Ahad, 14 Ogos 2011

Resepi : Telur Bistik




Resepi kali ini ialah Telur bistik. Telur ni sebenarnya macam2 kita boleh buat. Macam2 cara masakan kita boleh buat.

Biasanya kita main order je kan kt kedai tu kalau nak telur bistik. Apa kali ni kita buat sendiri kt rumah. Tak susah mana pun. Senang jer. Asalkan nak masak. Tapi kalau malas x dapek den nak tolong...ehheheheh.....

Bahan-bahan:

1. Telur 2- 3 biji
2. 2 ulas bawang kecil -dihiris
3. 2 ulas bawang putih -dihiris
4. 1 biji lada merah - dpotong
5. Sedikit lobak
6. 1 biji tomato
7. Sedikit bunga kobis
8. Baby corn
9. Sos cili
10. Sos tiram
11. Kiub ayam
12. Garam secukup rasa
13. Cili banggala (dipotong kecil)

Cara masak:

1. Goreng telur seperti telur dadar. Angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang putih, bawang kecil dan lada merah sehingga naik bau.
3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kiub ayam. Masukkan sedikit air.
4. Masukkan lobak, baby corn, bunga kobis dan cili banggala.
5. Letak garam secukup rasa. Kacau sehingga sebati.Kemudian masukkan tomato di akhir sekali.
6. Tuangkan sos yang sudah siap di masak ke atas telur yang telah digoreng.
7. Siap untuk dihidangkan.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :