Selasa, 31 Januari 2012

Permohonan BR1M dilanjutkan ke 10 Februari 2012


Berita baik kepada yang belum membuat permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bolehlah membuat permohonan kerana tarikh telah dilanjutkan sehingga 10 Februari 2012.

Berikut adalah keratan akhbar tentang lanjutan tarikh permohonan BR1M:


Tarikh tutup permohonan BR1M 10 Februari 2012. Kerajaan telah melanjutkan tempoh penerimaan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) selama satu bulan, sehingga 10 Februari depan.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, orang ramai yang lewat menyerahkan borang permohonan BR1M masih boleh menghantar borang permohonan itu ke pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata, sejumlah 4,123,713 borang BR1M telah diterima dari seluruh negara sehingga 10 Januari.Daripada jumlah itu, katanya 3,850,668 borang telah dimasukkan ke dalam sistem data bagi tujuan pengesahan.Sehingga 10 Januari juga 3,102,054 permohonan telah diluluskan.

Ahmad Husni berkata, baki permohonan sedang melalui proses pengesahan dan dijangka selesai pada 13 Januari ini.

“Bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat,” katanya.
Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my). — BERNAMA

Kepada sesiapa yang nak dapatkan borang permohonan dan borang untuk rayuan, boleh dapatkan borang daripada http://www.treasury.gov.my/ secara PERCUMA.

Untuk bantuan:
 
Talian Hotline : 1-800-222-500  /  1-300-88-3010
Untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500
9.00am hingga 5.00pm (Hari Bekerja)
E-mel: belanjawan2012@treasury.gov.my

 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :