Sabtu, 11 Jun 2016

Karat Cafe Ipoh Perak


Masa berjalan dan berlalu dengan pantas kan..dah seminggu dah kite di Bulan Ramadhan 2016 bersamaan 1437 Hijrah ni..
Kejap sangat dah kite nak masuk minggu kedua..dan cuti sekolah pun dah nak tamat ahad ni dan bermula la hiruk pikuk isnin minggu depan.

Dan normally minggu kedua puasa jugak la bermulanya minggu di mana ramai orang akan start berbuka kat luar dan tempat-tempat buffet Ramadhan pun akan start penuh dengan company-company bawak staff makan kat luar dan tak lupa jugak company-company sponsor pegawai-pegawai makan kat buffet.


Portal lepak ni pun tak putus-putus orang carik pasal tempat makan berbuka yang pernah kami  review sebelum ni. So kali ni kami nak review pulak Karat Cafe di mana crew lepak dapat kesempatan makan kat sini seminggu sebelum puasa lepas semasa trip coverage ke Perak.

Terletak di Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak, tempat makan ni berkonsepkan rumah lama zaman british dulu dan diubahsuai menjadi hipster cafe yang sesuai dengan citarasa moden bergabung dengan deko-deko kayu lama dan warna sejuk.

Kalau nak mudah carik cafe ni type aje Karat Cafe kat dalam application Waze pada smart phone korang memandangkan semua orang dari budak sekolah sampai la orang tua dah ada smart phone sorang satu skarang ni dan Karat Cafe ni akan keluar dalam application gps Waze anda so tak payah nak carik-carik longitude ke latitude ke macam zaman dulu dan dah mudah skrang ni.

Tempat makan dia selesa tapi ada masalah sikit..bila kawasan parking penuh dengan kereta tempat tu jadi cramp sebab laluan keluar masuk dia pada arah satu pintu sahaja so bila pengunjung parking kereta kiri kanan lalun tu jadi sempit sikit untuk keluar masuk.

Tapi kepuasan berebut parking tu berbaloi bila dah jejak kaki kat dalam cafe ni sebab mata jadi puas tengok deko dan warna yang menarik serta pencahayaan yang tak terang dan tak malap sangat so just nice bak kata orang jawa...huhu.
Harga dalam kategori mampu milik dan tak mahal sangat dan makanan merangkumi pelabagai jenis termasuk makanan melayu dan jugak makanan omputih western western gitu..
Decoration plating pinggan tu simple takde design design sangat pakai sos dan crew lepak sempat la rasa beberapa jenis makanan dalam tu cume tak dapat nak ambik semua sebab penuh meja dah.

Dari segi rasa sedap dan puas makan jejauh ni dari KL lebih kurang 3 jam perjalanan. Cume masa yang diambik untuk menyediakan tu je a bit lama sikit so kena banyak bersabar kalau nak makan benda sedap ni...dinasihatkan bawak la biskut sementara menunggu.

Kami kat lepak bagi 4 bintang dari 5 untuk Cafe ni di atas keselesaan dan kesedapan masakan yang disediakan..
Kat bawah ni ada beberapa imej yang kite nak kongsi dengan uollsss yang sedang-sedang mencari makan di luar kawasan KL dan kami bole rekemen tempat ni.



Di bawah ni jugak ada Vedio Clip pasal Karat Cafe ni pada yang nak tengok dengan lebih jelas lagi.


Ni je review kami kat lepak untuk kali ni..so till next time selamat mencuba..


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :