Jumaat, 30 Mac 2018

Persempadanan Semula 2018 Lulus

Persempadanan Semula telah dibentangkan pada 28 Mac 2018 dan telah diluluskan di dalam Dewan Rakyat di mana sebanyak 12 kawasan Parlimen dipinda manakala 28 kawasan membabitkan DUN.

Persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya dibentuk bagi menentukan kawasan di mana seorang wakil rakyat akan dipilih untuk mewakili suara pemilih di Dewan Rakyat mahupun di Dewan Undangan Negeri. Persempadanan ialah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada proses menetapkan sempadan, lazimnya kini digunakan untuk merujuk kepada proses menetapkan sempadan kawasan pilihan raya.

Untuk maklumat lanjut, kawasan yang dipinda, boleh merujuk gambarajah di bawah. (Sumber: Berita Harian Online).




Untuk maklumat lanjut berkaitan PRU14 dan persempadanan semula, boleh rujuk laman web SPR di www.spr.gov.my.



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :