Rabu, 19 September 2012

Sejarah Dunia 19 September : Penggunaan Smiley Emoticons Pertama Yang Pernah Di Dokumen.



Selamat malam warga lepak..ape kabar korang semua?

Hari ni untuk column Sejarah Dunia Jay nak cite pasal Smiley.

Korang yang kaki chat ke Facebook ke BBM ke Whatapp ke ntah ape lagi kejadah kat luar tu yang Jay tak tau mesti pernah ternampak atau pun guna smiley ni kan.

Tipu la kalau tak kenal..Ok

Hari ni ade cite menarik untuk you all..okay..

Bagi segmen Sejarah Dunia kali ni Jay nak buat sejarah pasal SMILEY EMOTICONS.

Untuk column Sejarah Dunia pagi ini..Hari ini dalam sejarah September 19th, 1982, penggunaan Smiley pertama di dunia yang pernah di dokumen kan.


Pernah dengar nama Dr Scott Fahlman?

Mesti ramai yang jawap "Sumpah aku tak kenal weiii"..well to be exact dia adalah orang pertama yang mencipta dan menggunakan Smiley ni kat Earth ni.

Dia merupakan Saintis Komputer di Carnegie Mellon University, di Pittsburgh United States.


Beliau menamatkan pengajian Ph.D di MIT pada tahun 1977 dan merupakan Fellow dalam Persatuan Artificial Intelligence America.

Kira kan sape yang dapat masuk MIT ni gempak gila la dalam Engineering.

Banyak penemuan-penemuan beliau tapi Jay tak nak cite pasal benda tu.

Smiley pertama yang di dokumen ialah pada tahun 1982 dimana beliau dikreditkan ketika menghantar message di papan maklumat University Mellon..di mana beliau menyatakan dengan penggunaan Smiley ini dapat membezakan samada ianya gurauan atau pun serius.

Dengan simbol ini beliau juga menyatakan ianya mudah dilihat dan dikenalpasti.

Berikut ialah message yang Dr. Scott tulis:

19-Sep-82 11:44 Scott E. Fahlman             :-)
From: Scott E. Fahlman <Fahlman at Cmu-20c>

I propose that the following character sequence for joke markers:
        
:-)
        
Read it sideways. Actually, it is probably more economical to mark
things that are NOT jokes, given current trends. For this, use
        
:-(

You all boleh check vc youtube yang Jay dah sertakan sekali kat bawah sekali kalau nak kenal sape Dr Scott ni.

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh September 19th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada  September 19th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Smiley tercipta.
So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni,

Kite Layannnzzz..- Jay the Editor


www.lepak.com.my

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :