Isnin, 18 Julai 2016

Movie Review - Ghostbusters (Reboot 2016)



Kepada yang bercadang nak beriadah bersama keluarga nak tengok tengok movie ghiituu...meh lepak sini jap baca review Movie yang masih lagi baru di tayangkan di pawagam sekitar Tanah air skrang ni.

Ghostbusters...yaaa..Ghostbusters yang pernah popular sekitar tahun 80-an dulu di hidupkan semula dalam movie Reboot terkini franchise ini yang sungguh sungguh berlainan dari movie Pertama dan Kedua mereka ini sekitar tahun 84 dulu.

Berlainan dari segi character di mana kesemua watak utama cite ni adalah wanita menggantikan watak asal dalam cartoon dan jugak filem cite ni seperti Peter Venkman, Ray Stantz, Egon Spengler dan Winston Zeddmore.


Mula di buat pada pertengahan tahun 2015 dan mula di buat promo pada bulan March tahun 2016. Semasa promo dorang ni keluar memang banyak komen komen negative yang keluar terutama dari fan fanatic franchise ni di mana promo pertama yang keluar dalam youtube mendapat hamper 500 ribu Dislike pada hari pertama dorang letak trailer ni dalam youtube.

Dan kami kat lepak pun mengambil kesempatan jugak tengok cite ni reramai dengan family nak tengok ape yang dorang komen tak best sangat cite ni dan ape yang yang bole Pakngah cakap ialah cite dia not bad..puas hati dengan masa dan duit yang di gunakan.

Tak hebat sangat macam yang diharapkan tapi tak jugak teruk sangat dari pandangan negative fan.
Cume satu je Pakngah tak berapa suke sebab semua character ditukar tetapi nama asal cite dikekalkan so macam ada isu gender kat sini sedangkan memang dari asal cartoon character mereka ni adalah lelaki.


Pakngah dapat peluang tengok hari ahad semalam 17 Julai kat IOI City Mall dan dapat la pakai balik T-Shirt kenangan ghostbusters lama yang tergantung dalam almari so kalau ada sape sape nampak ada brader pakai T-Shirt kat bawah ni semalam kat IOI City Mall tu wa la tu..haha..
Dari segi jalan cite humor ringan dan banyak punchline punchline kelakar yang keluar tapi yang terperanjat sangat tu ialah dua pelakon yang tak berapa orang kenal iaitu Kate Mckinnon dan Leslie Jones banyak buat filem ni hidup berbanding dengan dua lagi pelakon terkenal cite ni.

Leslie Jones

Kate Mckinnon

Pelakon-pelakon asal movie ni tahun 1984 dulu di selitkan balik dalam filem ni tetapi sebagai Cameo sahaja bukan sebagai watak penting dalam filem ni seperti Bill Murray so kepada kami yang membesar dengan cite ni memang kecewa sikit la tengok filem ni ibarat tengok Star Wars tapi takde watak Darth Vader.

Pakngah bagi cite ni 3.5 dari lima bintang sebab jalan cite dia not bad.

Kat bawah ni ada thriller cite ni dan jugak beberapa review komen dari beberapa site tentang movie ini untuk korang tengok tengok ushaa ushaa ghituu..


So korang nantikan pulak revew cite Warcraft yang on the way.





lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :