Jumaat, 12 Februari 2021

Resepi : Tomyam Ayam Tanpa Perencah


Dalam umur yang dah makin meningkat ni, kalau boleh nak cari resepi-resepi mudah yang sihat tapi still sedap dimakan. Kalau diikutkan penggunaan perencah segera yang ada dipasaran ni memang tak bagus sebenarnya tapi kalau nak makan sekali sekala boleh sebenarnya kalau nak ubah selera kan.

Kalau sebelum ni saya masak tomyam guna perencah segera, hari ini saya nak cuba masak tomyam tanpa perencah. Rasa masih sama dan sedap :)

Bahan-bahan

  1. Ayam yang telah dipotong dadu
  2. 3 biji tomato (dibelah 4)
  3. Lobak (dipotong kecil)
  4. 2 biji bawang besar (dibelah 4) - kalau suka bawang boleh tambah lagi
  5. Kacang Panjang (dipotong)
  6. Lain-lain sayur yang dirasakan sesuai
  7. Cili api (diketuk) - nak pedas boleh letak banyak
  8. Cili kisar - 2 sudu (terpulang tahap kepedasan)
  9. Daun limau purut
  10. Serai (diketuk)
  11. Air asam limau kasturi/lemon - kalua suka masam boleh letak banyak
Cara masak
  1. Panaskan sedikit sahaja minyak
  2. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga masak
  3. Masukkan serai
  4. Masukkan air
  5. Bila air dah mendidih sedikit masukkan ayam.
  6. Masukkan tomato, lobak,bawang besar, kacang panjang, cili api dan lain-lain sayur
  7. Masukkan daun limau purut dan air asam limau/lemon, garam secukup rasa
  8. Siap untuk dimakan
Mudah kan? Bahan-bahan pun senang nak cari dan cepat untuk dimasak. Boleh la dijadikan koleksi resepi untuk bulan Ramadhan nanti :)

Nota : Boleh tambah selera dengan telur dadar panas :)

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :