Isnin, 12 Disember 2011

Movie Review : Ombak Rindu

Semalam saya berkesempatan untuk menonton filem sensasi masa kini.....Ombak Rindu....banyak betul kontroversi yang melanda filem ni..dari penulis asal novel hinggalah ke pelakon...mungkin ini yang membuatkan ramai yang nak tonton filem ni......best ke tidak bergantung pada diri masing2...ada yang kata best..ada jugak yang kata tak best bagi yang dah baca novel...

Saya berkesempatan tengok filem ni sebab saya menghadiri kursus di Melaka...so...malam tak ada buat apa....keluar beramai2 tgk filem ni....nak tgk sendiri hebat sangat ke filem ni....

Kalau bagi saya yang tak pernah baca novel ni....saya rasa cerita ni ok....nak kata hebat sangat2 sampai saya nak tgk banyak kali tak lah kot.......nak kata tak ok......tak jugaklah....kiranya tengah2lah....dari 1-10...saya boleh bagi paling tinggi pun 5...huhuhu....


Ada kalanya memang menyentuh hati adegan2 dia....bagaimana seorang wanita yang di mulutnya cakap tak kisah bila bermadu tapi hakikat sebenarnya di dalam hati tak seperti di mulut.....ada satu ayat yang saya suka dengar dalam filem ni...."redha itu ikhlas....pasrah itu menyerah"....cukup menyentuh hati....

Bagi saya Maya, Lisa dan Aaron mainkan watak dengan baik...dan tak sangka Lisa boleh bawak watak yang lain dari watak yang dia dah bawak sebelum ni...cuma kdg2 rasa mcm terlebih2 plak..huhuhu......Aaron macam biasa..kalau watak romantis ni mmg cemerlang.....x dinafikan...tak hairan jadi kegilaan wanita kat luar sana....pemandangan kampung pun memang nampak menarik sangat2.....lagu pun best...menyentuh jiwa dan sesuai dengan cerita....

Tapi saya nak komen jugaklah cerita ni.....kdg2 ada kedengaran juga loghat Maya ada bunyi2 indonesia sikit......mungkin boleh diperbaiki lagi....dan ada satu adegan tu....last adegan..masa Lisa jumpa Maya kat sawah....nampak ada microfon di belakang Maya...aduuhhh.....tak kan tak perasan masa edit filem ni......hati2 sikit.....nampak sangat tak berhati2.....yelah...cerita ni kan bualan ramai.....kdg2 benda2 kecik macam ni...org nampak jer...betul tak?.....

Secara keseluruhan....cerita ok....tak ringan sangat tak berat sangat.....sesuai di tonton....

p/s: Saya dengar ramai yang menangis tengok cerita ni....tapi saya dan kwn2 saya tak pulak....adakah kami ni tak menghayati filem ni...huhuhuhu....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :