Rabu, 17 Ogos 2011

Resepi : Ayam masak tomato



Resepi kali ni ialah Ayam masak tomato. Bulan-bulan puasa ni memang sedaplah kalau buat resepi ni.

Bahan-bahan

1. Ayam yang telah dipotong dan dibersihkan
2. Bawang besar - dikisar
3. Bawang putih - dikisar
4. Cili kering - dikisar
5. Tomato -dikisar
6. Bawang putih dan merah - dihiris
7. Lobak -dipotong kecil
8. Garam dan gula
9. Asam keping

Cara masak

1. Goreng ayam sehingga masak dan angkat
2. Tumis bahan-bahan yang dihiris sehingga naik bau
3. Masukkan bahan yang telah dikisar dan goreng sehingga masak
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan lobak
6. Masukkan ayam dan gaul sehingga sebati
7. Siap untuk dihidangkan dan dimakan.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :