Khamis, 25 Ogos 2011

Biodata Fazlina Ahmad Daud (Mazni Ramadhan Terakhir)


Bagi yang mengikuti Drama Ramadhan Terakhir mesti korang tau kan malam ni adalah episod akhir.....Saya pun mengikuti drama ni cuma kadang2 terbabas jer....sbb tak sempat nak tengok kan. Cerita dia mmg best.

Cuma saya nak cerita sikit pasal pelakon yang memegang watak Mazni ni iaitu Fazlina Ahmad Daud. First time saya tengok pelakon ni saya rasa macam kenal jer....macam pernah nampak jer....rupa2nya Fazlina ni adik kepada Ogy Ahmad Daud. Patutlah ada iras2 sikit dan lakonan dia saya sifatkan mmg mantap macam kakak dia juga.

Bila tgk drama ni jadi geram jer dengan watak Mazni ni. Mulut jahat, suka menengking2....tapi memang menjadi lah sebab dapat buat org meluat dengan watak dia. Jom baca sikit biodata Fazlina ni.

Biodata Fazlina Ahmad Daud


Umur: 36 tahun

Tarikh lahir: 5 Jun 1975

Adik beradik : anak ketiga dari 3 beradik

Pendidikan: Pernah bersekolah di Sekolah Rendah Pintu Klang, dan dari tahun 1988 hingga 1990,  Sekolah Menengah Lembah Keramat dan sekolah Menengah Taman Melawati.

Perkahwinan: Berkahwin dengan Nahar Ludhfi Dato ‘Johari ( anak Dato Johari Salleh, pengarah muzik RTM.)

Anak: Nur Fatihah 17 tahun, Muhammad Hamzah 16 , anak kembar Muhammad Nazmi, dan Muhammad Fahad 13.

Sejarah penglibatan : Bermula pada tahun 1993, ketika itu, kakaknya Ogy sedang mencari pelakon tambahan, kerana terdesak mencari pelakon, Ogy lalu mengambil Fazlina sebagai watak tambahan dalam drama MAt Gabrah. Sejak dari itu Fazlina banyak mendapat tawaran berlakon drama. Antara drama lakonannya dulu, Kelab Buku Bukit Cheri, Mencari Az Zahrah, Bukan yang pertama, Tetamu tetamu, Sayang Maria dan Kamelia. Selain tu Fazlina pernah terlibat dalam teater RAden Galoh dan Pelayaran Nur Atma.

Kredit : Nurizspace


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :