Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Movie Review. Papar semua catatan

Isnin, 18 Julai 2016

Movie Review - Ghostbusters (Reboot 2016)



Kepada yang bercadang nak beriadah bersama keluarga nak tengok tengok movie ghiituu...meh lepak sini jap baca review Movie yang masih lagi baru di tayangkan di pawagam sekitar Tanah air skrang ni.

Ghostbusters...yaaa..Ghostbusters yang pernah popular sekitar tahun 80-an dulu di hidupkan semula dalam movie Reboot terkini franchise ini yang sungguh sungguh berlainan dari movie Pertama dan Kedua mereka ini sekitar tahun 84 dulu.

Berlainan dari segi character di mana kesemua watak utama cite ni adalah wanita menggantikan watak asal dalam cartoon dan jugak filem cite ni seperti Peter Venkman, Ray Stantz, Egon Spengler dan Winston Zeddmore.


Mula di buat pada pertengahan tahun 2015 dan mula di buat promo pada bulan March tahun 2016. Semasa promo dorang ni keluar memang banyak komen komen negative yang keluar terutama dari fan fanatic franchise ni di mana promo pertama yang keluar dalam youtube mendapat hamper 500 ribu Dislike pada hari pertama dorang letak trailer ni dalam youtube.

Dan kami kat lepak pun mengambil kesempatan jugak tengok cite ni reramai dengan family nak tengok ape yang dorang komen tak best sangat cite ni dan ape yang yang bole Pakngah cakap ialah cite dia not bad..puas hati dengan masa dan duit yang di gunakan.

Tak hebat sangat macam yang diharapkan tapi tak jugak teruk sangat dari pandangan negative fan.
Cume satu je Pakngah tak berapa suke sebab semua character ditukar tetapi nama asal cite dikekalkan so macam ada isu gender kat sini sedangkan memang dari asal cartoon character mereka ni adalah lelaki.


Pakngah dapat peluang tengok hari ahad semalam 17 Julai kat IOI City Mall dan dapat la pakai balik T-Shirt kenangan ghostbusters lama yang tergantung dalam almari so kalau ada sape sape nampak ada brader pakai T-Shirt kat bawah ni semalam kat IOI City Mall tu wa la tu..haha..
Dari segi jalan cite humor ringan dan banyak punchline punchline kelakar yang keluar tapi yang terperanjat sangat tu ialah dua pelakon yang tak berapa orang kenal iaitu Kate Mckinnon dan Leslie Jones banyak buat filem ni hidup berbanding dengan dua lagi pelakon terkenal cite ni.

Leslie Jones

Kate Mckinnon

Pelakon-pelakon asal movie ni tahun 1984 dulu di selitkan balik dalam filem ni tetapi sebagai Cameo sahaja bukan sebagai watak penting dalam filem ni seperti Bill Murray so kepada kami yang membesar dengan cite ni memang kecewa sikit la tengok filem ni ibarat tengok Star Wars tapi takde watak Darth Vader.

Pakngah bagi cite ni 3.5 dari lima bintang sebab jalan cite dia not bad.

Kat bawah ni ada thriller cite ni dan jugak beberapa review komen dari beberapa site tentang movie ini untuk korang tengok tengok ushaa ushaa ghituu..


So korang nantikan pulak revew cite Warcraft yang on the way.





Sabtu, 18 Jun 2016

Movie Review - Teenage Mutant Ninja Turtle : Out of the shadows

Sebelum Puasa lepas Pakngah dan family di lepak mengambil kesempatan beriadah tengok movie sebelum masuk puasa lebih kurang 2 minggu lepas tapi disebabkan kekangan masa dengan kerja so tak sempat nak update review movie ni.

Kepada yang lahir zaman 70 dan 80 an mesti membesar dengan cite kartun ni cume ada perbezaan sikit dari kartun asal dan jugak movie asal dorang satu ketika dahulu tahun 90-an.

Teenage Mutant Ninja Turtle ; Out of the shadows merupakan kesinambungan kepada movie new generation cite ni pada tahun 2014 dulu dan seperti Captain America : Civil War, banyak karakter-karakter asal dari kartun tahun 80-an ni dalam bentuk buku komik dan dalam bentuk kartun tv pada awal 90-an diperkenalkan dalam movie terbaru ini.

Watak seperti Casey Jones, Bebop, Rocksteady dan Krang diperkenalkan buat pertama kalinya dan ianya menyingkap kenangan kartun ni satu ketika dahulu.

Krang 
Bebop dan Rocksteady
Casey Jones
Dari segi jalan cite movie ni memang menarik cume bagi Pakngah terlampau banyak sangat CGI digunakan sebab lets face it director dia pun Michael Bay so for sure la lebih kurang macam cite Transformers the movie la CGI dia termasuk la sound effect dia dah macam dalam movie transformers jugak.

Semestinya sesuai untuk tontonan keluarga sebab takde kekasaran yang melampau dan banyak humor dalam cite ni...so kena tengok dulu baru tahu jalan cite dia.

Pada yang nak tau sinopsis cite ni dengan lebih lanjut lagi bole klik laman kat bawah ni:

https://en.wikipedia.org/wiki/Teenage_Mutant_Ninja_Turtles:_Out_of_the_Shadows

Pada yang belum tengok tu rasanya masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam utama seperti GSC dan TGV...Puas hati la untuk bawak satu family.

Pada yang nak tengok trailer cite ni kami ada selitkan kat bawah ni so enjoy..


Pakngah bagi 3.5 Bintang dari segi jalan cite menarik dan dari segi CGI dan jugak sound system sama macam transformers diulang-ulang.

Kat bawah ni ada behind the scene VC Teenage Mutant Ninja Turtle : Out of the shadows untuk tatapan semua.



Nanti kan review seterusnya tahun ni Warcraft dan Supergirl yang bakal keluar bulan Jun ni jugak.

tengokkkk...








Rabu, 4 Mei 2016

Captain America : Civil War Movie Review


Ape kabar warga lepak??
Semoga korang semua senyum selalu.

Ni Pakngah nak review movie terkini tahun 2016 ni yang tgh hot hot di pawagam skrang ni dan kepada yang bercadang nak tengok mai bace dulu review ni.

Baru baru ni kami kat lepak ada buat field trip ke GSC IOI Mall Putrajaya pi tengok Movie yang sedang banyak meniti di bibir peminat Marvel Comic iaitu Captain America Civil War.

To be frank ape yang Pakngah tengok dari point of view Pakngah sendiri ianya tak le sehebat avengers sebelum ni atau beberapa movie dari Marvel Entertainment dan Pakngah bole bagi 3 bintang je.

Captain America : Civil War
First of all watak antagonis yang ada pun tak action sangat just suam suam je dan banyak sangat bercakap dah macam tengok talk show Oprah Winfrey dan Ellen Show.

Dari segi action memang kurang la dan cite ni macam anti klimaks walaupun dah kumpul banyak watak baru macam Black Pather, Antman dan Spiderman dalam satu movie dan kesudahannya "macam tu aje"..

Cite Captain America Civil War ni adalah kesinambungan kepada perang Avengers kat New York dan beberapa city lagi dan watak The Winter Soldier di naikkan semula sebagai geng terbaru dalam group avengers.

Kepada peminat comic Marvel dan DC macam Pakngah sendiri memang kecewa sikit la tapi tak fail cite ni cume terlampau banyak sangat bercakap sampai nak muntah tengok bercakap banyak sangat.

Kepada yang nak tengok cite ni tadahal..ok je..cume jangan letak hope tinggi sangat nanti drop down banyak sangat.

Pakngah bagi 3 Bintang dari segi jalan cite yang anti klimaks dan dari segi CGI dan jugak sound system masih lagi cun.

Kat bawah ni ada trailer Captain America Civil War sebagai tatapan korang.

Nanti kan review seterusnya tahun ni Ninja Turtle yang bakal keluar bulan Mei ni.

tengokkkk...


Isnin, 12 Disember 2011

Movie Review : Ombak Rindu

Semalam saya berkesempatan untuk menonton filem sensasi masa kini.....Ombak Rindu....banyak betul kontroversi yang melanda filem ni..dari penulis asal novel hinggalah ke pelakon...mungkin ini yang membuatkan ramai yang nak tonton filem ni......best ke tidak bergantung pada diri masing2...ada yang kata best..ada jugak yang kata tak best bagi yang dah baca novel...

Saya berkesempatan tengok filem ni sebab saya menghadiri kursus di Melaka...so...malam tak ada buat apa....keluar beramai2 tgk filem ni....nak tgk sendiri hebat sangat ke filem ni....

Kalau bagi saya yang tak pernah baca novel ni....saya rasa cerita ni ok....nak kata hebat sangat2 sampai saya nak tgk banyak kali tak lah kot.......nak kata tak ok......tak jugaklah....kiranya tengah2lah....dari 1-10...saya boleh bagi paling tinggi pun 5...huhuhu....


Ada kalanya memang menyentuh hati adegan2 dia....bagaimana seorang wanita yang di mulutnya cakap tak kisah bila bermadu tapi hakikat sebenarnya di dalam hati tak seperti di mulut.....ada satu ayat yang saya suka dengar dalam filem ni...."redha itu ikhlas....pasrah itu menyerah"....cukup menyentuh hati....

Bagi saya Maya, Lisa dan Aaron mainkan watak dengan baik...dan tak sangka Lisa boleh bawak watak yang lain dari watak yang dia dah bawak sebelum ni...cuma kdg2 rasa mcm terlebih2 plak..huhuhu......Aaron macam biasa..kalau watak romantis ni mmg cemerlang.....x dinafikan...tak hairan jadi kegilaan wanita kat luar sana....pemandangan kampung pun memang nampak menarik sangat2.....lagu pun best...menyentuh jiwa dan sesuai dengan cerita....

Tapi saya nak komen jugaklah cerita ni.....kdg2 ada kedengaran juga loghat Maya ada bunyi2 indonesia sikit......mungkin boleh diperbaiki lagi....dan ada satu adegan tu....last adegan..masa Lisa jumpa Maya kat sawah....nampak ada microfon di belakang Maya...aduuhhh.....tak kan tak perasan masa edit filem ni......hati2 sikit.....nampak sangat tak berhati2.....yelah...cerita ni kan bualan ramai.....kdg2 benda2 kecik macam ni...org nampak jer...betul tak?.....

Secara keseluruhan....cerita ok....tak ringan sangat tak berat sangat.....sesuai di tonton....

p/s: Saya dengar ramai yang menangis tengok cerita ni....tapi saya dan kwn2 saya tak pulak....adakah kami ni tak menghayati filem ni...huhuhuhu....


Rabu, 7 Disember 2011

Sinopsis Filem Ombak Rindu

Sana sini orang cerita pasal filem Ombak Rindu ni....dalam FB, blog, office, kedai dan sebagainya.....Ada macam-macam komen...ada yang cakap best, ada jugak yang cakap tak best....kebanyakan yang cakap x best adalah orang yang dah baca novel.....tak seperti yang diharapkan dalam novel...huhuhu.....penulis novel ni sendiri tak puas hati inikan pulak pembaca kan.....tapi...itu hak masing2 nak bagi komen sebab pendapat masing2 lain2 kan.......saya pun x tengok lagi filem ni.....belum ada masa...so tak boleh nak komen sangat.....dan tak baca pun novel ni....maybe kalau ada masa nanti saya akan pergi tengok filem ni.....

Okaylah...ni adalah sinopsis filem Ombak Rindu...

Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur.

Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya.

Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah. Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain.

Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah.

Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi

p/s: Teringin nak tengok sejauh mana hebatnya filem ni sampaikan baru 4 hari tayangan dah cecah 4 juta!!
 

Jumaat, 10 Jun 2011

Pekida mahu saman Farid Kamil dan Syamsul




Sekarang ni tengah panas dengan Filem KL Gangster tapi ada cerita yang tak sedap didengar pulak.....laporan melalu mstar online mengatakan mahu menyaman kedua-dua penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Menurut Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia. Menurutnya lagi kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

Apa2pun harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik bagi kedua-dua pihak. Dengarnya filem KL Gangster ni menarik gak...banyak preview mengatakan filem ni best...uikk....nak kena tengok gak ni...apa2 pun jom tgk trailer filem KL Gangster ni....



sumber :mstar online