Selasa, 30 Ogos 2011

Product Review : Promosi Raya bagi Paris Hilton n Elle Handbag @ Poise Boutique

~Entry Melekat~


Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, Poise Boutique akan mengadakan Promosi Raya bagi Paris Hilton n Elle Handbag. Promosi hanya berjalan bermula 11 Ogos 2011 hingga 31 Ogos 2011.

Potongan harga adalah sebanyak 15%. Apa lagi...jgnlah lepaskan peluang keemasan ni....Korang mesti nak bergaya kan raya ni....jgn risau...handbag adalah original okay...

Pembeli bertuah akan dapat special gift dari Poise Boutique.

Berikut adalah antara handbag yang boleh didapati di Poise Boutique.

PARIS HILTON 
 RM500

 RM679

 RM500


ELLE
RM135

RM178

RM135


Cepat2......stok adalah terhad...siapa cepat dia dapat....BELI HANDBAG DAPAT SPECIAL GIFT! 

Untuk keterangan lanjut boleh melawat www.poise.my.


Khamis, 25 Ogos 2011

Biodata Fazlina Ahmad Daud (Mazni Ramadhan Terakhir)


Bagi yang mengikuti Drama Ramadhan Terakhir mesti korang tau kan malam ni adalah episod akhir.....Saya pun mengikuti drama ni cuma kadang2 terbabas jer....sbb tak sempat nak tengok kan. Cerita dia mmg best.

Cuma saya nak cerita sikit pasal pelakon yang memegang watak Mazni ni iaitu Fazlina Ahmad Daud. First time saya tengok pelakon ni saya rasa macam kenal jer....macam pernah nampak jer....rupa2nya Fazlina ni adik kepada Ogy Ahmad Daud. Patutlah ada iras2 sikit dan lakonan dia saya sifatkan mmg mantap macam kakak dia juga.

Bila tgk drama ni jadi geram jer dengan watak Mazni ni. Mulut jahat, suka menengking2....tapi memang menjadi lah sebab dapat buat org meluat dengan watak dia. Jom baca sikit biodata Fazlina ni.

Biodata Fazlina Ahmad Daud


Umur: 36 tahun

Tarikh lahir: 5 Jun 1975

Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik

Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990,  Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.

Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.)

Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad 13.

Sejarah penglibatan : Bermula pada tahun 1993, ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam drama MAt Gabrah. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan yang pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain tu Fazlina pernah terlibat dalam teater RAden Galoh dan Pelayaran Nur Atma.

Kredit : Nurizspace


Selasa, 23 Ogos 2011

Nabila Huda bakal bercerai selepas 3 tahun berkahwin




Tak sampai seminggu lagi kita dah nak sambut raya tapi yang tak bestnyer cerita ni ialah pasal seorang artis ni iaitu anak kepada Amy Search , Nabila Huda dilaporkan akan bercerai dengan suaminya  Zaidi Zailaini selepas 3 tahun melayari rumahtangga.

Huhhh...tak habis2.....sebelum ni cerita artis/selebriti putus tunang dan sekarang ni bakal bercerai pula.. Tak ada angin, x ada ribut tiba2 keluar cerita ni...mmg sebelum ni tak ada lah dengar rumahtangga diaorg ni bermasalah.....tapi yelah kan......kita tak tahu apa yang berlaku pada mereka.

Dilaporkan juga Nabila Huda yang nak failkan cerai ni tak dapat diteruskan sebab Nabila terlupa nak bawa sijil nikah.

Kita baca apa kata Nabila:

Memang tidak bagus bila hendak berpisah. Pada awalnya saya cuba untuk bertahan, tetapi bila fikir balik memang tidak boleh. Kiranya, jalan terakhir adalah bercerai dan ini adalah yang terbaik buat kami berdua.Buat apa hidup bersama jika tidak gembira. Dan itulah yang saya rasakan selama tempoh kami berkahwin.Saya tidak boleh rasa sangsi terhadap suami. Saya akui kekurangan saya dan saya terima juga kekurangan suami. Tidak perlu untuk burukkan sesiapa bila perkara sebegini terjadi. Apa yang saya boleh katakan, memang sudah tidak ada persefahaman antara kami. Saya anggap cukup di sini sahaja jodoh kami berdua.

Apa2 pun didoakan yang terbaik untuk kedua pasangan ni.



Isnin, 22 Ogos 2011

Tutorial : Buat tulisan berkelip


Tutorial kali ni ialah macammana nak buat tulisan tu berkelip2......Biasanya kita buat tulisan berkelip ni kalau kita nak tarik perhatian visitor yang datang ke blog kita untuk baca. Contohnya kalau kita nak sampaikan sesuatu mesej seperti berita terkini, jualan murah, pengumunan dan sebagainya.


1. Pergi ke Dashboard >Layout >Add A Gadget >HTML/Javascript.

2. Masukkan kod asas berikut
   <blink><b>SELAMAT DATANG</b></blink>

3. Save dan Preview
4. Senang je kan....Selamat mencuba


 

Going Places : Berbuka puasa di Kelab Golf Danau, UKM Bangi.


Arghhh..dah Monday dah kan..mesti kepala masing-masing dah bersuara bosannya nak gi keje..huhu.

Ye la..first day of the week pulak tu dan pejam celik pejam celik dah 3 minggu kite puasa kan..kejap rasenya..tinggal lagi seminggu lebih je kite bakal meninggalkan bulan Ramadhan dan meraikan kejayaan di bulan Syawal.

Memandangkan dah nearly minggu-minggu terakhir so crew lepak.com.my pun mengambil kesempatan berbuka reramai kat luar.


Kali ni lepak.com.my membawa anda semua berbuka kat KELAB GOLF DANAU, UKM BANGI dan kawasan Bangi ni di gazetkan sebagai Bandar Intelektual.

Crew lepak berbuka beramai-ramai pada hari sabtu 20 Ogos lepas tapi takde la ramai sangat pun ada la penuh 2 table bulat tu.

Jay sampai lambat sikit around 7.00pm tapi to be frank tak susah mana pun nak carik kelab ni kalau you all baru first time masuk ke UKM.

Lokasi Kelab Danau ni is just the opposite Hotel Puri Pujangga di dalam kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia so memang susah nak miss la..tapi kalau susah gak nak carik tanya la kat pak guard kat pintu depan tu.

To be frank masakan kelab golf ni sedap jugak la dan memandangkan harga yang kite orang kene bayar pun cume Rm39.90 satu kepala so takde tercapai akal macam Hotel Marriot or Hotel beso beso  kat area Selangor dan KL ni.


Lauk pauk dan kuih muih dia bole masuk tekak kalau nak telan la so takde la rase air or "feet" tapi ada beberapa benda kurang bagi Jay contohnya variety makanan tak banyak so kalau pusing pilih makanan tu tak sampai 5 minit dah habis semua stall yang ada.


Concept tempat ni dia buat open push cart so maknanya kiosk stall la dan buffet dan...jeng jeng jeng..takde refill so kalau korang nak makan make sure penuh kan table dulu..huhu..sebab kalau ulang tayang second round confirm dah banyak hilang.

Makanan yang ada seingat Jay la ada ABC..ikan Bakar..Kueh Teow..Kambing Salai..Sotong dan sampai tak teringat lagi dah yang lain.

Dari segi ambiance pun okay la..takde la cozy sangat takde la tak comfortable sangat memandangkan dia buat pun kat area foyer menghadap padang.

Dari segi suhu area tu korang kalau lucky dapat table best best kat area tengah takde la berwap sangat bile makan tapi kalau nasib tak baik dapat kat area pinggiran dekat dengan kaunter bayaran maknanya mandi sauna la korang ye.

Sediakan la tuala ke or kain good morning.

Dewan untuk Solat pun ada disediakan di bahagian dressing room golfers so kalau korang nak rase macam mana rupa golfer's changing room time la di opennya untuk "members only"..huhu.

 

Favourite dish yang Jay suke dalam banyak banyak makanan kat situ is kambing salai sebab daging dia memang lembut cantik juicy dan jugak lagi satu Jay suke is kuih cheese cake dia memang care rase macam makan kat Secret Recipe.

Area kawasan takde la besar sangat dan tak la kecik sangat so just nice la kalau nak bawak keluarga ke sana.

Harge pun takde la mahal which means affordable la untuk kite yang working class ni.

Lepas dah dicampo tolak point..Pak Ngah Jay bagi 6 out of 10 points.

So ok la..kang orang cakap Jay membebel lebih-lebih lak..huhu..so you all bole tengok image-image yang sempat lepak rakamkan untuk tatapan you all semua..mintak maaf sangat kalau image dia kureng sikit dan kite orang tak sempat nak snap banyak..huhu..kepala crew dah nampak kambing salai..

So ini la secera ringkasnya untuk column Going Place Jalan Jalan Makan Makan

Okay la..

Kalau ada sebarang pertanyaan or nak detail sepenuhnya or nak comment or even nak berkongsi bole la email kat Jay di address di bawah okay.

ceo@poise.my




Kalau ada restoran yang you all nak mintak Jay buat review atau restoran nak mintak buat review just bagi tau Jay okay.
 
Selamat menjamu dan selamat berbuka puasa - Jay the Editor


Jumaat, 19 Ogos 2011

Resepi : Nasi Goreng Cina



Nasi goreng cina memang satu makanan yg agak femes jugaklah kan kalau kita pergi ke restoren2. Tapi apa kata kali ni korang masak sendiri. Tak susah mana pun..Senang jer.

Bahan-bahan

1. Nasi yang telah dimasak
2. 2 biji bawang merah dan 2 biji bawang putih (ditumbuk)
3. Lobak (dipotong kecil)
4. Sedikit ayam, udang atau daging (dipotong kecil)
5. Sayur-sayuran lain
6. Sos tiram

Cara-cara masak

1. Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau
2. Masukkan ayam/udang/daging dan goreng sehingga masak
3. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
4. Masukkan lobak dan sayur-sayuran lain
5. Masukkan nasi yang telah dimasak tadi
6. Kalau nak pedas sikit masukkan cili padi
7. Boleh hias nasi dengan timun dan cili merah




BE ke 5 dari Nuffnang



Alhamdulillah...saya dapat lagi BE dari Nuffnang...BE yang ke -5....Fuhhh...anyway....tq yek en.Nuffnang....(bodek sikit..huhuhuhu)...lepas ni bagi lah BE lagi yer.....huhuhuh......

Kempen kali ni ialah dari U-Mobile MYSG Travel With U. Kempen paling lama ialah dari Milo Redemption LR (dekat 2 bulan jugaklah.....).


Harap2 lepas ni dapat byk2 lagi yer en.Nuffnang....eheheheheh........


Khamis, 18 Ogos 2011

Resepi : Ayam masak kicap




Rasanya resepi saya sebelum ni banyak berasaskan ayam. Antaranya ialah
Resepi : Ayam Black Pepper
Resepi : Ayam Golek
Resepi : Ayam goreng kunyit
 Resepi : Ayam kukus
Resepi : Ayam masak merah.

Resepi kali ni juga berasaskan ayam iaitu ayam masak kicap. Sangat sesuai kalau kita nak masakan yg simple dan mudah untuk digunakan.

Bahan-bahan:

1. Ayam (yang telah dibersihkan)
2. Bawang besar (dipotong bulat)
3. 2 biji bawang putih (dtumbuk)
4. Sedikit halia (ditumbuk)
5. Kicap manis
6. Sos tiram
7. Serbuk lada hitam
8. 1 biji tomato
9. 1 biji lada besar dan sedikit cili banggala

Cara masak:

1. Goreng ayam sehingga masak dan angkat
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau dan masukkan bawang besar.
3. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
4. Letak sedikit air kalau nak kuah dan garam secukup rasa.
5. Masukkan lada besar, cili banggala dan serbuk lada hitam (boleh masukkan cili api kalau nak pedas).
6. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati
7. Masukkan tomato. Biarkan sekejap dan angkat.
8. Sedia untuk dihidangkan.


Rabu, 17 Ogos 2011

Resepi : Ayam masak tomato



Resepi kali ni ialah Ayam masak tomato. Bulan-bulan puasa ni memang sedaplah kalau buat resepi ni.

Bahan-bahan

1. Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
2. Bawang besar - dikisar
3. Bawang putih - dikisar
4. Cili kering - dikisar
5. Tomato -dikisar
6. Bawang putih dan merah - dihiris
7. Lobak -dipotong kecil
8. Garam dan gula
9. Asam keping

Cara masak

1. Goreng ayam sehingga masak dan angkat
2. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau
3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga masak
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan lobak
6. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
7. Siap untuk dihidangkan dan dimakan.

Tutorial : Buat widget Copy Artikel

Tutorial kali ni nak share macammana nak buat widget copy artikel macam gambar di bawah ni. Mesti korang selalu tengok gambar kt bawah ni di sesetengah blog kan.

Tujuannya ialah untuk membolehkan artikel yang menarik perhatian dicopy oleh visitor yg datang ke blog korang.

Langkah2:

1. Pergi ke Dashboard > Design > Edit HTML > Expand widget templates
2. Cari code berikut dengan CTRL + F 
    <data:post.body/>

3.  Copy code di bawah ni dan paste kan di bawah code yang korang cari di step ke 2 tadi


<div style='text-align: center;'>
<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<br/> <br/>
Sila copy artikel ini,
untuk mendapat backlink ke blog ini
<form action='http://www.blogger.com/blog-this.g' method='post' target='_blank'>
<textarea cols='45' name='t' onclick='select()' readonly='readonly' rows='5'>
<data:post.body/> <br/> Sumber:
<a expr:href='data:post.url'>
<data:blog.title/>
</a>
</textarea> <br/>
<input expr:value='data:post.url' name='u' type='hidden'/>
<input expr:value='data:post.title' name='n' type='hidden'/>
<input type='submit' value='Blog This!'/>
</form>
</b:if>
</div>


4. Tukarkan pada perkataan yang berwarna biru kepada perkataan korang sendiri.
5. Save dan Preview

kredit:budaknakal
 

Apa itu Backlink


Apa itu Backlink? Bagi blogger, backlink memang tak asing lagi.

Backlink dengan bahasa mudahnya ialah link web kita yang berada atau disimpan di dalam web/blog orang lain.

Kenapa ramai yang mengejar backlink?
Sebab semakin banyak backlink semakin banyaklah trafik akan masuk ke dalam blog kita.

Kalau kita perhatikan, kita boleh tengok backlink tu dengan banyak cara. Antaranya ialah

1. Apabila link kita dimasukkan ke dalam bloglist blog lain. So rajin2lah join bloglist dan manfaatnya bukan pada kita sahaja tapi kedua2 pihak. Saya sendiri suka join bloglist sebab bila blog saya selalu diupdate dan sentiasa akan berada di senarai atas sekali. Secara tak langsung menaikkan trafik bila org klik link saya. Ada juga yang memang dah masukkan blog saya dlm bloglist. Terima kasih.

2. Korang perasan tak bila korang letak button share kt artikel korang tu. Bila orang klik share then artikel tu akan dikongsikan dengan org lain melalui facebook. Cuba korang bayangkan ada berapa orang dalam FB tu. Secara tak langsung kita dah dapat backlink kt situ. Betul tak?...huhuhu....

3. Melalui komen. Tak dinafikan dengan komen di blog lain akan meningkatkan trafik sebab kita dah tinggalkan link blog kita kt situ. Bila ada link orng akan klik kt link tu. So jgnlah jadi silent reader...Rajin2 la mengomen jek...huhuhu....

4. Letak signature link blog kita bila join forum dan hantar email. Sambil2 join forum letakkan link blog kita..kt situ dah dapat backlink.

5. Melalui join contest dan segmen blog lain juga dapat backlink. Tak caya?..Cubalah join mana2 contest atau segmen. Saya suka join contest dan segmen sebab selain dapat memperkenalkan blog saya, link blog saya sentiasa berada dalam blog tersebut selagi contest atau segmen tu berjalan.

5.Buatlah artikel yang menarik dan berkualiti sebab bila artikel kita dikongsi dalam blog lain, biasanya akan dikreditkan ke blog kita. Sebagai contoh blog saya ada tutorial untuk blogspot dan ada beberapa blog yang share artikel saya di blog mereka.

6. Selalu blogwalking sebab kita akan meninggalkan link di ruangan shoutbox.

7. Exchange link dengan blog lain. Tinggalkan seberapa banyak link. Huhuhuh.....Saya suka dengan blog yang membolehkan saya letak link saya.

Sebenarnya ada banyak lagi cara untuk mendapatkan backlink dan kadang2 kita tak sedar sebenarnya kita dah tinggalkan link kita. Kalau korang ada maklumat tambahan lagi bolehlah tulis di ruangan komen yer...bolehlah kita berkongsi maklumat.




Selasa, 16 Ogos 2011

Gambar Nabil dan bakal isteri Nazirah Ayub


Eksklusif! Nabil bakal mendirikan rumahtangga dengan pramugari Nazirah Ayub pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam. Tahniah diucapkan dengan berita baik ini.

Jom kita tgk2 sikit gambar2 pasangan ni.....






kredit gambar dan ceita selanjutnya di :ohbulan




Isnin, 15 Ogos 2011

Sejarah Dunia 14 Ogos : Birthday actress Halle Berry 1966.


Dah sehari dah kite semua berpuasa kan..tapi Jay rasa puasa waktu weekdays lagi kejap dari weekend mungkin sebab bile tengah keje ni kite lupa pasal makan..tapi okay..tak nak intro pepanjang..skrang ni Jay nak hilang kan mood boring Monday blues korang so enjoy bace okay.

Kepada you all yang minat movie dari Hollywood mesti kenal dengan actress comei berkulit hitam suam suam ni.

Untuk column Sejarah Dunia..hari ini dalam sejarah August 14th, birthday actress Halle Berry.

Sape Halle Berry ni..??..kalau korang nak ingat senang je..dia yang berlakon watak Storm dalam movie X-Men.


Nama Halle masa di lahirkan ialah Maria Halle Berry pada tahun 1966 dan lepas tu ditukar secara sah ke Halle Maria Berry pada 1971.

Dia adalah anak kepada Judith Ann wanita kulit putih yang bekerja sebagai jururawat psychiatric dan bapanya, Jerome Jesse Berry, lelaki berketurunan African American bekerja sebagai attendant di hospital dan wad yang sama dan kemudian berhenti jadi driver bas.

Ibu dan bapanya bercerai semasa dia berumur 4 tahun dan dibesarkan oleh ibunya.


Kenyataan Halle kepada media "dia tidak berjumpa dengan ayahnya sejak ayahnya pergi meninggalkan keluarga dan mungkin dia sudah mati".

Berry menamatkan pelajaran secondary di Bedford High School dan kemudian bekerja di Higbee's Department Store di bahagian kanak-kanak.

Dia kemudian melanjutkan pelajaran di Cuyahoga Community College

Sebelum halle memulakan karier sebagai pelakon dia adalah seorang model dan Miss USA dalam pertandingan Ratu Cantik dunia.

Mula memasuki pertandingan Ratu Cantik pada tahun 80-an dan memenangi Miss Teen All-American pada 1985 dan Miss Ohio USA pada 1986.

Beliau merupakan peserta pertama yang memasuki Miss World yang berketurunan African American pada tahun 1986 itu.

Pada lewat 80-an Halle berpindah ke Illinois untuk mengejar karier sebagai model professional dan berlakon dan antara projek awal pembabitannya ialah siri telivision dari produksi Gordon Lake bertajuk Chicago force.

Pada 1992, Halle menjadi cast untuk clip video R.Kelly, "honey Love".


Breakthrough Halle yang menaikkan nama beliau sebagai pelakon international ialah apabila mendapat tawaran berlakon dalam filem X-Men pada 2011 dan jugak menjadi Bond Girl dalam fliem James Bond Die Another Day pada tahun 2002.

Halle pernah berkahwin 2 kali dan kedua-duanya bertahan selama 5 tahun aje dan mempunyai seorang anak bernama Nahla Ariela Aubry.

Hope you guysss enjoy it..huhu..Jay tau kalau guys mesti enjoy punya la...hehe.

Tahun ni Krista Allen masuk 45 tahun dah..muda lagi tu..berumur tapi superb lagi.

So Okay la..

Hope you guysss enjoy go thru Sejarah Dunia kali ini.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam sejarah pada tarikh August 14th bagi column Sejarah Dunia..sebenarnya banyak lagi kejadian berlaku pada August 14th tapi Jay pilih yang ini sebab Jay rasa menarik okay guys.

Birthday actress Halle Berry.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu..and Jay harap korang semua mendapat info bile baca fakta Sejarah Dunia  ni okay guys.

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kan kat office number direct line Jay at 012-646 6635
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor



..............

Sinopsis Drama Kasih Alia






Drama ni menggantikan Dewa Cinta di slot Akasia bermula 7 malam hingga 8 malam.

Senarai pelakon

Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.


Sinopsis

Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.


Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.


Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.


Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.


Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.


Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.


Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.


Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?


Fida Ibrahim jawab isu peluk dengan Iqram Dinzly!

Kredit gambar dari Rotikaya


Sejak akhir2 ni...banyak betul cerita Fida ni keluar........lepas satu..satu cerita keluar...kalau sebelum ni pasal pengakuan Fida tentang hubungan dengan Mamat Sepah...

Kali ni pasal isu adegan berpelukan bersama aktor Iqram Dinzly di dalam drama bersiri Kasih Alia yang sedang ditayangkan di saluran TV3. Masa tu tengok salah satu adegan tu semasa promo drama tu....terkejut gak bila tengok...yelah...si Fida ni kan bertudung litup tapi ada adegan berpelukan dengan pelakon lelaki. Nampak tak manis lah...sebab rasanya sebelum ni tak ada plak artis yang bertudung berlakon berpeluk dengan bukan muhrim..yeker...huhuhuh....

Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom
Fida Ibrahim dimalukan dalam peminangan di Bang Bang Boom - part 2
Youtube Bang Bang Boom Fida Ibrahim


Berikut adalah kenyataan Fida berkaitan perkara tersebut:


"Pertama sekali, Fida ingin meminta maaf jika ada peminat yang terasa dengan apa yang berlaku. Sebenarnya, perkara itu terjadi secara spontan. Ketika itu babak kami dihalau dari wad dan ia babak yang sangat sedih. 

"Mungkin kerana terlalu menjiwai, Iqram secara tidak sengaja tertarik Fida dan jika dilihat dari mata kasar memang nampak seperti kami berpelukan, namun pada hakikatnya tidak.

Tapi bila perkara-perkara sebegini berlaku, Fida sebagai pelakon perlu bersedia menghadapi semua ini," jelas anak kelahiran Kuala Lumpuri itu yang mengatakan semua ini dipelajari dari kesilapan lalu. 

Sebenarnya dia menggunakan tekniknya tersendiri untuk melakonkan babak tersebut. Apa yang dilihat mungkin tidak sama dengan apa yang berlaku. Jelas Fida, Iqram ketika itu tidak memeluknya erat. 
 
"Apa yang boleh Fida lakukan ialah Fida gunakan teknik sendiri. Jika perasan, Fida meletakkan tangan kiri di bahagian hadapan badan dan Iqram hanya meletakkan tangannya ke bahu Fida. Fida terkejut sebenarnya dengan tindakan Iqram namun Fida tidak boleh berbuat apa-apa.

Itulah antara jawapan Fida bila diajukan isu tersebut.......Terpulanglah pada kita nak menilai macammana.....

Sumber: Berita Harian Online


Sukan : Datuk Lee Chong Wei tumpas final World Badminton Championship.


Datuk Lee Chong Wei tumpas lagi dengan musuh ketat utamanya Lin Dan dalam final BWF World Championship di Wembley Arena, England.

Nombor satu dunia itu tumpas dengan ranking nombor dua dunia dalam rubber set 22-20, 14-21, 21-23.


Memang game kali ni bertaraf international dan memang sengit tapi memang diakui Datuk Lee banyak sangat buang bola.

Semua mistake yang Jay rase tak perlu ada bile dah bergelar pemain professional.

Memang nerve wracking la bile spotlight pada pemain yang berada dalam gelanggang dan mental order memang kena kuat la..tapi mental pemain kite tak berapa sangat nak ada bile game is on the line.

Rasenya badan-badan yang bertanggungjawab kena kuatkan satu lagi aliran pelajaran untuk semua athlete kite which is kena ade kelas mental calmness.

Bile dah sampai ke penghujung dan kepala dah kalut mistake kecik yang banyak buat point mudah pada pihak lawan.

Kalau tengok kan cara athlete Jepun main bola sampai ke penghujung waktu kalau bole dorang nak score bukan main rempuh tapi dengan playbook.

To be frank memang kecewa la tengok kan game malam tadi sambil bukak puasa the whole family sebab memang game kat tangan Datuk Lee tapi beliau banyak buat mistake yang tak patut contohnya salah predict bola yang disangka out dan banyak main di net padahal memang dah boleh baca kite banyak fail main kat net dan kebanyakkan mistake ni dibuat bile dah nak hujung game.

Bola half court tanggung pun banyak kite bagi pada Lin Dan and mamat ni memang suke dapat bola half court.

Rasenya bagi Jay baik sedekah aje bola awal-awal.

Satu family tadi tengok game Datuk Lee sampaikan bukak puasa ramai-ramai tak keluar sebab nak sokong tapi memang kecewa la.

Walaupun puas hati game yang buat jantung jatuh naik tapi tak puas hati sebab kite kalah dan kekalahan yang disebabkan oleh point point yang tak patut di berikan dengan mudah pada Lin Dan.

Dulu kite pernah cakap penyokong Malaysia dah berkurangan so bile dah penyokong menyokong sukan negara baik dari badminton sampai la ke bola sepak tapi finishing kite gagal jugak.

Sebab tu ramai yang beralih tengok EPL dan Rugby World Cup.

So Jay tak nak la ulas pepanjang lebar sebab kang keyborad ni makan padah pulak sebab kecewa Malaysia kalah.

Anyway Jay suke nak ulang laungan sorakan yang selalu di sebut dalam TV "majulah sukan untuk negara" dan Jay pulak nak sambung "Bila nak maju ni?".

All in all game ni memang 5 star punya game.

Kalau you all tak berkesempatan nak tengok game ni secara langsung or nak tengok ulang tayang game ni bukak youtube dan copy search title ni

Final - MS - Lee C.W. vs Lin D. - Yonex BWF World Champs '11

So okay la..

Hope you guysss enjoy go thru segmen highlite sukan kali ni okay.

So ini la secara ringkasnya ape yang berlaku dalam perlawanan World Badminton Championship, Datuk Lee Chong Wei dari Malaysia lawan Lin Dan dari China.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan Jay bebel panjang-panjang..huhu...

Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di address di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni or you all bole sms kan ke Office direct Line Jay at 012-646 6635.
 
Kite Layannnzzz..- Jay the Editor




.............

Ahad, 14 Ogos 2011

Resepi : Telur Bistik




Resepi kali ini ialah Telur bistik. Telur ni sebenarnya macam2 kita boleh buat. Macam2 cara masakan kita boleh buat.

Biasanya kita main order je kan kt kedai tu kalau nak telur bistik. Apa kali ni kita buat sendiri kt rumah. Tak susah mana pun. Senang jer. Asalkan nak masak. Tapi kalau malas x dapek den nak tolong...ehheheheh.....

Bahan-bahan:

1. Telur 2- 3 biji
2. 2 ulas bawang kecil -dihiris
3. 2 ulas bawang putih -dihiris
4. 1 biji lada merah - dpotong
5. Sedikit lobak
6. 1 biji tomato
7. Sedikit bunga kobis
8. Baby corn
9. Sos cili
10. Sos tiram
11. Kiub ayam
12. Garam secukup rasa
13. Cili banggala (dipotong kecil)

Cara masak:

1. Goreng telur seperti telur dadar. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang kecil dan lada merah sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan lobak, baby corn, bunga kobis dan cili banggala.
5. Letak garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tomato di akhir sekali.
6. Tuangkan sos yang sudah siap di masak ke atas telur yang telah digoreng.
7. Siap untuk dihidangkan.