Memaparkan catatan dengan label Tempat menarik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tempat menarik. Papar semua catatan

Rabu, 16 Januari 2019

Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson




Tak tau nak ke mana hujung minggu? Ada satu tempat yang menarik untuk sekeluarga bercuti, berkhemah dan berkhelah. Jom kita ke Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson. Apa yang menarik?

Pantai Cahaya Negeri Port Dickson ni salah satu tempat menarik di PD yang terletak di Batu 5 Jalan Pantai. Lanskap dan pemandangan yang sangat cantik ditambah pula ada platform kayu  yang membolehkan pengunjung berjalan kaki ke Pulau Burong dan menikmati pemandangan paya bakau dan bergambar.




Mempunyai kemudahan tempat letak kereta yang luas dan ada pelbagai kemudahan awam seperti toilet termasuk tempat untuk keluarga beriadah dan berkhelah. Bagi yang suka kan pemandangan yang cantik dan tenang, boleh kunjungi pantai ini. Waktu malam juga ada pengunjung yang datang untuk berkhemah dan rehat-rehat santai. Boleh datang bawa khemah sendiri dan berkhemah di bawah pokok-pokok besar dan redup. Aktiviti memancing boleh juga di sini cuma aktiviti lain tidaklah sebanyak di pantai lain.



Setakat ini, pantai ini masih lagi nampak bersih dan diharap pengunjung yang datang boleh kekalkan kebersihan. Cuma tong sampah yang disediakan agak kurang dan jauh dari tempat pengunjung berkhemah.







Sabtu, 18 Jun 2016

Berbuka puasa di Restoran Absolute Thai IOI Mall Putrajaya.

Dah masuk minggu ketiga puasa dah dan normally time ni akan belaku la kesesakan dalam traffic di internet sebab ramai dah start mencarik-carik tempat sesuai nak bukak puasa reramai..tak kire la satu family ke satu universiti ke satu kampung ke dan pastinya berdering la aplikasi whatsapp korang nak dapatkan confirmation bukak kat mana dalam group.

So dalam minggu-minggu ni jugak family dalam lepak memang sibuk sikit dengan undangan berbuka puasa reramai dan yang latest ialah 2 hari lepas kat IOI Mall Putrajaya.

Pada yang suke makanan masakan Thailand dan berdekatan pulak dengan Putrajaya dan Bangi bole la cube singgh di Restoran Absolute Thai di dalam Mall IOI ni.


Terletak kat sebelah Restoran Tony Romas, tempat ni memang bagi Pakngah sedap...Kebetulan adik pulak nak belanje so bertambah la sedap jadinya sebab free..hihihi..

Masakan famous signature dia memang banyak yang di rekemen oleh chef tapi favourite Pakngah still Tomyam Putih dia dengan Ikan Kerapu 3 rasa dia.


Restoran ni memang banyak cawangan dia macam kat One Utama, Sunway Giza, Ikano dan banyak lagi dan lebih kurang sama semuanya so kalau pegi memana punya outlet pun tak nyesal sebab standard dia tiada perbezaan ketara.


Dari segi kebersihan memang tak dinafikan tempat ni memang tersangatlah bersih dan yang paling best staff dia kat sini memang humble jenis suke senyum so anda akan rasa welcome kat sini...mintak la ape pun banyak mana pun tetap senyum.

Red Ruby in Water Chestnuts
Favourite kami lepas makan ialah dessert dia Red Ruby dengan Chestnut ni memang sedap sampai hirup la air dia...lebih kurang macam cendol sikit sikit.

Bersama ni kami letak kan beberapa keping gambar yang sempat kami snap untuk dikongsi dengan u and u and uolllsss..

Kepada yang nak tau lebih lanjut pasal tempat ni bole klik link kat bawah ni untuk portal rasmi restoran ni :

http://www.absolutethai.com.my/

Kat bawah ni jugak ada video Absolute Thai yang pengunjung pernah buat tapi bukan di IOI sebaliknya dia cawangan Alamanda tapi lebih kurang sama la restorannya...layanzzz..


Nanti kan review kami seterusnya untuk segmen food hunting sempena Ramadhan ni minggu depan di Hadramawt Kitchen Wangsa Maju.

Isnin, 24 Oktober 2011

Perkelahan di Sungai Tekala

Kalau korang tak tahu nak pergi mana hujung minggu, apa kata pergi seisi keluarga atau dengan kawan-kawan di Sungai Tekala. Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor.


Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta.

Sungai Tekala terkenal dengan  air terjun yang bersih yang terletak di dalam jagaan hutan. Terdapat juga beratus tumbuhan yang dilabel untuk pengunjung untuk belajar meneroka alam semulajadi.

Keluasan kawasannya lebih dua setengah ekar dan terdapat tujuh tingkat air terjun dari bawah sampai ke puncaknya.

Trek jalan pula dibina dengan kemas untuk memudahkan pengunjung meneroka hutan dan terdapat juga beberapa buah pondok di sepanjang trek untuk pengunjung berehat bersama-sama keluarga.

Kemudahan awam seperti tandas juga disediakan bagi kemudahan. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM1 untuk dewasa dan RM0.50 untuk kanak-kanak.

Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor


Ladang burung unta yang dinamakan Ostrich Wonderland ini telah mula beroperasi sejak tahun 2000. Ladang yang menternak burung unta ini bukan sahaja tertumpu pada burung unta tetapi juga beberapa jenis burung yang lain iaitu ayam dan burung merak.


Pengunjung dapat melihat sendiri perkembangan burung unta yang berlainan umur dan saiz yang diasingkan di dalam kandang yang berbeza. Pengunjung juga boleh memberi makanan kepada burung unta ini dan juga menunggang bagi sesiap yang berani.


Kalau ada antara pengunjung yang nak bawa cenderahati sebagai ole-ole boleh dapatkan telur burung unta yang telah ditetas dan dihiaskan dengan pelbagai corak dengan harga yang berpatutan. Harga tiket untuk seorang dewasa ialah RM8 dan kanak-kanak RM5.


Ahad, 12 Jun 2011

Pendakian ke Bukit Broga



Pendakian kali ni ialah ke Bukit Broga, Semenyih Selangor. Bagi pendaki, Bukit Broga ni mungkin dah tak asing lagi lah kan. Kalau nak bersantai2 dengan family bawak anak2 bolehlah ke Bukit Broga ni. Sesuai untuk seisi keluarga mengisi masa lapang.

Semasa pendakian saya 2 minggu lepas, ramai betul yang datang mendaki dengan family masing-masing. Student pon ramai.

Sepanjang perjalanan, korang boleh tengok pemandangan pokok-pokok yang tumbuh disekitarnya dan trek yang agak mencabar jugak sebab ada dalam satu-satu masa pendaki kena berenti untuk beri laluan kepada pendaki lain sebab trek yang kecil.

Apa yag best tu, sebelum nak start pendakian tu ada beberapa gerai dibuka jual air dan sebagainya. 


Info berkaitan Bukit Broga, Semenyih

- Bukit Broga setinggi 380 meter
- Pendakian mengambil masa kira-kira 30 minit ke 1 jam
- Dicadangkan bermula selepas subuh sekitar 6.00 am dan jika cuaca baik anda berpeluang melihat matahari terbit (sunrise) bila tiba di atas.
-  Antara cabaran ke Bukit Broga ini ialah trek tanpa akar pokok, agak licin dan berdebu ketika kering.
- Ladang kelapa sawit dijadikan sebagai tempat parking (bayar RM2).
- Pengangkutan paling mudah naik kenderaan sendiri, dari KL ke Semenyih ambil masa kira-kira 1 jam setengah.
- Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih.

Jom kita tengok gambar2 yang sempat di ambil  semasa pendakian.



Antara gerai yang dibuka sebelum pendaki meneruskan pendakian







Khamis, 19 Mei 2011

Berkelah di Sungai Gabai

Tempat percutian yang korang boleh pergi dihujung minggu adalah Sungai Gabai, Hulu Langat. Tempat ni memang sesuai kalau korang nak merehatkan badan sambil berkumpul bersama keluarga. Kalau tak silap last saya datang sini adalah tahun lepas.

Pintu Gerbang mengalukan kedatangan pengunjung

Dari tempat meletak kenderaan ni lebih tahan penat jugaklah nak berjalan nak masuk ke dalam ....huhuh..maybe saya ni tak biasa exercise kot...korang perlu berjalan beberapa meter untuk sampai ke kolam sungai pertama..Sampai je area air terjun memang ramai giler orang kat bawah ni bermandi manda.. Kalau korang nak best sikit...naik tangga sebab Sungai Gabai ni ada 12 tingkat dengan 336 anak tangga hingga ke tingkat paling atas. Kawasan perkelahan agak sempit dan berbatu-batu besar.

Sungai ini merupakan sungai yang berasaskan Sungai Lui dan menjatuhkan terjunan air setinggi 100 meter ke beberapa siri kolam di kaki terjunan.

Anak tangga sesuai untuk latihan pendakian


Antara pemandangan dari atas

Okaylah, sedikit info tentang Sungai Gabai


Air terjun Sungai Gabai terletak di Kampung Sungai Lui, mukim Hulu Langat. Air terjun Sungai Gabai ini tidaklah begitu popular berbanding dengan air terjun Sungai Congkak atau air terjun Sungai Tekala.

Ada banyak pondok rehat yang dibina pada tahun 2000. Ada kira-kira 10 buah pondok rehat yang pelbagai saiz dan bentuk. Ada juga surau, bilik persalinan dan tandas awam.
Sungai Gabai mengalir dari Gunung Besar Hantu (1462 m) yang terletak di Negeri Sembilan. Air Sungai Congkak mengalir dari Gunung Nuang (1493 m) yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri Selangor.


Di Sungai Gabai terdapat sebuah perkampungan orang Asli yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Orang Asli Sungai Gabai. Terdapat kira-kira 12 buah rumah Orang Asli suku Temuan di sini. Rumah-rumah mereka daripada kayu menyerupai rumah peneroka FELDA. Rumah-rumah ini dibina dengan bantuan kerajaan melalui Jabatan Hal Ehwal Orang Asli. Beberapa rumah baru, dibina daripada baru.
Keadaan rumah tidaklah begitu terurus, tapi bekalan elektrik ada. Mereka mendapat bekalan air daripada Sungai Gabai yang diempang secara kecil-kecilan sahaja. Ada paip PVC dari air Sungai Gabai ke rumah mereka. Kebanyakan mereka memelihara anjing bagi menjaga keselamatan mereka ketika memburu di dalam hutan. Ada sebuah bangunan seperti surau di kampung ini.

Sumber : wikipedia

p/s: So apa lagi......jomlah berkelah2 di Sungai Gabai....


Isnin, 16 Mei 2011

Pendakian ke Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor


Salam semua....story kali ni ialah tentang pendakian ke Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor. Pada Sabtu lepas (14 Mei 2011), saya telah menyertai Program Jati Diri Riadah Mendaki Gunung Nuang yang diketuai oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Dato' Hasan Nawawi Abd Rahman. Program ini adalah salah satu riadah yang diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan, memberi peluang kakitangan mengenali gunung nuang dan sebagai aktiviti riadah dan dilihat objektif tersebut telahpun tercapai.

Pendakian kali ini hanyalah sehingga ke Kem Lolo dan telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sebelum dilepaskan oleh YDP, setiap kumpulan perlulah menyenyikan lagu MPKj....fuhh...bukak kitab balik yg tak hafal lagu tuh.....huhuhu....then, setiap kumpulan perlu menyatakan tujuan program ini, kekuatan Kajang dan budaya kerja di MPKj. Kiranya dapat jugaklah ilmu dan bukan sekadar riadah sahaja.

Berlepas untuk pendakian....semangat jer
Sampai di Kem Lolo
Aktiviti di Kem Lolo
Kat sini juga saya nak share sikit info tentang Gunung Nuang ni. Dah naik mesti nak kena tau info sikit kan.

Gunung Nuang ni merupakan salah sebuah gunung yang terkenal dan merupakan puncak yang tertinggi di negeri Selangor. Gunung nuang juga merupakan gunung tempat latihan dan persiapan bagi para pendaki yang ingin atau dalam perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gunung Nuang berketinggian 4898 kaki dari paras laut. 

Trek dia memang mencabar. Saya yang pertama kali mendaki Gunung Nuang ni memang terasa cabaran dia sebelum sampai ke Kem Lolo. Trek ada yang berbatu2 memang menyukarkan bagi yang tak biasa dengan pendakian. Pendakian ke Kem Lolo mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam ke 2 jam. 

Di Kem Lolo ni boleh juga kalau nak berkhemah untuk semalaman sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Nuang. Kem Lolo ni terletak 5km dari pintu masuk Gunung Nuang dan Dataran Pacat yang terletak 7km dari pintu masuk. Kem Lolo dapat menampung 200 hingga 300 orang dalam satu masa.

Bagi yang mahu tinggal semalam berdekatan tapak gunung, terdapat 5 rumah kecil yang mengadungi dua buah katil, termasuk tandas dan kipas. Terdapat juga 2 buah dom yang boleh menampung seramai 30 hingga 40 orang. Kemudahan utama seperti tandas awam, tempat mandi, surau dan juga dewan serbaguna disediakan juga di sini. Rumah kecil ini boleh disewa dengan harga RM20 semalam dan dom boleh disewa dengan harga RM60 semalam.



Apa2pun, program pendakian ni mmg best dan mencapai objektif.

p/s: kemana pula lepas ni yer....jom Bukit Broga.....

Ihsan gambar : facebook