Sabtu, 27 Ogos 2016

Ibadah Qurban 2016 bersama eQurban


Lagi 2 minggu kita semua akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun Raya Korban. Biasanya bila kita sebut Raya Korban ni mesti kita akan membayangkan beberapa ekor lembu yang akan disembelih. Tetapi tahukah korang apa yang dimaksudkan dengan Korban dan Aqiqah?

Korban membawa maksud HAMPIR dan dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat.

Aqiqah pula dari segi bahasa pula membawa maksud MEMUTUSKAN. Dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, lembu buat anak yang baru lahir terutamanya pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum baligh.

Dari segi hukum ibadah korban ialah SUNAT MUAKKAD iaitu SUNAT yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan manakala hukumnya jatuh WAJIB apabila seseorang itu bernazar.

Hikmah Ibadah Korban ialah:

1. Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
3. Menambah perasaan kasih sayang dan ikatan persudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban keada insan yang memerlukan.

Hikmah Ibadah Ibadah Aqiqah ialah:

1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu muslim baru yang sujud kepaada Allah SWT.
2. Mendekatkan diri anak tersebut kepada Allah atas akikah yang dilakukan




Ibadah korban memberi peluang kepada kita untuk meningkatkan amal ibadah dan berpeluang untuk bersedekah kepada yang kurang berkemampuan. Kebiasaannya masjid-masjid akan melaksanakan ibadah korban dan sedekahkan daging korban tersebut.

Bagi korang yang berhajat  melaksanakan ibbadah korban ini,  tahun ini pihak pengurusan eQurban Resources Sdn Bhd telah membuka peluang pada kita semua untuk melakukan ibadah Qurban di Mekah pula pada tahun ini.

Sekiranya berminat untuk melaksanakan ibadah Qurban di Mekah bagi tahun 2016, sila lihat harga di bawah :

Berikut adalah senarai harga bagi tempahan qurban atau aqiqah :
  1. Lembu Kemboja : RM350/bahagian
  2. Lembu Malaysia : RM550/bahagian
  3. Kambing Indonesia : RM580/ekor
  4. Kambing Malaysia : RM800/ekor
  5. Kambing aqiqah (Mekah) : RM450/ekor
  6. Kambing qurban (Mekah) : RM500/ekor

Kepada yang ingin membuat tempahan sila klik DISINI.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :