Isnin, 9 April 2018

Apakah Fungsi Kerajaan Sementara


Pada 6hb April 2018, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan pembubaran Parlimen berkuatkuasa pada 7hb April 2018 bagi membolehkan Piliharaya Umum 14 (PRU14) diadadakan. Kebiasaannya, pilihanraya akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Parlimen dibubarkan. 

Sebelum tertubuhnya kerajaan baharu, kerajaan sementara yang akan berfungsi selepas pembubaran Parlimen. Tetapi ramai yang masih samar dengan fungsi kerajaan sementara ini. Apakah fungsi kerajaan sementara?

Kerajaan Sementara
  1. Selepas Parlimen dibubarkan, fungsi sesebuah kerajaan masih berjalan seperti biasa. Perdana Menteri dan para anggita jemaah Menteri masih kekal menjalankan tugas dan tanggungjawab seperti sediakala.
  2. Sehingga tertubuhnya kerajaan baharu, tugas kerajaan ketika ini adalah meneruskan perjalanan pentadbiran negara merangkumi semua hal ehwal yang berkaitan ekonomi, politik, sosial, hubungan luar negara dan sebagainya.a
  3. Walaubagaimanapun, ia mempunyai kuasa yang agak terhad dan tidak lagi mempunyai kuasa dalam mebuat dasar awam baru seperti undang-undang baharu berikutan pembubaran Parlimen. Kuasa yang ada hanyalah melibatkan pelaksanaan tugasan harian seperti memastikan pelaksanaan dasar-dasar awam sedia ada (eksekutif).
Pentadbiran Awam
  1. Fungsi sesebuah kerajaan untuk mentadbir negara dan memberi perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas meskipun Parlimen telah dibubarkan dan kerajaan yang ada dilihat sebagai bersifat sementara.
  2. Ini kerana, sistem pentadbiran awam yang diketuai Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang merupakan jentera kerajaan untuk memastikan dan pelaksanaan dasar awam berjalan dengan baik tanpa mengambil kira sama ada negara sedang berhadapan dengan proses pilihanraya atau tidak.
  3. Penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat akan terus berjalan seperti biasa. Peranan KSN sebagai ketua pelaksana sangat penting dalam memastikan pengoperasian pentadbiran awam berlangsung dengan cekap dan efektif.
SPR dan pilihanraya
  1. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah badan yang bertanggungjawab untuk menjalankan fungsi pilihanraya apabila pembubaran Parlimen diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. SPR akan menetapkan tarikh untuk penamaan calon, tempoh berkempen serta tarikh mengundi.
  2. Fungsi SPR bukan hanya terhad di dalam pengurusan dan pengendalian pilihanraya sahaja tetapi merangkumi fungsi-fungsi prapilihanraya lain, khasnya sepertimana yang diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Bahagian VIII, Perkara113-120 seperti pendaftaran pemilih, persempadanan semula kawasan pilihanraya dan membuat peraturan berkenaan pilihanraya.
  3. Aktiviti kempen seperti ceramah politik, sebaran bendera dan poster dan sebagainya hanya akan berlangsung secara rasmi dan besar-besaran sejurus hari penamaan calon tamat.
  4. SPR akan menetapkan tempoh berkempen, kebiasaannya dalam tempoh 7-14 hari. 
  5. Selesai sahaja tempoh kempen yang diberikan, proses membuang undi akan berlangsung dan pada saat inilah negara akan menyaksikan proses pemilihan kerajaan berdasarkan kepada lunas-lunas demokrasi.
Dengan terbubarnya Parlimen, fungsi kerajaan masih tetap berlangsung seperti biasa. Yang tidak ada hanyalah Persidangan Parlimen dan sesi perbahasan Ahli Parlimen.

Apabila kerajaan baharu dibentuk oleh parti politik yang memenangi pilihanraya nanti, maka barukah Parlimen akan aktif.

Sumber: Utusan Malaysia, 8 April 2018 (Penulis Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, UiTM, Sabah)

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :