Selasa, 28 April 2020

Resepi : Ikan Masak Asam



Assalamualaikum semua....sedar tak sedar dah 5 hari kita dalam bulan Ramadhan. Dengan keadaan PKP sekarang ini dan tak ada pasar ramadhan yang dibenarkan buka, kita kena lah sediakan sendiri juadah berbuka puasa. Nak order online pun boleh tapi kalau disediakan sendiri pun bagus jugak. Dapat menjimatkan duit, terjamin kebersihan dan belajar resepi baru :).

Okay....resepi kali ini nak ialah Ikan Masak Asam. Sangat simple dan cepat untuk disediakan. Jom kita tengok cara untuk sediakan resepi ini.

Bahan-bahan

  1. Ikan kembung atau mengikut selera masing-masing
  2. 1 biji bawang besar - dimayang
  3. 1 ulas bawang merah - dikisar
  4. 2 ulas bawang putih -  dikisar
  5. Sedikit halia - dikisar
  6. 1 biji tomato - dikisar dan ambil sedikit yang tidak dikisar
  7. 2 biji cili merah/hijau
  8. Cili api - dikisar dan ambil sedikit untuk diketuk
  9. Semangkuk air asam jawa - kalau nak guna pati asam jawa pun boleh tapi jangan banyak sangat nanti masam

Cara masak
  1. Gorengkan ikan tetapi jangan goreng garing sangat.
  2. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau
  3. Masukkan cili merah/hijau, cili api dan tomato dan kacau.
  4. Masukkan air asam jawa/pati asam jawa dan biarkan sehingga mendidih
  5. Gula dan garam secukup rasa
  6. Masukkan ikan yang telah digoreng tadi
  7. Siap untuk dimakan dengan nasi panas
Selamat mencuba semua  :)

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :