Memaparkan catatan dengan label Food Hunting. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Food Hunting. Papar semua catatan

Jumaat, 4 September 2020

Jom Makan : Nikmati Western Food di Red Card Cafe, Bangi

 


Entri ini dibawakan bagi peminat western food. Kalau masih tercari-cari tempat untuk menikmati western food di Bangi boleh cuba di Red Card Cafe Bangi.

Pertama kali kami menjejakkan kaki ke sini memang dah terpegun dengan dekorasi tempat ini. Sangat simple. Kalau ada yang berhajat nak mengadakan majlis seperti harijadi, keraian dan lain-lain boleh cuba datang ke sini. Pasti tidak mengecewakan. Tempat yang luas kerana terdapat 2 lot kedai yang digabungkan menjadi 1.



Pelbagai jenis western food ada di sini. Dari segi rasa boleh beri 9/10. Harga pun berpatutan secara keseluruhan.


Untuk lebih lanjut, berikut adalah alamat Red Card Cafe:

Red Card Cafe Address: 17 & 18, Jalan Medan Pusat Bandar 4A, Section 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
03-8912 6849

Facebook: redcardcafe
Instagram: @redcardcafe

Jumaat, 23 Mac 2018

Jom Makan : Sara Thai Kitchen, Kuantan



Bercuti dan makan tak dapat dipisahkan. Kalau korang ada di kawasan Balok, Kuantan dan tak tahu mana nak cari tempat makan bersama keluarga, apa kata korang cuba di Sara Thai Kitchen. Kalau datang waktu malam, memang cantik dengan lampu-lampu yang dipasang dan ala2 garden sikit.

Sempena cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga sempat bercuti bersama-sama mak ayah dan adik beradik ke De Rhu Beach Resort, Kuantan. Kami sekeluarga dinner di Sara Thai Kitchen. So far makanan dan service adalah memuaskan. Cuma masa kami datang agak penuh, mungkin sebab ramai yang datang sebab cuti sekolah dan datang untuk bercuti. Perjalanan dari De Rhu Beach Resort adalah lebih kurang 2,3 minit saja. Tak jauh pun. Ada banyak lagi kedai-kedai makan ditepi-tepi jalan tu dan pilih je mana yang sesuai dengan selera.



Nampak sangat kat situ macam pelancong kan, depan kedai pun nak bergambar.:). Saja nak buat kenangan. Bukan selalu datang sini. Perjalanan dari Kajang ambil masa dalam 3-4 jam sebab ada berhenti rehat kejap.

Okay, ini adalah antara makanan yang kami order dan sempat diambil gambar sebelum masing-masing start makan sebab dah lapar :)






Kalau yang dah sampai Balok tu boleh la cuba cari Sara Thai Kitchen ni. Makanan boleh tahan sedap.



Jumaat, 22 September 2017

Jom Makan: Ujeans Sungai Kantan, Kajang

Review tempat makan kali ini ialah di Ujeans yang terletak di Sungai Kantan, Kajang. Kedai ni berhadapan dengan surau Sungai Kantan. Menu macam kedai-kedai makan tomyam juga tetapi rasa makanan tu yang membuatkan kami boleh datang repeat makan kat sini. Maknanya rasa tu kena dengan tekak. Harga pun ok. Ada makanan Melayu, ada Western Food.

Pada orang-orang Kajang dan yang berhampiran dengannya bolehlah cuba datang makanan di sini.

Nasi Goreng USA

Nasi Goreng Pattaya




Khamis, 30 Mac 2017

Restoren Nasi Arab Taiba di Putrajaya


Siapa penggemar nasi arab kat sini? Rasanya ramai antara kita ni suka makan nasi arab. Restoren nasi arab pun tumbuh bak cendawan tumbuh di Malaysia ni. Di Putrajaya Presint 15 Diplomatik, terdapat banyak restoren nasi arab dan antaranya adalah Taiba Restaurant. Taiba Restaurant antara tempat pilihan penduduk Putrajaya untuk menjamu selera.

Kalau korang datang time lunch hour waktu bekerja memang ramai sangat. Rasanya memang sedap lebih-lebih lagi menu di sini memang makanan original dari Arab. Bahagian makan untuk seorang memang banyak sebab ikut gaya hidup orang Arab kan. 

Satu perkara yang ketagih kat Taiba Restaurant ni ialah rasa sambal dan garlic sauce. Kalau tak ada dua penambah selera ni memang tak lengkap rasanya makan nasi arab. Hilang rasa asli nasi arab tu. Tak percaya? Cubalah. Dah datang sekali confirm korang rasa nak datang lagi. Betul. Tak tipu. :)

Lagi satu, selain di Putrajaya, ada satu lagi cawangan Taiba Restaurant ni iaitu di Cyberjaya. Di Cyberjaya ni besar sikit dan 2 tingkat. Kalau datang di Cyberjaya ni kebanyakan yang datang adalah student luar yang study kat Cyberjaya. Rasa macam duduk kat Arab sekejap sebab penuh dengan student arab makan kat sini. Design masih kekalkan budaya arab. Memang nampak cantik dan mewah.

Harga macam biasa lah, sesuai dengan saiz dan rasanya yang tak mengecewakan.

Jom jamu sikit mata dengan menu di Taiba, Putrajaya.

Restoren Nasi Arab Taiba di Putrajaya

 Grill Chicken

Restoren Nasi Arab Taiba di Putrajaya
Hanith Chicken

Restoren Nasi Arab Taiba di Putrajaya
Garlic Sauce dan Sambal




Rabu, 29 Mac 2017

Bunga Lawang Cafe


Rasanya macam dah lama kami di LEPAK tidak update sebarang news terutama bab jalan-jalan cari makan ni walaupun agak banyak juga tempat yang dah kami pergi. Sempena lagi beberapa bulan nak Ramadhan ni kami akan berusaha untuk update tempat-tempat makan yang menarik untuk korang okay.

Pada sesiapa yang tinggal di Bangi dan berdekatan, dan terasa nak rasa makanan seperti makanan mak dan seperti makan di rumah, Yes..Bunga Lawang Cafe pilihan tepat. Bunga Lawang Cafe ini terletak di Bandar Baru Bangi Seksyen 7. Bersebelahan dengan Salam Noodles Bangi.

Bangi memang syurga makanan. Bunga Lawang Cafe ini antara tempat yang agak baru lagi. Kami pun tahu kewujudan Bunga Lawang Cafe ini melalui iklan di Facebook. Asyik sangat lalu ni wall, teringin juga nak rasa makanan kat sini dan memandangkan ramai juga yang datang melalui gambar di FB.

Masuk je di cafe ni, kami agak kagum sikit dengan rekabentuk tempat ini. Cantik, kemas dan bersih. Boleh pilih duduk di dalam yang ada aircond, atau di luar. 

Antara menu yang menarik di sini adalah Laksa Johor, Asam Pedas, Sambal Sotong, Lempeng Pisang, dan lain-lain. Ada banyak lagi menu tak cuba. :)

Rasa? Memang best. Memang betul rasanya seperti masakan mak di rumah. Tak hairanlah ramai yang datang. Kalau kami masih boleh repeat datang sini, maknanya memang best lah tu. 

Apa kata korang semua cuba makan di sini. Harga pun berpatutan walaupun masa first time datang sini ingatkan mahal sebab tengok ID kedai ni cantik.

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Bunga Lawang Cafe

Sabtu, 18 Jun 2016

Berbuka puasa di Restoran Absolute Thai IOI Mall Putrajaya.

Dah masuk minggu ketiga puasa dah dan normally time ni akan belaku la kesesakan dalam traffic di internet sebab ramai dah start mencarik-carik tempat sesuai nak bukak puasa reramai..tak kire la satu family ke satu universiti ke satu kampung ke dan pastinya berdering la aplikasi whatsapp korang nak dapatkan confirmation bukak kat mana dalam group.

So dalam minggu-minggu ni jugak family dalam lepak memang sibuk sikit dengan undangan berbuka puasa reramai dan yang latest ialah 2 hari lepas kat IOI Mall Putrajaya.

Pada yang suke makanan masakan Thailand dan berdekatan pulak dengan Putrajaya dan Bangi bole la cube singgh di Restoran Absolute Thai di dalam Mall IOI ni.


Terletak kat sebelah Restoran Tony Romas, tempat ni memang bagi Pakngah sedap...Kebetulan adik pulak nak belanje so bertambah la sedap jadinya sebab free..hihihi..

Masakan famous signature dia memang banyak yang di rekemen oleh chef tapi favourite Pakngah still Tomyam Putih dia dengan Ikan Kerapu 3 rasa dia.


Restoran ni memang banyak cawangan dia macam kat One Utama, Sunway Giza, Ikano dan banyak lagi dan lebih kurang sama semuanya so kalau pegi memana punya outlet pun tak nyesal sebab standard dia tiada perbezaan ketara.


Dari segi kebersihan memang tak dinafikan tempat ni memang tersangatlah bersih dan yang paling best staff dia kat sini memang humble jenis suke senyum so anda akan rasa welcome kat sini...mintak la ape pun banyak mana pun tetap senyum.

Red Ruby in Water Chestnuts
Favourite kami lepas makan ialah dessert dia Red Ruby dengan Chestnut ni memang sedap sampai hirup la air dia...lebih kurang macam cendol sikit sikit.

Bersama ni kami letak kan beberapa keping gambar yang sempat kami snap untuk dikongsi dengan u and u and uolllsss..

Kepada yang nak tau lebih lanjut pasal tempat ni bole klik link kat bawah ni untuk portal rasmi restoran ni :

http://www.absolutethai.com.my/

Kat bawah ni jugak ada video Absolute Thai yang pengunjung pernah buat tapi bukan di IOI sebaliknya dia cawangan Alamanda tapi lebih kurang sama la restorannya...layanzzz..


Nanti kan review kami seterusnya untuk segmen food hunting sempena Ramadhan ni minggu depan di Hadramawt Kitchen Wangsa Maju.

Sabtu, 11 Jun 2016

Karat Cafe Ipoh Perak


Masa berjalan dan berlalu dengan pantas kan..dah seminggu dah kite di Bulan Ramadhan 2016 bersamaan 1437 Hijrah ni..
Kejap sangat dah kite nak masuk minggu kedua..dan cuti sekolah pun dah nak tamat ahad ni dan bermula la hiruk pikuk isnin minggu depan.

Dan normally minggu kedua puasa jugak la bermulanya minggu di mana ramai orang akan start berbuka kat luar dan tempat-tempat buffet Ramadhan pun akan start penuh dengan company-company bawak staff makan kat luar dan tak lupa jugak company-company sponsor pegawai-pegawai makan kat buffet.


Portal lepak ni pun tak putus-putus orang carik pasal tempat makan berbuka yang pernah kami  review sebelum ni. So kali ni kami nak review pulak Karat Cafe di mana crew lepak dapat kesempatan makan kat sini seminggu sebelum puasa lepas semasa trip coverage ke Perak.

Terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak, tempat makan ni berkonsepkan rumah lama zaman british dulu dan diubahsuai menjadi hipster cafe yang sesuai dengan citarasa moden bergabung dengan deko-deko kayu lama dan warna sejuk.

Kalau nak mudah carik cafe ni type aje Karat Cafe kat dalam application Waze pada smart phone korang memandangkan semua orang dari budak sekolah sampai la orang tua dah ada smart phone sorang satu skarang ni dan Karat Cafe ni akan keluar dalam application gps Waze anda so tak payah nak carik-carik longitude ke latitude ke macam zaman dulu dan dah mudah skrang ni.

Tempat makan dia selesa tapi ada masalah sikit..bila kawasan parking penuh dengan kereta tempat tu jadi cramp sebab laluan keluar masuk dia pada arah satu pintu sahaja so bila pengunjung parking kereta kiri kanan lalun tu jadi sempit sikit untuk keluar masuk.

Tapi kepuasan berebut parking tu berbaloi bila dah jejak kaki kat dalam cafe ni sebab mata jadi puas tengok deko dan warna yang menarik serta pencahayaan yang tak terang dan tak malap sangat so just nice bak kata orang jawa...huhu.
Harga dalam kategori mampu milik dan tak mahal sangat dan makanan merangkumi pelabagai jenis termasuk makanan melayu dan jugak makanan omputih western western gitu..
Decoration plating pinggan tu simple takde design design sangat pakai sos dan crew lepak sempat la rasa beberapa jenis makanan dalam tu cume tak dapat nak ambik semua sebab penuh meja dah.

Dari segi rasa sedap dan puas makan jejauh ni dari KL lebih kurang 3 jam perjalanan. Cume masa yang diambik untuk menyediakan tu je a bit lama sikit so kena banyak bersabar kalau nak makan benda sedap ni...dinasihatkan bawak la biskut sementara menunggu.

Kami kat lepak bagi 4 bintang dari 5 untuk Cafe ni di atas keselesaan dan kesedapan masakan yang disediakan..
Kat bawah ni ada beberapa imej yang kite nak kongsi dengan uollsss yang sedang-sedang mencari makan di luar kawasan KL dan kami bole rekemen tempat ni.



Di bawah ni jugak ada Vedio Clip pasal Karat Cafe ni pada yang nak tengok dengan lebih jelas lagi.


Ni je review kami kat lepak untuk kali ni..so till next time selamat mencuba..


Selasa, 24 Mei 2016

Salam Noodles Bangi Mee Tarik

Halllooo Uuu Olllsss..

Pejam Celik dah nak masuk bulan Ramadhan dah kan..lagi 2 minggu je lebih kurang..

Korang semua dah ganti semua puasa blummm???aummm...pada yang belum lagi cepat cepat la ye...

Memandangkan dah dekat nak masuk bulan Ramadhan ni ramai yang mintak buat kan review tempat makan so bole la buat perancangan berbuka sekeluarga nanti.



Beberapa hari lepas Lepak dan family pegi try out Mee Tarik kat area Bangi..

Nama tempat ni Salam Noodles..senang nak ingat kan..dekat je dengan JPJ Bangi bersebelahan Speedmart dan satu deret dengan CK Rahim..mana hakak hakak yang suke beli kerongsang kat CK Rahim ni mesti tau tempat ni ha...

Pada yang suka kan kelainan memang ni ha la tompek nya ..sebab bukan makanan orang melayu tapi berasal dari China dan di tanggung Halal dan pemiliknya juga adalah Muslim...cume cara masakan adalah intergrasi cina so bole korang bole bayangkan la..


Makanan memang sesuai untuk the whole family sebab memang tak pedas kalau nak compare dengan gulai lemak...cume skrang dah bole diterima oleh rakyat Malaysia.

Dari segi tempat dan kebersihan memang Thorbaikk la...memang cun..


Cume harga je yang kena keluarkan lebih sikit je..tak banyak..cume lebih sikit je..

Kite orang try hampir semua makanan dia termasuk la satay dan frankly sedap sampai kenyang cume tak larat nak abis kan sebab portion dia memang beso beso...


Bersama ni kami letak kan beberapa keping gambar yang sempat kami snap untuk dikongsi dengan u and u and u tapi tak berapa banyak sebab perut tengah lapar..

Rasanya dorang takde website atau portal rasmi untuk kami letak atau mungkin terlepas pandang..so sape sape yang ada info bole la kongsi kat sini ye..

Kat bawah ni jugak ada video menu Salam Noodles pada yang nak usha usha tu...layanzzz..


Pada yang nak kongsi atau nak tanya pape buat masa ni kami tengah dalam merangka email baru lepak...so hopefully new email address dapat di gunakan tak lama lagi...so tolong simpan email ni just incase nak contact in the future.. ( admin@lepak.com.my )