Rabu, 8 Jun 2016

Resepi : Mushroom Soup ala-ala Pizza Hut

Sumber Gambar : Google

Salam Ramadhan semua Pakngah ucapkan. Bulan-bulan puasa ni mestilah kita nak cari resepi yang mudah dan sedap dimakan kan. Sapa yang suka makan mushroom soup? Yang macam dekat Pizza Hut tu... Senang je kalau nak buat sendiri Mushroom Soup ni. Tak payah nak beli di luar. Jom kita cuba resepi ni:

Bahan-bahan:
  1. Cendawan Shiitake (boleh pilih nak guna cendawan apa) - dipotong dadu
  2. Bawang besar - dipotong dadu
  3. Bawang putih - dihiris
  4. Susu cair
  5. Butter
  6. Lada hitam
  7. Tepung jagung 

Cara-cara:
  1. Panaskan butter
  2. Tumis  bawang putih dan besar sehingga naik bau
  3. Masukkan cendawan
  4. Masukkan susu cair secukup rasa dan kacau
  5. Masukkan lada hitam dan garam secukup rasa. Nak pedas boleh letak lebih lada hitam
  6. Akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan air

Senang kan?..Siap untuk dihidangkan.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :