Isnin, 16 Mei 2011

Pendakian ke Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor


Salam semua....story kali ni ialah tentang pendakian ke Gunung Nuang, Hulu Langat Selangor. Pada Sabtu lepas (14 Mei 2011), saya telah menyertai Program Jati Diri Riadah Mendaki Gunung Nuang yang diketuai oleh Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kajang, Dato' Hasan Nawawi Abd Rahman. Program ini adalah salah satu riadah yang diadakan bagi mengeratkan silaturrahim sesama kakitangan, memberi peluang kakitangan mengenali gunung nuang dan sebagai aktiviti riadah dan dilihat objektif tersebut telahpun tercapai.

Pendakian kali ini hanyalah sehingga ke Kem Lolo dan telah dibahagikan kepada 10 kumpulan. Sebelum dilepaskan oleh YDP, setiap kumpulan perlulah menyenyikan lagu MPKj....fuhh...bukak kitab balik yg tak hafal lagu tuh.....huhuhu....then, setiap kumpulan perlu menyatakan tujuan program ini, kekuatan Kajang dan budaya kerja di MPKj. Kiranya dapat jugaklah ilmu dan bukan sekadar riadah sahaja.

Berlepas untuk pendakian....semangat jer
Sampai di Kem Lolo
Aktiviti di Kem Lolo
Kat sini juga saya nak share sikit info tentang Gunung Nuang ni. Dah naik mesti nak kena tau info sikit kan.

Gunung Nuang ni merupakan salah sebuah gunung yang terkenal dan merupakan puncak yang tertinggi di negeri Selangor. Gunung nuang juga merupakan gunung tempat latihan dan persiapan bagi para pendaki yang ingin atau dalam perancangan untuk mendaki Gunung Kinabalu. Gunung Nuang berketinggian 4898 kaki dari paras laut. 

Trek dia memang mencabar. Saya yang pertama kali mendaki Gunung Nuang ni memang terasa cabaran dia sebelum sampai ke Kem Lolo. Trek ada yang berbatu2 memang menyukarkan bagi yang tak biasa dengan pendakian. Pendakian ke Kem Lolo mengambil masa kira-kira 1 1/2 jam ke 2 jam. 

Di Kem Lolo ni boleh juga kalau nak berkhemah untuk semalaman sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Nuang. Kem Lolo ni terletak 5km dari pintu masuk Gunung Nuang dan Dataran Pacat yang terletak 7km dari pintu masuk. Kem Lolo dapat menampung 200 hingga 300 orang dalam satu masa.

Bagi yang mahu tinggal semalam berdekatan tapak gunung, terdapat 5 rumah kecil yang mengadungi dua buah katil, termasuk tandas dan kipas. Terdapat juga 2 buah dom yang boleh menampung seramai 30 hingga 40 orang. Kemudahan utama seperti tandas awam, tempat mandi, surau dan juga dewan serbaguna disediakan juga di sini. Rumah kecil ini boleh disewa dengan harga RM20 semalam dan dom boleh disewa dengan harga RM60 semalam.



Apa2pun, program pendakian ni mmg best dan mencapai objektif.

p/s: kemana pula lepas ni yer....jom Bukit Broga.....

Ihsan gambar : facebook

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :