Sabtu, 18 Jun 2016

Movie Review - Teenage Mutant Ninja Turtle : Out of the shadows

Sebelum Puasa lepas Pakngah dan family di lepak mengambil kesempatan beriadah tengok movie sebelum masuk puasa lebih kurang 2 minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa dengan kerja so tak sempat nak update review movie ni.

Kepada yang lahir zaman 70 dan 80 an mesti membesar dengan cite kartun ni cume ada perbezaan sikit dari kartun asal dan jugak movie asal dorang satu ketika dahulu tahun 90-an.

Teenage Mutant Ninja Turtle ; Out of the shadows merupakan kesinambungan kepada movie new generation cite ni pada tahun 2014 dulu dan seperti Captain America : Civil War, banyak karakter-karakter asal dari kartun tahun 80-an ni dalam bentuk buku komik dan dalam bentuk kartun tv pada awal 90-an diperkenalkan dalam movie terbaru ini.

Watak seperti Casey Jones, Bebop, Rocksteady dan Krang diperkenalkan buat pertama kalinya dan ianya menyingkap kenangan kartun ni satu ketika dahulu.

Krang 
Bebop dan Rocksteady
Casey Jones
Dari segi jalan cite movie ni memang menarik cume bagi Pakngah terlampau banyak sangat CGI digunakan sebab lets face it director dia pun Michael Bay so for sure la lebih kurang macam cite Transformers the movie la CGI dia termasuk la sound effect dia dah macam dalam movie transformers jugak.

Semestinya sesuai untuk tontonan keluarga sebab takde kekasaran yang melampau dan banyak humor dalam cite ni...so kena tengok dulu baru tahu jalan cite dia.

Pada yang nak tau sinopsis cite ni dengan lebih lanjut lagi bole klik laman kat bawah ni:

https://en.wikipedia.org/wiki/Teenage_Mutant_Ninja_Turtles:_Out_of_the_Shadows

Pada yang belum tengok tu rasanya masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam utama seperti GSC dan TGV...Puas hati la untuk bawak satu family.

Pada yang nak tengok trailer cite ni kami ada selitkan kat bawah ni so enjoy..


Pakngah bagi 3.5 Bintang dari segi jalan cite menarik dan dari segi CGI dan jugak sound system sama macam transformers diulang-ulang.

Kat bawah ni ada behind the scene VC Teenage Mutant Ninja Turtle : Out of the shadows untuk tatapan semua.



Nanti kan review seterusnya tahun ni Warcraft dan Supergirl yang bakal keluar bulan Jun ni jugak.

tengokkkk...








lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :