Khamis, 2 Februari 2012

Video wanita panik bawa kenderaan rempuh kedai superbike



2 hari lepas mynewshub ada melaporkan tentang wanita yang telah merempuh masuk kedai superbike gara-gara panik kerana melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60.

 Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.


Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

Menurut saksi, kerana terlalu panik selepas melanggar volvo dari belakang, dia reverse dan ke depan dan belakang lebih kurang 5 kali. Bila kali kedua reverse dia langgar pula 2 buah kereta Myvi yang terletak di tempat letak kereta di balakng keretanya. Kali keenam dia terus merempuh masuk ke dalam kedai dan langgar pula sebuah motosikal Honda VFR 1000 kepunyaan pelanggan. Selain tu, dia langgar juga 3 buah motosikal berkuasa tinggi jenis Suzuki GSX 1000ccm Honda CBR 1000cc dan BMW 1400cc yang ada di dalam kedai berkenaan.

Macam-macam boleh jadi bila dah panik sangat....

Kat bawah ni ada disertakan video tentang rempuhan wanita tersebut ke dalam kedai superbike ni.



Sumber : mynewshub


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :