Jumaat, 20 Januari 2012

Izwan Pilus meninggal dunia

Tak kira sama ada kita muda atau tua, bila dah sampai masanya...kita akan kembali kepadaNya jua....Terkejut tadi bila dah seharian tak online, tiba2 terbaca tentang penyanyi Khairil Izwan Pilus, 33, atau lebih dikenali sebagai Izwan Pilus telah menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 6:20 petang tadi di Hospital Ampang. Sumber mengatakan arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman di saluran pernafasan (lung infection). Berita ini telah disahkan oleh beberapa rakan artis yang dihubungi oleh Aril AF, adik arwah sendiri.

Update 1 – Menurut sumber, Aril AF kini sedang menguruskan jenazah Allahyarham untuk dibawa balik ke kampung halaman, Melaka.

Update 2 – Allahyarham meninggal dunia tepat jam 6.15 petang menurut Twitter rasmi Aril AF di Hospital Ampang.

Update 3 – Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin, Melaka.

Update 4 – Sebelum arwah pergi meninggalkan kita, beliau sempat me-muatnaik gambarnya di laman Twitter.


 Alfatihah......

Sumber : ohbulan

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :