Isnin, 4 Februari 2019

    Portal Jawatan kosong Sektor Kerajaan, Swasta dan Latihan Industri


    Berita baik kepada semua di luar sana bahawa LEPAK telah mewujudkan satu Portal Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia bagi memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk mencari pekerjaan. Portal ini juga menyediakan informasi berkaitan kerja dan jawatan kosong di seluruh Malaysia yang merangkumi peluang pekerjaan sepenuh masa, separuh masa dan bagi pelajar praktikal. Jawatan kosong merangkumi jawatan kosong di agensi kerajaan dan swasta yang meliputi dari pelbagai kategori jawatan.


    Korang semua boleh dapatkan senarai peluang pekerjaan setiap hari di portal ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Sila layari portal dan Facebook di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong yang ditawarkan.

    Jangan lupa war-warkan kepada rakan-rakan, keluarga dan semua kenalan dan membantu mereka yang sedang mencari pekerjaan.

    Nikmati penginapan selesa di Hotel Muzaffar Melaka



    Cuti sekolah pada Mac 2019 dah semakin hampir. Rasanya ramai yang dah survey tempat-tempat menarik dan hotel-hotel untuk penginapan seisi keluarga. 

    Sekiranya ada yang berhajat dan merancang untuk bercuti ke Melaka, apa kata cuba untuk menginap di Hotel Muzaffar, Melaka yang terletak di MTIC Ayer Keroh Melaka. Harga pun boleh dikirakan harga mampu milik. Bagi penjawat awam pula boleh dapat diskaun bagi harga bilik. Cuma tunjukkan kad pekerja dan akan diberikan diskaun harga. 

    Penginapan di sini sangat sesuai untuk yang datang untuk bercuti disamping tempat penginapan yang selesa. Rekaan yang berkonsepkan istana melayu dan pengunjung pasti tertarik juga dengan rekaan dalaman bilik hotel.

    Hotel ini baru 2 tahun beroperasi dan berdekatan dengan bangunan jabatan kerajaan. Berdekatan dengan MC Donald's, Bowling dan restoren-restoren.




    Bagi yang datang atas urusan kerja dan sebagainya, disediakan satu meja kecil untuk ruang bekerja dan sangat selesa. Cuma siaran TV selalu terganggu kerana menggunakan perkhidmatan Unifi yang bergantung kepada talian internet. Perkhidmatan Wifi disediakan dan memuaskan.


    Laluan ke bilik-bilik juga sangat cantik mata memandang dengan hamparan permaidani yang cantik.


    Perkara pertama yang saya akan lihat adalah kebersihan dan keselesaan toilet. Yes.. toilet memang bersih, cantik dan selesa.





    Antara view yang kita boleh lihat dari bilik.



    Area lobi yang luas untuk pengunjung menunggu.


    Kursus dan bengkel juga boleh diadakan di sini bagi agensi kerajaan dan swasta. Pihak hotel menyediakan ruang/bilik untuk berbengkel dan berkursus.

    Dari segi makanan pula memuaskan cuma ada sesetengah makanan yang disediakan agak pedas dan mungkin tak sesuai dengan pelancong yang datang menginap di sini.

    Kemudahan kolam renang juga disediakan bagi yang membawa anak-anak untuk bercuti.

    (Gambar Google)

    Secara keseluruhan, saya sangat berpuas hati sepanjang menginap di Hotel Muzaffar ini dan seakan tidak mahu balik disebabkan terlalu kagum dengan rekaan yang cantik dan keselesaan hotel yang memuaskan. 

    Pada yang belum pernah menginap di sini, sangat2 dicadangkan untuk memilih Hotel Muzaffar.

    Selamat bercuti. :)



    Rabu, 16 Januari 2019

    Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson




    Tak tau nak ke mana hujung minggu? Ada satu tempat yang menarik untuk sekeluarga bercuti, berkhemah dan berkhelah. Jom kita ke Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Apa yang menarik?

    Pantai Cahaya Negeri Port Dickson ni salah satu tempat menarik di PD yang terletak di Batu 5 Jalan Pantai. Lanskap dan pemandangan yang sangat cantik ditambah pula ada platform kayu  yang membolehkan pengunjung berjalan kaki ke Pulau Burong dan menikmati pemandangan paya bakau dan bergambar.




    Mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang luas dan ada pelbagai kemudahan awam seperti toilet termasuk tempat untuk keluarga beriadah dan berkhelah. Bagi yang suka kan pemandangan yang cantik dan tenang, boleh kunjungi pantai ini. Waktu malam juga ada pengunjung yang datang untuk berkhemah dan rehat-rehat santai. Boleh datang bawa khemah sendiri dan berkhemah di bawah pokok-pokok besar dan redup. Aktiviti memancing boleh juga di sini cuma aktiviti lain tidaklah sebanyak di pantai lain.



    Setakat ini, pantai ini masih lagi nampak bersih dan diharap pengunjung yang datang boleh kekalkan kebersihan. Cuma tong sampah yang disediakan agak kurang dan jauh dari tempat pengunjung berkhemah.







    Sabtu, 4 Ogos 2018

    Keputusan Terkini : Pilihanraya Kecil (PRK) Sungai Kandis 2018

    IKUTI LAPORAN LANGSUNG (LIVE) PRK SUNGAI KANDIS DI MALAYSIA KINI

    https://live.malaysiakini.com/sungaikandis2018/my/

    Terkini : PKR mendahului dengan 15075 undi - sehingga 9.00 malam

    ***************************************************

    Hari ini bersamaan 4 Ogos 2018 adalah merupakan Pilihanraya Kecil (PRK) N29 Sungai Kandis berikutan kematian penyandang kerusi tersebut Mat Shuhaimie Shafiei akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas. Pada PRU-14 yang lepas,Mat Shuhaimie memperoleh 22,998 undi menewaskan calon BN Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hnaifah Husin (76).




    PRK Sungai Kandis menyaksikan pertembungan antara PKR (Mohd Zawawi Ahmad Mughni), BN (Datuk Lokman Noor Adam) dan BEBAS (K.Murthy). Berikut adalah fakta calon PRK Sungai Kandis.
    Kredit Gambar : Astro AWANI



    Selasa, 31 Julai 2018

    Blog Pencarian Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia



    Salam semua dan tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua follower LEPAK. Berita baik kepada semua di luar sana bahawa LEPAK telah mewujudkan satu Blog Pencarian Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Malaysia bagi memberi peluang kepada mereka di luar sana untuk mencari pekerjaan. Blog ini juga menyediakan informasi berkaitan kerja dan jawatan kosong di seluruh Malaysia yang merangkumi peluang pekerjaan sepenuh masa, separuh masa dan bagi pelajar praktikal.

    Korang semua boleh dapatkan senarai peluang pekerjaan setiap hari di blog ini. Semoga memberi manfaat kepada semua. Sila layari blog dan Facebook di bawah untuk maklumat lanjut berkaitan jawatan kosong yang ditawarkan.

    Jumaat, 6 Julai 2018

    Pusat jagaan kanak-kanak di semua agensi kerajaan menjelang 1 Januari 2019

    hannah yeoh, childcare, pusat jagaan kanak-kanak,

    Menjelang 1 Januari 2019, semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan  diwajibkan untuk menyediakan dan mewujudkan pusat jagaan/asuhan kanak-kanak. Perkara ini dinyatakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

    Kementerian akan membuat audit di semua agensi kerajaan bagi memastikan smua agensi kerajaan mematuhi Pekeliling Awam Bil 6/1989 di mana Perkhidmatan Persekutuan dan Negeri hendaklah menyediakan pusat jagaan kanak-kanak untuk kemudahan ibubapa menghantar anak-anak semasa mereka keluar bekerja. Kemudahan ini juga membolehkan ibu bapa merasa senang hati tanpa rasa bimbang dengan keselamatan anak mereka kerana ianya dijamin selamat.

    Sektor swasta juga digalakkan untuk menyediakan kemudahan pusat jagaan/asuhan kanak-kanak ini melalui insentif pengecualian cukai 10 peratus (10%) selama 10 tahun bagi ubah suai dan penyelenggaraan bangunan untuk pusat jagaan/asuhan kanak-kanak.


    Tazkirah : Fadhilat Selawat Tafrijiyyah - Menghilangkan dukacita, kesusahan dan dimurahkan rezeki

    Salam Jumaat semua. Hari ni just nak share satu selawat yang boleh kita amalkan untuk amalan setiap hari. Ada banyak sebenarnya selawat yang boleh diamalkan cuma hari ini saya share berkaitan fadhilat Selawat Tafrijiyyah.

    Selawat Tafrijiyyah ini disebut juga "Selawat Kamilah" atau " Selawat Nariyah" yang bererti sempurna atau terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menhilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknya mengamalkan Selawat Tafrijiyyah dengan membacanya selepas solat fardhu semampu yang mungkin.  

    Fadhilat Selawat Tafrijiyyah:
    1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya
    2. Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya
    3. Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya dan ditinggikan martabatnya
    4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
    5. Sentiasa dilindungi daripada segala bencana dan malapetaka
    6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang
    7. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan
    Menurut Imam ad-Dainuri r.a.
    1. Amalkan setiap kali selepas selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah
    2. Amalkan setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat
    3. Amalkan setiap selepas solat hajat beberapa malam - menyelesaikan masalah
    4. Amalkan setiap hari, me ngetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki
    5. Amalkan tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki
    Menurut Imam Qurtubi r.a

    Amalkan sebanyak mungkin, Allah akan hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan dan membuka pintu kebajikan

    Menurut Imam Sayyidi Muhammad khafi r.a

    Amalkan sebanyak mungkin dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh, Insya allahtercapai hajat dengan baik dan sempurna


    Tazkirah : Doa Hantar Anak ke Pengasuh

    doa hantar anak ke pengasuh, tazkirah


    Semenjak negara kita gempar dengan berita menyayat hati adik Adam Raqyal, ramai ibu-ibu yang bekerja dalam dilemma dan risau untuk menghantar anak ke pengasuh. Selain meneliti beberapa aspek pemilihan pengasuh, ada doa yang kita boleh amalkan supaya anak kita sentiasa dalam jagaan Allah. Doa adalah senjata umat Islam. Jangan berhenti berdoa selepas semua usaha kita. Doa ini diajar oleh Almarhum Tuan Guru Ustaz Haron Din.

    Nabi Muhammad S.A.W menitipkan doa ini kepada Abu Hurairah ketika berpisah dengan beliau. 

    أَسْتَوْدِعُكَ ٱللَّهَ الَّذِي لَاتَضِيعُ وَدَا ئِعُهُ
    Aku letakkan engkau dalam jagaan Allah yang takkan pernah menyia-nyiakan apa yang di dalam jagaan-Nya.

    Al Imam Abdul Wahhab al-Sya'rani mengatakan:

    "Di antara akhlak para Solihin ialah mereka menyerahkan segala urusan diri, anak-anak, serta ahli keluarga mereka kepada Allah Ta'ala".

    Semoga anak-anak kita di dalam perlindunganNya. Insya Allah.



    Khamis, 5 Julai 2018

    Kronologi Kes Kematian Adam Rayqal

    Semalam kita digemparkan dengan kes kematian adik Adam Rayqal yang dijumpai mati di dalam peti ais milik pengasuhnya. Kematian yang amat memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Adam dikatakan baru seminggu berada di rumah pengasuh yang sebelum ini dijaga oleh neneknya. Jenazah Adam telah selamat dikebumikan di Tanah perkubutan Ladang Kok Pelam, Kuala Terengganu. 

    Berikut adalah kronologi kes kematian adik Adam. Semoga keadilan dapat ditegakkan untuk kes ini.

    adam rayqal, peti ais, bayi 5 bulan mati
    Kredit Grafik : Sinar Harian

    Rabu, 4 Julai 2018

    Bayi 5 bulan ditemui mati di dalam peti ais pengasuh


    Adam Rayqal Mohd Sufi, 5 bulan yang dilaporkan hilang selepas didakwa diambil seornag lelaki yang menyamar sebagai bapanya ditemui mati di dalam peti ais di rumah pengasuhnya di Jalan Nahkoda Kiri Tiga, Kampung Nakhoda, Batu Caves. Mayat Adam ditemui dalam bahagian atas peti ais dua pintu di rumah pengasuh tersebut kira-kira pukul 11 malam Selasa yang disumbat dalam beg berwarna hijau.

    Mayat bayi tersebut ditemui selepas siasatan polis mendapati keterangan pengasuh terbabit meragukan. Polis kemudia membawa pengasuh berkenaan ke rumahnya sebelum ditunjukkan lokasi bayi itu disimpan. Mayat dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat.


    Berita ini betul-betul meruntun hati semua rakyat Malaysia. Bagaimana ada orang yang tergamak membunuh dan meletakkan bayi tersebut dalam peti ais. Terbayang-bayang kesengsaraan anak comel tersebut. Zalim. Itu sahaja perkataan yang boleh digambarkan.




    Diharap keadilan dapat ditegakkan. Ini bukan isu biasa. Ini isu yang sangat besar dan mendapat perhatian umum. Di sinilah berlakunya dilema ibu yang bekerja. Terpaksa melepaskan anak untuk dijaga oleh pengasuh demi meneruskan tugas mencari nafkah. Jangan kita menuding jari kepada sesiapa pun. Jalan terbaik adalah mencari jalan penyelesaian bagi membolehkan ibu yang bekerja tidak merasakan risiko membenarkan orang lain menjaga anak-anak mereka. Kami akan kupas isu ini di posting akan datang.

    Salam takziah kepada kedua ibu bapa Adam Rayqal. Syurga tempatmu sayang.