Jumaat, 10 Jun 2011

Pekida mahu saman Farid Kamil dan Syamsul




Sekarang ni tengah panas dengan Filem KL Gangster tapi ada cerita yang tak sedap didengar pulak.....laporan melalu mstar online mengatakan mahu menyaman kedua-dua penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangster kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Menurut Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia. Menurutnya lagi kedua-dua filem itu juga dilihat telah menjejaskan imej masyarakat Melayu apabila mengaitkan golongan Melayu dalam kumpulan gengster.

Apa2pun harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik bagi kedua-dua pihak. Dengarnya filem KL Gangster ni menarik gak...banyak preview mengatakan filem ni best...uikk....nak kena tengok gak ni...apa2 pun jom tgk trailer filem KL Gangster ni....



sumber :mstar online


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :