Selasa, 31 Januari 2012

Permohonan BR1M dilanjutkan ke 10 Februari 2012


Berita baik kepada yang belum membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bolehlah membuat permohonan kerana tarikh telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.

Berikut adalah keratan akhbar tentang lanjutan tarikh permohonan BR1M:


Tarikh tutup permohonan BR1M 10 Februari 2012. Kerajaan telah melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama satu bulan, sehingga 10 Februari depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sejumlah 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.Daripada jumlah itu, katanya 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.Sehingga 10 Januari juga 3,102,054 permohonan telah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

“Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat,” katanya.
Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my). — BERNAMA

Kepada sesiapa yang nak dapatkan borang permohonan dan borang untuk rayuan, boleh dapatkan borang daripada http://www.treasury.gov.my/ secara PERCUMA.

Untuk bantuan:
 
Talian Hotline : 1-800-222-500  /  1-300-88-3010
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

 

Ahad, 29 Januari 2012

Awan Nano Juara AJL26 2012 - Tahniah


Tahniah kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke 26 2012

Juara Lagu 2012
Awan Nano 

Naib Juara
Beribu Sesalan - 3 Suara

Ketiga
Karma - Faizal Tahir

Vokal Terbaik
Hafiz - Awan Nano

Persembahan Terbaik
Alyah - Kisah Hati


Gambar isteri Roslin Hashim, Rahayu Rosli

Sebelum ni kita dikejutkan dengan kisah perkahwinan dan penceraian Roslin Hashim daripada 2 perkahwinannya yang terdahulu.....tetapi sekarang khabarnya, Roslin dah pun mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Rahayu Rosli.  Berita tentang perkahwinan ketiga ni memang dah heboh diperkatakan di blog2 hiburan dan sebagainya cuma tak ada bukti gambar....

Dan semuanya terjawab dengan gambar persandingan Roslin dan Rahayu. Tahniah diucapkan dan semoga perkahwinan kali ni berkekalan hingga ke akhir hayat...


Sumber gambar:beautifulnara

Rakyat Malaysia yang prihatin: Bantulah Uncle Lim Chee Yong

Salam semua.....baru berpeluang nak update blog untuk hari ni......tadai ada terbaca dari mstar online tentang kenyataan Yasmin Hani yang tersentuh dengan nasib Uncle Lim....saper plak Uncle Lim ni yekk.....saya pun tak tahu....tapi bila dah baca tadi rasa tersentuh plak.......nak2 plak tengok rakaman video yang dibuat oleh jurugambar perkahwinan Hani.....

Uncle Lim ni duduk di pondok buruknya ni dah 3 tahun...berlindung dari panas dan hujan sorang2...sedih pulak bila tengok...maklumlah...uncle ni dah tua..dah 72 tahun umur dia....bayangkan kalau ayah kita di tempat uncle Lim ni.....sedihkan....saya memang tak boleh tengok orang tua macam ni yang hidup susah...sebak rasanya......Uncle Lim ni akan mandi di Petronas yang berhampiran everyday......kenapa tak dihantar jer ke rumah orang tua yang sure terjaga...

Apa pun saya terharu dengan Hani yang sanggup membantu Uncle Lim ni dan berhajat nak bantu uncle ni masuk ke rumah orang tua....

Kalau korang nak membantu uncle ni bolehlah cuba cari uncle ni di Petronas, Telaga Qausar Res, Lot 41448, Taman Putera Budiman, Kajang Selangor.

Kat bawah ni korang boleh tengok video yang berjaya dirakam.


Sabtu, 28 Januari 2012

Live Streaming Anugerah Juara Lagu 26 (AJL26) -29 Januari 2012


AJL 26 akan diadakan di siarkan secara langsung di TV3 pada pukul 9.00 malam. So pada korang yang dah tak sabar nak tahu keputusan tu....boleh tonton di TV3 malam ni. Sebanyak 12 lagu yang akan dipertandingkan....semuanya memang best2......tema malam ni pula adalah bertemakan air...so tak sabar nak tengok kreativiti semua yang bertanding.

AJL 26 ini juga boleh ditonton di www.tv3.com.my/ajl26. So jangan ketinggalan ok.....


Siapa Juara AJL26?


29 Januari 2012 adalah penentu siapakah juara Anugerah Juara Lagu ke 26...Sebanyak 12 lagu dipertandingkan di final malam ini yang akan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam.

Berikut adalah 12 lagu yang akan dipertandingkan
  1. Kalau Berpacaran (Shohaimi Mior Hassan Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
  2. Karma – Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
  3. Penakut – Yuna (Yuna/Yuna)
  4. Sedetik Lebih – Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
  5. Gadis Semasa – Yuna (Yuna/Yuna)
  6. Awan Nano – Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
  7. Cinta Muka Buku – Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
  8. Beribu Sesalan – Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
  9. Kekanda Adinda – Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
  10. Sungai Lui – Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas) 
  11. Wanita Seluruh Dunia – Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
  12. Kisah Hati – Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)

 

Khamis, 26 Januari 2012

Going Places : Restoran Bagan Lalang Seaview, Bagan Lalang

 
Pada cuti CNY yang lepas, kami telahpun bersantai2 di Bagan Lalang.... Apa yang bestnyer Bagan Lalang ni?....huhuhu.....kalau sebut Bagan Lalang mestilah terbayang nak makan ikan bakar, makan seafood.....

Bagan Lalang ni adalah tempat perkhelahan yang sesuai untuk keluarga. Pantai Bagan Lalang ni sentiasa penuh dengan pengunjung....sambil2 mandi manda di pantai...bolehlah menjamu selera...
Pantai Bagan Lalang ni berhampiran dengan Sungai Pelek yang terletak di daerah Sepang iaitu kira2 60km daripada KL. Apa yang menarik di Bagan Lalang ini ialah di mana terletaknya Sepang Gold Coast yang merupakan projek penginapan mewah yang dibina di atas permukaan air pertama di Asia.

Okay....Bagan Lalang juga terkenal dengan seafood restaurant.....memang banyak sangat..pilih jer salah satu nak makan kat mana...tapi kalau time public holiday...korang dinasihatkan book dulu....kalau tidak jadilah macam kami yang datang konon2 walk in jer.......rupa2nya time public holiday memang ramai giler orang yang datang....akhirnya, selepas penat mencari, dapat jugak tempat duduk kat Restoran Bagan Lalang Seaview.

Kat sini, korang boleh pilih sendiri ikan segar, udang, sotong, lala, pepahat, kerang dan lain-lain. Nak masak apa terpulang..ikut selera masing2.....ramai punyer pasal, 2 jam baru dapat makan...huhuhu.....

Antara makanan yang di order
Udang masak sambal
Ikan cencaru bakar
Lala masam manis
Ketam masak sambal
Ikan pari bakar
Sebenarnya ada banyak lagi makanan yg kami makan tapi tak sempat nak amik gambar sebab dah lapar sangat kan..lagipun lauk yg  di order sampai asing2...so bedal dululah mana yang sampai dulu....huhuhuhu...anyway...memang sedap2... terutamanya pepahat masam manis...fuuhh......mmg sedap sgt2....rasa nak datang lagi jer.....

Kad kahwin Yusry dan Lisa Surihani yang simple

Simple tapi menarik....itu jer boleh saya ungkapkan tentang kad kahwin pasangan sensasi Yusry dan Lisa Surihani. Memang tak membazir walaupun kedua2nya mampu untuk buat kad kahwin yang canggih dan mahal2....Maybe pasangan ni jenis yang simple dan tak suka membazir......baguslah kan.....kad mahal2 pun belum tentu orang nak simpan.....baik digunakan duit tu ke arah yang lain.....

Rabu, 25 Januari 2012

Penipuan di Facebook

Semalam terbaca dalam Utusan tentang satu laporan tentang Facebook yang dijadikan sebagai lubuk pelaburan haram. Memang betul apa yang dilaporkan tu....sekarang ni banyak betul skim2 pelaburan yang menarik orang ramai melalui Facebook memandangkan Facebook merupakan satu medium yang paling dekat dengan masyarakat sekarang  ni.

Dan dengan keghairahan orang ramai sekarang ni yang nak mengejar kemewahan dan terpengaruh dengan pelbagai janji manis pelaburan ni, ramai yang tertipu dengan pelaburan haram ni.

Sebenarnya mana ada cara mudah nak senang, mana ada cara mudah nak dapat duit tanpa berusaha.....semuanya kena usaha...duduk rumah goyang kaki duit takkan datang bergolek.....

Saya tertarik dengan satu kes yang dilaporkan di dalam Utusan semalam...

DENGAN hanya log masuk ke dalam Facebook, seseorang berjaya mendapat RM100.

Jika ikut logik akal, bukan mudah seseorang mendapatkan keuntungan dengan hanya bergoyang kaki sambil melayari Facebook.


Namun, itulah hakikatnya yang berlaku kepada salah seorang mangsa, Derrick Lau, 27, apabila mencuba untuk turut sama berjaya seperti yang diiklankan oleh skim pelaburan Facebook itu.

“RM100 bukan nilai yang besar untuk modal dan saya rasakan pada mulanya tidak salah untuk saya mencuba, mana tahu nasib menyebelahi saya,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurut Derrick, taktiknya sangat mudah, selepas mendaftar dan membayar RM100 sebagai modal awal, pelabur perlu memperkenalkan ahli baru.


Pada awalnya, tiada penerangan khusus diberikan mengenai skim pelaburan tersebut.

Setelah menyertainya, barulah dinyatakan bahawa skim tersebut perlu mencari ‘orang bawah’ (downline).


“Mereka mendapat keuntungan dengan merekrut orang baru dan memasukkan wang ke dalam akaun mereka.


“Lagi ramai yang masuk, makin bertambahlah duit di dalam akaun dan ia ternyata bukan satu pelaburan tetapi hanya mengambil wang orang lain.


“Menyedari perkara itu, saya terus tidak menyertainya lagi dan bagi sesiapa yang bertanya, saya katakan ia adalah satu penipuan,” katanya.


Pernah tak korang dapat satu mesej dari mana2 kawan2 korang dalam Facebook yang tulis "Dapat RM100 login Facebook" ? Ini semuanya tipu....Ini adalah pengalaman saya sendiri...kalau fikir logiklah kan...kayalah orang yang login Facebook terus dapat RM100...kalau macam tu saya pun nak login 10 kali sehari...cukuplah....

Memandangkan hanya perlu bayar RM100 sebagai permulaan, saya pun setuju nak join...sebab nilainye x adalah terlalu mahal.....paling2 tidak pun balik modal balik.....Masa mula2 join tu, saya perlu bayar RM100 dulu sebelum dihantar email yang kononnya ada cara-cara untuk mendapatkan pulangan yang besar melalui skim ni.....rupa2nya, apa yang ditulis dalam Facebook tu seperti contoh "Woww....hari ni saya dapat RM100 lagi...jomlah join"...hanyalah ayat penyedap ajer.....maknanya bila orang baca , terus tertarik nak join sebab ayat2 keramat kita dalam Facebook tu......

Bila saya baca email yang dihantar tu baru saya tau rupa2nya semua ayat2 yang ditulis dalam Facebook tu memang dah diajar dalam email tu....macam tu rupanya.....dan kita kena cari orang bawah pula yang akan tampung kita......maknanya kita dapat duit orang lain ..lagi ramai yang join bawah kita...lagi banyaklah duit yang kita dapat......

Memang kita akan dapat duit, tapi duit orang lain..bulan usaha kita.....Maybe program yg saya join ni tak betul...tak tahulah korang kan....korang macammana pula?......Ceritalah pengalaman korang dan share sesama kt sini k....


Sabtu, 21 Januari 2012

Cara tambah pelaburan ASB guna Maybank2u

Rasanya korang mesti ada buat simpanan setiap bulan duit gaji bulanan korang. Tapi kebiasaannya kita akan simpan di ASB, saya pun macam tu juga simpan di ASB. Tapi kadang2 tu malas nak keluar pergi ke bank sebab malas nak cari parking...huhuhu....tapi sekarang ni tak ada isu tu lagi, sebab korang boleh simpan duit dalam ASB dengan menggunakan  Maybank2u. Kalau bagi korang yang dah tahu perkara ni tak apa lah.....sebab rasanya pelaburan ASB guna Maybank2u ni dah lama gak la...saya yg ketinggalan keretapi sikit....

Kat bawah ni adalah cara-cara untuk menambah pelaburan ASB korang menggunakan Maybank2u.
Sebelum dapat tambah pelaburan, korang kena  buat pendaftaran ‘Add Favourite’ terlebih dahulu.

Cara pendaftaran Add Favourite


1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2
Pilih ruangan ‘Investment’
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4
Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB
5
Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue’
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7
Isikan Nombor Ahli ASB (boleh semak di buku pelaburan), Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’
8
Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan
9
Simpan pengesahan langganan untuk rujukan. Untuk menyemak status pendaftaran adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.

Cara menambah pelaburan ASB

1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2
Pilih ruangan ‘Investment’
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4
Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ (kalau tak aktif, di bahagian Status akan dipaparkan 'Pending').
5
Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7
Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’
8
Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’
9
Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan. Untuk membuat transaksi adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.


Jumaat, 20 Januari 2012

Gambar kahwin Ally Iskandar dan Farah Lee

Suka sangat tengok gambar kahwin Ally Iskandar ni...nampak sweet jer...Apa2 pun nak ucapkan tahniah kepada Ally Iskandar dan Farah Lee yang dah selamat diijabkabulkan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. Sama cantik sama padan dan khabarnya pasangan ni akan bercinta selepas kahwin.....huhuhu.....semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.....

 
 
 
 
 
 
 
 

 
 

Sumber gambar: ohbulan, beautifulnara

Izwan Pilus meninggal dunia

Tak kira sama ada kita muda atau tua, bila dah sampai masanya...kita akan kembali kepadaNya jua....Terkejut tadi bila dah seharian tak online, tiba2 terbaca tentang penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.

Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.

Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.

Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.

Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya di laman Twitter.


 Alfatihah......

Sumber : ohbulan

Ahad, 15 Januari 2012

Going Places : Menikmati Nasi Arab di My Rice, Bangi

Rasanya dah lama tak update tentang tempat makan yang best. Sekarang ni dah jadi trend banyak restoren yang menyajikan nasi arab. Dan penggemar nasi arab pun rasanya banyak kat Malaysia ni. Okaylah...dah melalut plak kan.....

Kali ni nak share satu tempat makan nasi arab yang best di Bangi. Kalau korang penggemar  nasi arab datanglah kt sini. Nama kedai ni My Rice...My Healthy Restaurant....ada macam2 jenis nasi arab ada....Nasi Arab Damsyik, Nasi Arab Saudi, Nasi Arab Kaherah dan lain2....Makanan lain pun ada selain nasi arab....order jer....pastu jgn lupa bayar...ehhehehehe....Restaurant ni terletak di bangunan Glomac betul2 sebelah tutti Frutti. Senang je nak cari restaurant ni.

 

Kalau korang order nasi arab ni jangan terkejutlah yer...nasi dia memang banyak...satu pinggan penuh...Boleh pilih nak nasi arab ayam atau daging kambing......ayam atau daging kambing dia tersorok dalam nasi...heheheh....mula2 masa tengok tu ingatkan tak ada nasi atau daging kambing...rupa-rupanya ada dalam nasi....maklumlah nasi dia banyak sangat kan...huhuhu....

Ayam dan daging kambing pun boleh tahan banyaknyer.....kiranya puas juga lah makan satu pinggan tu.....Daging kambing dia memang lembut sangat dan tak berbau..ada tambahan macam sambal, kuah kari dan acar ...tapi kuah kari dia sikitlah..hehehe..tak padan dengan nasi yang menggunung tu...apa2 pun sedap jugaklah......Harga sepinggan ialah RM12.....

 

Alamat:
NO A-3A, SERI BANGI, JALAN 8/35, SEKSYEN 8, 43650 Selangor, Malaysia