Jumaat, 10 Jun 2016

Apa beza antara Domain dan Hosting

Domain dan hosting, apa beza keduanya? Sebagai blogger kita memang dah biasa dengar istilah domain dan hosting. Tapi ada juga yang mungkin masih x clear lagi beza keduanya. So Pakngah nak cerita sikit beza antara Domain dan Hosting ni.

Sumber Gambar : Google
Apa itu Domain?
Domain ni adalah ALAMAT bagi blog korang. Macam alamat rumah kita. Bila ada alamat senanglah orang datang rumah kan. Macam tu juga dengan domain yang mana memudahkan pelawat nak melawat blog korang. Sebelum decide nak beli domain, fikir betul2. Pastikan domain yang korang pilih tu bersesuaian. Sebagai contoh, kalau korang buat business, pilih domain yang mudah untuk pelanggan ingat dan ringkas. Jangan terlalu panjang. Maksudnya ada identiti sendiri yang mewakili business atau blog korang. Pakngah sendiri suka kalau nama blog atau website tu pendek dan mudah nak ingat macam lepak.com.my ni. Lepak maksudnya santai2 dan identiti itulah mewakili blog lepak ni di mana korang boleh santai-santai dapatkan info kat sini.

Domain pula ada yang berbayar dan free. Bagi yang baru nak berjinak2 dengan dunia blog, biasanya menggunakan blogspot. Alamat blog kita akan jadi seperti berikut: 

www.lepak.blogspot.com

Tetapi bila blog korang dah mula dikenali adalah lebih baik korang guna domain berbayar kerana dengan domain  berbayar, blog korang akan menjadikan blog korang mesra SEO. Sekiranya korang ada bisness pula, menggunakan domain  berbayar akan membuatkan bisness korang lebih dipercayai oleh pelanggan. Sebagai contoh, antara butiksaya.blogspot.com dan butik.com mana satu yang buat korang percaya jika nak berjual beli?

Apa itu Hosting?
Kalau domain tadi merujuk kepada alamat, Hosting pula berfungsi sebagai TEMPAT PENYIMPANAN atau STORAGE bagi semua fail, post, komen, gambar dan sebagainya berkaitan blog korang. Senang cerita kita ibaratkan hosting macam rumah. Kalau korang cuma beli domain sahaja korang masih boleh guna hosting percuma dari blogspot. Tapi ibarat korang ni menyewa lah. Bila-bila masa tuan rumah boleh ambil balik rumah tu. So adalah lebih baik korang guna hosting yang berbayar supaya korang bebas nak simpan seberapa banyak data yang korang nak.

Bagi korang yang bercadang nak membeli domain dan hosting boleh pilih dari pelbagai company sama ada berpangkalan di Malaysia ataupun di luar negara. Pastikan company yang korang pilih tu boleh bagi service yang baik.


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :