Jumaat, 17 Jun 2016

Burung Unta terlepas di Lebuhraya


Pernah tak masa korang drive kereta kt highway tiba-tiba ada burung unta berlari sama? Kalau ada mesti terkejut kan? Mana pula datangnyakan. Itulah yang terjadi di Lebuhraya Persekutuan bila tiba-tiba ada burung unta muncul dan berlari.

Kejadian ini dirakam oleh Jeff Sandhu yang telah memuatnaik rakaman berdurasi 25 saat itu.  Haiwan itu berlari di lorong kanan arah ibu kota berdekatan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Universiti, di sini, petang tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku pada 3 petang dan haiwan berkenaan sudah ditangkap oleh pemiliknya kira-kira 4.30 petang.
Seorang saksi enggan dikenali berkata, dia melihat haiwan itu terlepas dari sebuah lori ketika berada berdekatan Universiti Malaya. Katanya, haiwan berkenaan dilihat melompat dari kenderaan terbabit 

"Burung unta itu berlari dilorong paling kanan lebuhraya berkenaan dan menjadi tumpuan pengguna jalan raya.

"Bagaimanapun, seorang lelaki yang menaiki kenderaan yang membawa haiwan berkenaan dipercayai pemiliknya cuba mencari haiwan berkenaan.

"Burung unta itu berjaya ditangkap selepas dikepung oleh orang ramai sebelum diambil oleh lelaki berkenaan," katanya ketika ditemui.


Katanya, dia difahamkan haiwan berkenaan dibawa pulang ke ladang pemilik terbabit terletak di Semenyih, Selangor.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Perhilitan Semenanjung, Hasnan Yusop ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai burung unta yang terlepas berkenaan, kira-kira jam 5 petang. Bagaimanapun, katanya, haiwan berkenaan bukan terletak dibawah kawalan jabatan terbabit.

Sekiranya korang nak bawa anak-anak berjalan masa cuti sekolah nanti bolehlah ke Ostrich Wonderland, Semenyih Selangor.

Sumber : hmetro

 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :