28 Ogos 1898 mengambil nama sempena dua enzim yang digunakan di dalam pembikinan resipi minuman ini iaitu pepsin dan kola. Resipi asal juga mengandungi Gula dan Vanila.

Pada tahun 1903, Bradham memindahkan tempat pembotolan Pepsi-Cola dari Kedai ubatnya ke sebuah gudang yang disewa dan pada tahun itu jugak beliau telah berjaya menjual sebanyak 7,968 gallons air sirap pepsi ciptaanya ini.

Tahun berikutnya, Pepsi dijual dalam botol 6 ounce (oz) dan jualan meningkat ke 19,848 gallons gara-gara sebab orang dah senang nak minum dalam botol kecik.

Pelumba kereta Barney Oldfield merupakan selebriti pertama yang digunakan dalam iklan Pepsi-Cola, kire masa tu dia ni memang hebat la.

Banyak lagi cite lepas tahun ni berlaku seperti pepsi gulung tikar dan beberapa pembelian melibatkan syarikat frito dan lays tapi rasa macam dah terkeluar dari tajuk dah.

Kalau korang nak bace lagi kesudahan ape yang berlaku pada Pepsi bole klik link kat bawah ni.

https://en.wikipedia.org/wiki/Pepsi

Kat sini Pakngah tinggalkan salah satu iklan komersial pepsi yang ada 4 penyanyi hebat seperti Beyonce, Pink, Enrique dan Britney Spears.


Bole hashtag #jomlepak kat facebook untuk carik kami di sana.


Jumaat, 6 Mei 2016

Sejarah Dunia 6 Mei : Sitcom F.R.I.E.N.D.S ditayangkan buat kali terakhir.



Wassup lepak..??
Boy Oh boy do we have cite menarik untuk segmen Sejarah Dunia hari ini untuk tarikh 06 Mei..

Korang ingat lagi tak cite sitcom Friends..??? Kalau korang semua sebaya dengan kami di lepak maka korang mesti tau cite ni yang memang la popular dari tahun 1994 - 2004 satu ketika dahulu.


Cite sitcom yang mengisahkan 6 sahabat yang tinggal di kawasan New York dan hari hari melepak kat Cafe Central Perk.
Monica, Ross, Rachel, Phoebe, Chandler dan Joey.

Sedar tak sedar rupanya dah 16 tahun cite ni tamat..lagi 4 tahun genap 2 dekad dah cite ni berlalu dan 6 Mei 2004 merupakan tarikh akhir cite ni keudara dengan tajuk "The Last One".

Series Finale ini di tulis oleh David Crane dan Martha Kauffman dan diarahkan oleh Pengarah Eksekutif Kevin S Bright.


Ianya ditayangkan di NBC dan ditonton oleh 52.5 juta penonton dan membuatkan ianya tayangan yang paling banyak penonton untuk 6 tahun dan antara 6 Series Finale paling banyak penonton dalam sejarah US.

Series Finale ini banyak menamatkan beberapa persoalan dalam storyline asal plot cite friends ni seperti Ross Gellar akhirnya mengaku mencintai Rachel Green dan mereka bersetuju menyambung semula hubungan yang berderai masa Season 3 dan Monica Gellar dan Suami Chandler Bing berjaya mengambil anak angkat dan berpindah ke kawasan pinggir bandar.

Scene terakhir series finale ni dorang keluar dari apartment dan pegi minum buat kali terakhir kat Cfae Central Perk.

Sebelum membuat penulisan skrip terakhir ni, ketiga-tiga penulis Crane, Kauffman dan Bright pegi tengok dulu Finale sitcom lain untuk inspirasi idea penulisan dan mengambil keputusan untuk menulis penutup cite yang ikhlas dan jujur sebagai bahan idea.

Rakaman terakhir dibuat di Stage 24 Warner Bros Studio kat Burbank California dan bahagian satu dirakam pada 16 januari dan bahagian kedua pulak dirakam pada 23 januari dan finale ini diterima baik oleh pengkritik dan jugak cast members.

Ianya masih lagi menjadi favourite Pakngah sampai sekarang.

Kat bawah ni ada Video komen dari semua tentang finale ni dan merupakan antara interview terakhir dengan cast members Friends sebagai tatapan kalian semua.


Ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam Sejarah pada tarikh 06 Mei bagi slot Sejarah Dunia dan sebenarnya banyak lagi kejadian yang berlaku pada 06 Mei ni tapi Pakngah pilih yang ni sebab rasanya menarik untuk perkongsian.

Jika ada pertanyaan atau komen atau sekadar nak berkongsi bole la email kat kami di lepak melalui address di bawah....jangan lupa komen ape ape ye...

Layannnnn...



Ahad, 22 November 2015

Sejarah Dunia 22 November : Filem animasi Toy Story ditayangkan di cinema


Kalau geng geng dalam lepak ni adalah sebaya dengan kami semua kat lepak ni maka confirm kenal sangat sangat cite Toy Story ni sebab semua filem animasi menggunakan CGI atau Computer Generated Image ni bermula dan rancak di produce sekitar tahun 1990-an.

Ape kaitan Toy Story dengan slot history kali ini..kena la read thru baru faham.

Bagi slot Sejarah Dunia kali ni PakNgah nak cite pasal filem animasi CGI sepenuhnya yang pertama iaitu Toy Story mula ditayangkan di pawagam pada 22 November 1995.
Antara filem animasi terbitan Disney / Pixar
Toy Story ni adalah filem pertama buatan Disney / Pixar dan filem animasi ini adalah filem animasi pertama yang dibuat sepenuhnya menggunakan CGI atau Computer Generated Image atau dalam bahasa melayu simple dia guna perisian komputer. Kalau nak paham kan CGI tu bole check dalam google ape CGI tu.

Filem ini diarahkan oleh John Lasseter dan filem animasi ini menggunakan suara pelakon Tom Hanks sebagai Woody dan Tim Allen sebagai Buzz Lightyear...dua dua watak hero utamanya.
Woody dan Buzz Lightyear
Ianya mengisahkan sekumpulan mainan kanak-kanak ketika itu yang dipunyai serta disayangi oleh tuannya bernama Andy. Mereka diketuai oleh Woody (seorang patung koboi) dan mereka semua menjadi hidup apabila manusia tiada di sekitarnya.

Sesuai untuk semua usia termasuk la dewasa, filem ini bergenre adventure yang ringan dan banyak komedi serta nasihat di dalamnya. PakNgah sendiri masih lagi ada simpan collection patung Woody dan Buzz Lightyear sebagai kenangan.

Kalau nak tau cite ni best ke tak kena la tengok filem ni. Confirm puas hati sebab jalan cite dia memang best. Dan rupanya baru la perasan dah dua dekad rupanya cite ni ditayangkan buat kali pertama.

Filem ini terpilih di dalam National Filem Registry sebagai " culturally, historically or aesthetically significant" pada tahun 2005.

Ianya menelan belanja 30 Juta untuk di buat dan mendapat keuntungan kasar 361 juta seluruh dunia semasa penayangannya.

So okay la..

Hope uolllsss enjoy reading sejarah ni..

Kat bawah ni PakNgah ada letakkan trailer semasa penayangannya pada tahun 1995 untuk uollls semua.



Ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh 22 November bagi slot Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada 22 November tapi PakNgah pilih yang ini sebab rasa menarik..

Jika ada sebarang pertanyaan atau komen atau sekadar nak berkongsi bole la email kami di lepak melalui address di bawah :



Sabtu, 21 November 2015

Sejarah Dunia 21 November : Kemangkatan Yang Dipertuan Agong ke-11 (Sultan Selangor Darul Ehsan).

Yang di-Pertuan Agong ke-11 Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj



Wassuppp Wassup Uoollss Geng Lepak....

Ape kabar korang semua...?? Hopefully best weekend ni dan kepada yang dah start cuti sekolah PakNgah nak wish Selamat Bercuti.

Bagi slot Sejarah Dunia kali ni PakNgah nak cite pasal Agong kite yang ke 11 dan siapa dia??..Hari ini dalam Sejarah 21 November 2001 Kemangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-11, Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj Ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj

Baginda dilahirkan di Istana Bandar Temasya, Kuala Langat pada 8 March 1926 dan merupakan anak sulung kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah.

Baginda menerima awal di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada tahun 1934 dari Darjah 1 hingga Darjah 6 dan pada tahun 1936 Baginda melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak hingga Disember 1941 apabila meletusnya Perang Dunia kedua.

Kemudian dari tahun 1947 hingga 1949 Baginda melanjutkan pelajaran di Universiti of London, School of Oriental and African Studies.

Sekembalinya Baginda ke tanah air Baginda berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama 8 bulan.

Baginda menyertai Askar Melayu pada tahun 1952 di Port Dickson pada selama 6 bulan dan ditauliahkan Queen Commision dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.

Dilantik sebagai Tengku Laksmana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangir pada 13 Mei 1950.

Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-11 pada 23 September 1999 dan Baginda mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor.

Baginda mangkat pada 21 November 2001 (Bersamaan 5 Ramadhan 1422) pada 11.57 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Jalan Ampang pada usia 75 tahun berikutan masalah Jantung. Baginda terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan dan mesin dialisis.

Kemangkatan Baginda diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad

Jenazah Almarhum dimakamkan di Makan Diraja Klang pada 22 November 2001 bersebelahan makam ayahandanya.

Turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Tuanku Nur Zahirah, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Sultan Kelantan sultan Ismail Petra, Sultan Perak Sultan Azlan Shah, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri, Presiden Singapura S.R. Nathan dan Timbalan Perdana Menteri Thailand Dr. Supachai Panitchpakdi.

So okay la..

Hope uolllsss enjoy reading sejarah ni..

Ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh 21 November bagi slot Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada 21 November tapi PakNgah pilih yang ini sebab rasa menarik..

Jika ada sebarang pertanyaan atau komen atau sekadar nak berkongsi bole la email kami di lepak melalui address di bawah :




Rabu, 19 September 2012

Sejarah Dunia 19 September : Penggunaan Smiley Emoticons Pertama Yang Pernah Di Dokumen.



Selamat malam warga lepak..ape kabar korang semua?

Hari ni untuk column Sejarah Dunia Jay nak cite pasal Smiley.

Korang yang kaki chat ke Facebook ke BBM ke Whatapp ke ntah ape lagi kejadah kat luar tu yang Jay tak tau mesti pernah ternampak atau pun guna smiley ni kan.

Tipu la kalau tak kenal..Ok

Hari ni ade cite menarik untuk you all..okay..

Bagi segmen Sejarah Dunia kali ni Jay nak buat sejarah pasal SMILEY EMOTICONS.

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah September 19th, 1982, penggunaan Smiley pertama di dunia yang pernah di dokumen kan.


Pernah dengar nama Dr Scott Fahlman?

Mesti ramai yang jawap "Sumpah aku tak kenal weiii"..well to be exact dia adalah orang pertama yang mencipta dan menggunakan Smiley ni kat Earth ni.

Dia merupakan Saintis Komputer di Carnegie Mellon University, di Pittsburgh United States.


Beliau menamatkan pengajian Ph.D di MIT pada tahun 1977 dan merupakan Fellow dalam Persatuan Artificial Intelligence America.

Kira kan sape yang dapat masuk MIT ni gempak gila la dalam Engineering.

Banyak penemuan-penemuan beliau tapi Jay tak nak cite pasal benda tu.

Smiley pertama yang di dokumen ialah pada tahun 1982 dimana beliau dikreditkan ketika menghantar message di papan maklumat University Mellon..di mana beliau menyatakan dengan penggunaan Smiley ini dapat membezakan samada ianya gurauan atau pun serius.

Dengan simbol ini beliau juga menyatakan ianya mudah dilihat dan dikenalpasti.

Berikut ialah message yang Dr. Scott tulis:

19-Sep-82 11:44 Scott E. Fahlman             :-)
From: Scott E. Fahlman <Fahlman at Cmu-20c>

I propose that the following character sequence for joke markers:
        
:-)
        
Read it sideways. Actually, it is probably more economical to mark
things that are NOT jokes, given current trends. For this, use
        
:-(

You all boleh check vc youtube yang Jay dah sertakan sekali kat bawah sekali kalau nak kenal sape Dr Scott ni.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh September 19th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada  September 19th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Smiley tercipta.
So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni,

Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


www.lepak.com.my

Isnin, 15 Ogos 2011

Sejarah Dunia 14 Ogos : Birthday actress Halle Berry 1966.


Dah sehari dah kite semua berpuasa kan..tapi Jay rasa puasa waktu weekdays lagi kejap dari weekend mungkin sebab bile tengah keje ni kite lupa pasal makan..tapi okay..tak nak intro pepanjang..skrang ni Jay nak hilang kan mood boring Monday blues korang so enjoy bace okay.

Kepada you all yang minat movie dari Hollywood mesti kenal dengan actress comei berkulit hitam suam suam ni.

Untuk column Sejarah Dunia..hari ini dalam sejarah August 14th, birthday actress Halle Berry.

Sape Halle Berry ni..??..kalau korang nak ingat senang je..dia yang berlakon watak Storm dalam movie X-Men.


Nama Halle masa di lahirkan ialah Maria Halle Berry pada tahun 1966 dan lepas tu ditukar secara sah ke Halle Maria Berry pada 1971.

Dia adalah anak kepada Judith Ann wanita kulit putih yang bekerja sebagai jururawat psychiatric dan bapanya, Jerome Jesse Berry, lelaki berketurunan African American bekerja sebagai attendant di hospital dan wad yang sama dan kemudian berhenti jadi driver bas.

Ibu dan bapanya bercerai semasa dia berumur 4 tahun dan dibesarkan oleh ibunya.


Kenyataan Halle kepada media "dia tidak berjumpa dengan ayahnya sejak ayahnya pergi meninggalkan keluarga dan mungkin dia sudah mati".

Berry menamatkan pelajaran secondary di Bedford High School dan kemudian bekerja di Higbee's Department Store di bahagian kanak-kanak.

Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Cuyahoga Community College

Sebelum halle memulakan karier sebagai pelakon dia adalah seorang model dan Miss USA dalam pertandingan Ratu Cantik dunia.

Mula memasuki pertandingan Ratu Cantik pada tahun 80-an dan memenangi Miss Teen All-American pada 1985 dan Miss Ohio USA pada 1986.

Beliau merupakan peserta pertama yang memasuki Miss World yang berketurunan African American pada tahun 1986 itu.

Pada lewat 80-an Halle berpindah ke Illinois untuk mengejar karier sebagai model professional dan berlakon dan antara projek awal pembabitannya ialah siri telivision dari produksi Gordon Lake bertajuk Chicago force.

Pada 1992, Halle menjadi cast untuk clip video R.Kelly, "honey Love".


Breakthrough Halle yang menaikkan nama beliau sebagai pelakon international ialah apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem X-Men pada 2011 dan jugak menjadi Bond Girl dalam fliem James Bond Die Another Day pada tahun 2002.

Halle pernah berkahwin 2 kali dan kedua-duanya bertahan selama 5 tahun aje dan mempunyai seorang anak bernama Nahla Ariela Aubry.

Hope you guysss enjoy it..huhu..Jay tau kalau guys mesti enjoy punya la...hehe.

Tahun ni Krista Allen masuk 45 tahun dah..muda lagi tu..berumur tapi superb lagi.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 14th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 14th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Birthday actress Halle Berry.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kan kat office number direct line Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor



..............

Ahad, 14 Ogos 2011

Sejarah Dunia 13 Ogos : Penubuhan syarikat awam BMW Bavaria Motor Work pada 1918.


Selamat pagi korang semua..jarum kat dinding dah pukul 1.00 pagi and Jay blum tido lagi sebab nak sahur skali jap lagi.

Jay ada write up best hari ni untuk fan BMW dalam column Sejarah Dunia.


Untuk column Sejarah Dunia..hari ini dalam sejarah August 13th, 1918..Company Bavaria Motor Works dibuka kepada pegangan awam atau pun bahasa mudah nya di "Berhad" kan.

Bayerische Motoren Werke AG atau dalam English nya Bavaria Motor Works atau dalam bahasa yang kite slalu pakai BMW diasaskan pada tahun 1916 dan masa memula tu dorang buat enjin untuk kapal terbang perang..especially untuk perang dunia masa tu.

Orang penting dalam penubuhan BMW ni ramai sebenarnya seperti Karl Rapp, Gustav Otto, Max Friz dan Camillo Castoglioni tapi yang jadi master mind company ni ialah Franz Josef Popp yang jugak menjadi Ketua Pengarah BMW pertama dari tahun 1922 sampai la ke 1942.

Lepas Popp ni dah puas buat enjin kapal terbang dan kebetulan ekoran ekonomi tak berapa menentu waktu tu ekoran perang baru la dia buat kereta dan motorsikal pulak tapi itu pun selepas company ni di bukak sahamnya kepada umum pada tahun 1918.

Kalau tengok kan design lama kereta keluaran mereka dari dulu sampai skrang memang trademark dia hidung kat bonet depan tu ada dua dan kekal sampai la ke hari ni.

Untuk pengetahuan reader semua..Jay bukan nak cite pasal sejarah company ni sebab nanti dah terkeluar tajuk so Jay just selitkan sikit sikit je la supaya interesting di baca.




Batch kereta pertama BMW keluarkan ialah pada December 1927 tapi masa tu dorang combine dengan Austin Motor Company di bawah lesen Austin Seven dengan mengguna pakai nama Dixie Marque dan lepas tu baru dorang evolve sendiri.

Bavaria adalah nama tempat di negara German dan dalam kawasan Munich.


Logo BMW yang berbentuk bulat dan berwarna biru putih dan hitam di patent kan pada 10 December 1917 yang di design oleh Ottomar Rapp.

Maksud logo BMW secara simple nye ialah bilah kipas kapal terbang yang berwarna putih membelah langit yang berwarna biru sebab masa memula dulu BMW nature of company ialah pembinaan kapal terbang.


Antara iklan terawal flyers company ni ada design kapal terbang sebagai latar belakang dan bilah kipas di depan.

Semua contoh image Jay ada sertakan kalau you all interested nak tengok okay.

Evolution logo BMW pun Jay ada sertakan.

Rasenya kalau Jay tulis detail pepanjang pasal BMW ni sampai lepas sahur pun tak abis so ini je la yang Pak Ngah Jay nak kongsi.

Banyak lagi detail sejarah ni tapi Jay tak nak terkeluar tajuk..huhu..so kalau nak tau detail sejarahnya just email kat Jay okay.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 13th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 13th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Penubuhan syarikat awam BMW Bavaria Motor Work pada 1918.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kan kat office number direct line Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor



..............

Sabtu, 13 Ogos 2011

Sejarah Dunia 12 Ogos : Komputer IBM model 5150 pertama dilancarkan pada 1981..


Esok dah weekend dah kan..korang semua apa plan..??..kalau takde plan meh lepak lelama kat portal lepak.com.my ni okay dan bace memacam benda menarik kat dalam ni okay.

Tak nak intro so Pak Ngah Jay shoot terus okay.

Untuk column Sejarah Dunia..hari ini dalam sejarah August 12th, 1981..batch pertama komputer peribadi IBM series 5150 dilancarkan.

Zaman teknologi skrang ni rase nya Jay pikir semua manusia tau ape itu komputer dan lebih tepat lagi skrang ni semua dah mampu nak pakai komputer peribadi atau personal computer.


Harga PC skrang Rm3000 dah bole dapat sebijik tapi back than 20 tahun lepas computer blum sepopular skrang dan tak semua mampu pakai.

Jay ingat lagi dulu main game froggy..antara game legend ketika tu katak melintas jalan..masa tu skrin kaler hijau hitam monochrome lepas tu pakai disc floppy 8" punya la gedabak besar.

Masa tu tahun 1988..nak pakai tak mampu so pegi rumah kawan blajar pakai pc.

Semua pakai dos masa tu takde pun icon kat kiri kanan skrin..huhu..punya la seksa masa tu nak blaja menaip.


Tapi itu cite 20 tahun lepas..tapi still dalam kenangan..tapi rasenya ramai yang tak lalu zaman Jay lalu dulu..dan rata rata tak tau sejarah PC ni.

IBM Personal Computer atau pun dikenali dengan IBM PC ni adalah versi original dan lebih tepat lagi adalah nenek moyang kepada platform hardware IBM PC Compatible.

Mula dilancarkan pada 12 Ogos, 1981 dan nombor siri memula ialah 5150.

Term personal computer ni dah lama digunakan seawal 1972 untuk Xerox PARC's Alto akan tetapi model produk IBM la yang membuatkan term ni famous lebih lebih lagi untuk microcomputer.

Pelan asal IBM mengeluarkan line komputer peribadi ni adalah untuk bersaing dengan beberapa produk terkenal dari syarikat lain seperti Apple II, Commodore PET, keluarga Atari 8-Bit, TRS-80's dan lain-lain.

So memang letih la dorang buat research sebab masa tu Apple pun dah bertapak kukuh kat market.

Jay nak tulis pasal detail data base dan architecture model ni pun Jay memang tak paham..huhu..sebab bukan line Jay..sebab dulu blaja Chemical Engineering so kalau you all nak tau detail nya kene la carik sendiri ye..huhu..sorry.


Masa zaman ni PC ni digunakan lebih kepada tujuan perniagaan atau business purposes sebab masa tu permintaan tak tinggi untuk kegunaan peribadi.

Model asal 1981 IBM PC keyboard masa tu menggunakan keyboard elektronik yang dibangunkan oleh Datamaster system di North Carolina.

Setiap butang pada papan kekuncinya mampu berfungsi dengan berkesan sehingga 100 juta kali butang ditekan

Rasenya kalau Jay tulis detail pepanjang sampai lusa pun tak abis so ini je la yang Pak Ngah Jay nak kongsi.

Banyak lagi detail sejarah ni tapi Jay tak nak terkeluar tajuk..huhu..so kalau nak tau detail sejarahnya just email kat Jay okay.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 12th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 12th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Komputer IBM pertama dilancarkan.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor



..............


Jumaat, 12 Ogos 2011

Sejarah Dunia 11 Ogos : Captain Francis Light membentuk Koloni British di Penang pada 1786.


Evening kanak kanak..Okay la you all..Jay malas nak intro pepanjang so Jay nak skip terus pegi title today yang menarik for us yang bernama Malaysian sebab ni salah satu sejarah penting dalam peradaban tanah melayu satu ketika dahulu.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah August 11th, 1786 Captain Sir Francis Light mewujudkan penempatan Kolonial British di Penang, Malaya dan jugak pengasas Bandar George Town.

Dulu masa sekolah menengah bukak buku sejarah mesti kenal mamat ni sape kan..Francis Light..antara nama omputih famous dalam sejarah Tanah Malaya.

Tapi tau macam tu je la kan..sebab rase nya ramai yang Jay kenal tak minat kat subject sejarah..tapi bagi Jay takde yang past takde la yang present kan..huhu..so okay.

Meh dengar ye kanak kanak pakcik nak cite ni..huhu

Captain Francis Light adalah warga negara British dan dilahirkan di Suffolk, England.

Beliau berkhidmat sebagai Kelasi Angkatan Laut Diraja British dari tahun 1759 hingga 1763 kemudian dia mula berdagang pulak untuk British East India company pada tahun 1765.

Cite Light bermula apabile kerajaan British mencari pengkalan di kawasan baru di Asia Tenggara akibat saingan daripada Perancis ekoran Perang Napoleon di Europe.

Bile British dah tengok Penang ni sesuai sebagai pelabuhan baru British so depa pun pi hantaq Francis Light ke Kedah berjumpa dengan Sultan untuk mendapatkan persetujuan bagi menubuhkan pengkalan kat Pulau Pinang.

lakonan semula British membuat penempatan di Penang.

Pujuk punya pujuk so Sultan Kedah masa tu dah terpedaya dengan janji mamat Light ni untuk menyerahkan Pulau Pinang dan sebagai balasan mamat ni janji British akan bantu tentera Kedah untuk bantuan pertahanan tapi sebenarnya dusta semata mata.

Masa Kedah mintak bantuan British menentang Siam British buat bodoh je sebab Light dah make sure Pulau Pinang dah jatuh kat tangan dorang pada 1786.

So Kedah tak puas hati repeat pi serang pulak Pulau Pinang tapi kalah..ye la..masa tu orang kat tanah melayu pakai lembik dengan keris British dah pakai meriam katak atas tembok..macam mana la nak tembus.

Disebabkan kekalahan ini Kedah terpaksa menyerahkan tanah kat seberang Pulau Pinang kepada British pada 1791 dan dia nama kan pulak Province Wellesley yang sekarang ni dikenali dengan nama Seberang Perai.

Suke suki dia je tukaq tukaq nama..kalau nama dia mat hassan takkan pulak jadi hussin..sengal punya Light.

Untuk memajukan petempatan baru ini, Francis Light telah membuat keputusan untuk memberi tanah kepada pendatang-pendatang untuk menuntut mana-mana tanah di Pulau Pinang.

Dalam masa beberapa dekad terdapat lebih kurang 10,000 pendatang daripada pelbagai bangsa dan keturunan yang tinggal di situ.

Francis Light tak pernah berkahwin secara rasmi tapi dia ada anak dengan seorang wanita bernama Martina Rozells..nama anak dia William Light iaitu pengasas Adelaide, Australia.

Captain Sir Francis Light dikenali sebagai pengasas Pulau Pinang Moden or bole Jay kata kan "Bapa Pemodenan Pulau Pinang" ketika itu sebab inisiatif dia memajukan Pulau Pinang kepada sebuah bandar moden dan pelabuhan unggul satu ketika dahulu dan oleh kerana itu, pihak British mendirikan satu patung peringatan Francis Light yang skrang ni diletakkan di Muzium Pulau Pinang.

Walaupun cara Light ni agresif sikit tapi disebabkan mamat ni jugak la Pulau Pinang ni jadi macam ni pada hari ni.


Light mati akibat demam malaria pada 21 Oktober 1794 berumur 54 tahun ketika itu dan disemadikan di perkuburun Katolik di Northam Road yang kite kenal sekarang sebagai Jalan Sultan Ahmad shah.

Banyak lagi detail sejarah ni tapi Jay tak nak terkeluar tajuk..huhu..so kalau nak tau detail sejarahnya just email kat Jay okay.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 11th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 11th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Captain Francis Light membentuk Koloni British di Penang.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor

Selasa, 9 Ogos 2011

Sejarah Dunia 09 Ogos : Nagasaki, Japan diledakkan oleh Bom Atom "Fat Man" pada tahun 1945, 39,000 nyawa terkorban.


Salam 1 Malaysia warga setia lepak..korang dah bukak puasa ke..??..jangan makan bebanyak ok..pastu kalau bole pegi solat terawih..bulan Ramadhan ni berdouble double dapat tau.

So okay la..Jay nak mengimbau kembali kisah sedih yang berlaku 66 tahun lepas apabila ramai warga awam yang tidak berdosa maut dalam ledakkan bom atom dalam perang dunia kedua.

Untuk column Sejarah Dunia..Hari ini dalam sejarah August 09th, 1945 Bandar Nagasaki di ledakkan oleh Bom Atom atau dalam bahasa omputihnya Atomic Bomb yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit dan 39,000 orang maut dan puluhan ribu lagi cedera.

Kalau bukak buku sejarah masa belajar kat sekolah dulu memang confirm you all tau pasal Jepun kene bom atom yang membuatkan Jepun menyerah kalah dalam perang dunia kedua.

Tapi for sure you all tak tau detailnya kan.

Okay la..Jay nak cite sikit pasal 09 Ogos 1945 ni.


Bom atom pertama meledak di Hiroshima dan bom atom kedua ni kat area nagasaki..tapi disebabkan masa hari pengeboman cuaca tak berapa cun sangat sebab berkabus so bom ni jatuh tersasar sikit dari kawasan sepatutnya.

Bom ni pun ada nama beb..diberi nama "Fat Man" yang Jay rasa atas sebab rupa bentuknya besar dan gemok..huhu.

"Fat Man" ialah codename untuk bom atom yang diledakkan di bandar Nagasaki, Jepun oleh tentera Amerika Syarikat pada August 09th, 1945.

Bom ni merupakan bom kedua diledakkan dalam peperangan..lagi sebijik nama dia “Little Boy” yang digunakan untuk meledakkan Bandar Hiroshima tiga hari sebelum.

“Fat Man” diambil sempena Winston Churchill dan semasa perang dunia kedua ia dibawa oleh Kapal Terbang Bomber B-29 jenis Bockscar, dipandu oleh Major Charles Sweeney dari Skuadron 393d Bombardment, Heavy.

Meledak pada pukul 11.02 AM (waktu Jepun), pada altitud 1,650 kaki (500 m).


Ledakkan ini mengeluarkan kekuatan 21 kilotons TNT ataupun 88 terajoules..huhu..benda ni budak chemistry tau la..huhu..banyak formula nak kene pakai baru tau menda ni.

Kat bawah ni Jay sertakan sekali diagram detail bom ni dan jugak keratan rentasnya.

Diagram "Fat Man".

Diagram "Fat Man"
  1. AN 219 contact fuze (four)
  2. Archie radar antenna
  3. Plate with batteries (to detonate charge surrounding nuclear components)
  4. X-Unit, a firing set placed near the charge
  5. Hinge fixing the two ellipsoidal parts of the bomb
  6. Physics package (see details below)
  7. Plate with instruments (radars, baroswitches and timers)
  8. Barotube collector
  9. California Parachute tail assembly (0.20-inch (5.1 mm) aluminium sheet)
Keratan rentas "Fat Man".

Keratan rentas "Fat Man"

Huhu..Jay dah agak dah mesti terkeluar tajuk..panjang lebar lak Jay cite detail bom ni.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 09th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 09th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Nagasaki, Japan diledakkan oleh Bom Atom "Fat Man".

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


.........

Sejarah Dunia 08 Ogos : Penerbangan untuk tatapan umum yang pertama Wright Brothers di Le Mans pada 1908.


Selamat pagi you all boys & gurls kat lepak ni..Terima kasih sebab setia kat lepak ni walaupun portal ni takde la sehebat portal-portal yang ada kat dunia ni tapi kami akan cube memperbaiki dan terima kasih jugak atas komen komen bernas dan juga email yang kami receive.

First of all sebelum Jay mulakan write up ni Jay nak mintak maaf okay sebab dah lama tak update column Sejarah Dunia ni..banyak email yang kite orang kat lepak dapat tanya samada column ni dah close ke..oppss..sorry..tak close cume rehat sebentar sebab Jay banyak arrange untuk travel coverage kat luar negara so harap you all paham okay..muahhh..sayang you all.

Bile ada cerita menarik yang berlaku Jay akan buat write up okay..

So tak nak bebel lelama Jay nak keep track dengan title kali ni iaitu penerbangan yang mengubah sejarah penerbangan dunia dari tiada nilai kepada satu seni yang mempunyai pasaran komersil yang terlampau tinggi nilainya.

Kali ni jay ada cite menarik untuk korang yang meminati dunia penciptaan.


Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah August 08th, 1908, Penerbangan pertama untuk tatapan umum dari kapal terbang atau pun glider ciptaan the Wright Brothers ciptaan adik beradik yang Jay boleh labelkan sebagai "The Father of Aviation" atau Bapa Penerbangan.

Jay rase hampir semua makhluk yang dipanggil manusia ni tau ape itu Kapal Terbang..Kapal yang boleh diterbangkan..huhu.

Tapi korang tau ke asal usul Kapal Terbang.

Sejarah Kapal Terbang ni banyak mengubah peradaban dunia bukan sekadar sebagai pengangkutan komersil malah sekarang ni dah digunakan dalam aliran saintifik untuk kajian angkasa lepas.

Asal usul manusia cube terbang ni dah lama dah dibuat dan cuba dibuktikan..sejak dari manusia kenal ape itu burung dan graviti lagi.

Pelbagai orang mencube ciptaan untuk terbang..tapi kebanyakkan nya gagal.

Dari Perancis sampai la ke German..Tapi yang paling famous ialah theory penerbangan dan glider ciptaan adik beradik Wright.


Untuk pengetahuan you all as a reader Jay bukan nak cite pasal sejarah ciptaan nya..Jay cume akan cite pasal kejadian yang berlaku dalam sejarah pada tarikh ini.

Kalau korang nak tau lebih lanjut detail sejarah ni just bagi tau Jay okay..nanti Jay akan buat column lain untuk itu.

Adik Beradik ni dah gagal banyak kali dah dalam merekacipta sebuah glider untuk terbang sehingga kan meraka di gelar "The Bluffeur" oleh komuniti penerbangan Perancis..dan Herald Tribune edisi Paris mengeluarkan headline artikel pada tahun 1906 bertajuk " FLYERS OR LIARS?".

Akhirnya theory dan ciptaan penerbangan mereka ni berjaya jugak pada tahun 1908 apabila test subject yang pertama berjaya pusing di awan biru selama satu minit 45 saat.

Test ni dijalankan di kawasan lapang perlumbaan di Le Mans, Perancis dan buat pertama kalinya untuk orang ramai melihatnya.


Penerbangan ini berjaya membuka mata beberapa orang penting termasuk otai penerbangan Perancis Louis Bleriot.

Warga Perancis masa tu memang teruja la tengok benda ni dan program ni telah melonjakkan nama adik beradik ni sekelip mata.

Semua yang mengutuk dan tak percaya dengan mereka ni akhirnya terpaksa akur dan menerima kejayaan adik beradik ini termasuk la Editor L'Aerophile, Georges Besancon yang menulis "penerbangan ni telah berjaya meleraikan segala ketidakpercayaan".

Sekarang nni segala peninggalan adik beradik Wright ni disimpan di Smithsonian Institution.

So okay la..


Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 08th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 08th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Penerbangan pertama untuk tatapan orang ramai.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor

Rabu, 1 Jun 2011

Sejarah Dunia 31 Mei : Suara pertama Mickey Mouse.


Halloooo..hi guys..

It feel so good to be back on the saddle and doing what I'm good at..writing la kan..ape lagi..huhu

Enough said..di pepagi hari ni Jay nak sambung column yang Jay suka sangat tapi dah tertinggal lama sangat dah which is Sejarah Dunia.


Hari ni Jay ade cite yang agak menarik jugak la untuk you all go thru..okay..

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah May 31st, 1929, kali pertama character Mickey Mouse bercakap..ditayangkan di layar perak.

Tak dinafikan..kalau sebut je Mickey Mouse..hampir 110% manusia di muka bumi ini tahu ikon kartun tikus ni.

Kartun persis tikus rumah yang diolah dan dijadikan ikon kebaikan untuk tontonan semua peringkat umur baik kanak-kanak hingga la yang berumur emas.

Jay sendiri pun kalau ada je siaran Walt Disney dalam Astro confirm akan tengok Mickey Mouse and friends.

Mempunyai peminat nya tersendiri sehingga ada kelab dia sendiri pulak tu beb..MICKEY MOUSE CLUB..kelas mak..

Tapi ape yang kite tau pasal character yang berjaya menjadi label kepada kejayaan Walt Disney..??

Kat sini Jay nak cite ringkasan permulaan Character ni.

Mickey Mouse mula direka dan ditayangkan di layar perak pada tahun 1928 oleh Ub Iwerks dan Walter Elias Disney atau pun korang kenal dengan nama Walt Disney.

Walt Disney ni bukan sekadar nama company ataupun nama tempat theme park nya tetapi ianya juga adalah nama kepada foundernya.

Beliau bekerjasama dengan Ub Iwerks untuk mereka character Mickey ni dan dari situ banyak perubahan yang dorang buat..tapi Jay tak leh cite pasal sejarah ni sebab nanti dah keluar tajuk..huhu.

Pendekkan cite..sebelum Mickey mula bercakap..terdapat 8 episod initial ataupun permulaan di mana Mickey bersiul, menangis, ketawa dan membuat ekspresi menerusi mimik muka.

Dan pada tayangan kesembilan ni la Mickey bercakap dan ayat pertama yang diucapkan ialah "Hot Dogs".

Zaman dulu tak macam zaman sekarang..cite dedulu semua short aje..pendek sekadar yang mampu..sebab kalau nak lukis sampai sejam punya cite 20 roll kertas pun tak cukup.


Tajuk memula character ni bercakap ialah The Karnival Kid dan sinopsis cite ni ialah Mickey jual hot dogs kat carnival fun fair ni la..Minnie Mouse pulak ada..

Ala..Minnie kan girlfriend dia..so masa ni belum dating lagi..baru nak kenal-kenal..huhu.

So masa ni Mickey terminat la dengan tikus pompuan ni..try ayat punya ayat..sampai ke malam hari nya main gitar pulak tu..huhu.

So..itu korang kena carik dalam youtube..jangan carik Mickey okay..tapi "The Karnival Kid"..sebab kalau you all carik Mickey dia akan keluar zaman moden punya.

Kalau Jay nak tulis semua pasal The Karnival Kids ni..habis 3 roll page website ni kang.

Dan seterusnya cite Mickey ni bercakap sampai la ke sudah tak renti renti..dan sehingga sekarang banyak character yang menemani Mickey seperti Goofy dan ramai lagi..Jay tak hafal semua..sorry.

Tapi papehal pun memang sejarah pasal character ni panjang which Jay tak bole nak cite secara khusus hanya elaborate je bole..sorry ye..tapi kalau you all nak Jay takde masalah..just bagi tau Jay okay.

Jay memang suka bab bab menulis ni.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh May 31st bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada May 31st tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Mickey Mouse mula bercakap.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay dan lepak.com.my harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kat Jay at 012-646 6635   Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


..