Khamis, 18 Ogos 2011

Resepi : Ayam masak kicap




Rasanya resepi saya sebelum ni banyak berasaskan ayam. Antaranya ialah
Resepi : Ayam Black Pepper
Resepi : Ayam Golek
Resepi : Ayam goreng kunyit
 Resepi : Ayam kukus
Resepi : Ayam masak merah.

Resepi kali ni juga berasaskan ayam iaitu ayam masak kicap. Sangat sesuai kalau kita nak masakan yg simple dan mudah untuk digunakan.

Bahan-bahan:

1. Ayam (yang telah dibersihkan)
2. Bawang besar (dipotong bulat)
3. 2 biji bawang putih (dtumbuk)
4. Sedikit halia (ditumbuk)
5. Kicap manis
6. Sos tiram
7. Serbuk lada hitam
8. 1 biji tomato
9. 1 biji lada besar dan sedikit cili banggala

Cara masak:

1. Goreng ayam sehingga masak dan angkat
2. Tumis bawang putih dan halia sehingga naik bau dan masukkan bawang besar.
3. Masukkan kicap manis dan sos tiram.
4. Letak sedikit air kalau nak kuah dan garam secukup rasa.
5. Masukkan lada besar, cili banggala dan serbuk lada hitam (boleh masukkan cili api kalau nak pedas).
6. Masukkan ayam dan gaul hingga sebati
7. Masukkan tomato. Biarkan sekejap dan angkat.
8. Sedia untuk dihidangkan.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :