Khamis, 20 Ogos 2020

Resepi : Kari Ikan Bawal


Ada peminat masakan kari tak kat sini? Siapa peminat memang geng :) Resepi kali ini saya nak share resepi kari ikan bawal. Resepi adalah untuk hidangan 2 orang. Boleh juga guna ikan lain selain bawal dan boleh juga tambah sayur lain selain bendi dan tomato.

Bahan-bahan
  1. Ikan bawal 2 ekor
  2. Bawang putih, bawang merah & halia (dihiris)
  3. Cili kisar
  4. Rempah kari ikan (saya guna rempah kari adabi) - dicampur dengan cili kisar
  5. Daun kari
  6. Bendi
  7. Tomato 1 biji
  8. Santan 1/2 biji kelapa
  9. Air asam jawa
Cara masak
  1. Tumis bahan yang dihiris sehingga naik bau
  2. Masukkan daun kari 
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur tadi dan goreng sehingga cili masak dan naik minyak. Pastikan cili kisar yang digoreng tadi dimasak dengan baik
  4. Masukkan santan ikut kesesuaian 
  5. Masukkan ikan bawal
  6. Masukkan bendi
  7. Garam dan air asam jawa secukup rasa
  8. Selepas hampir masak, masukkan tomato - masak tomato sekejap sahaja
  9. Siap untuk dimakan
Boleh juga lihat video di sini


Boleh juga dapatkan lain-lain video masakan DI SINI

Selamat mencuba :)


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :