Sabtu, 21 Januari 2012

Cara tambah pelaburan ASB guna Maybank2u

Rasanya korang mesti ada buat simpanan setiap bulan duit gaji bulanan korang. Tapi kebiasaannya kita akan simpan di ASB, saya pun macam tu juga simpan di ASB. Tapi kadang2 tu malas nak keluar pergi ke bank sebab malas nak cari parking...huhuhu....tapi sekarang ni tak ada isu tu lagi, sebab korang boleh simpan duit dalam ASB dengan menggunakan  Maybank2u. Kalau bagi korang yang dah tahu perkara ni tak apa lah.....sebab rasanya pelaburan ASB guna Maybank2u ni dah lama gak la...saya yg ketinggalan keretapi sikit....

Kat bawah ni adalah cara-cara untuk menambah pelaburan ASB korang menggunakan Maybank2u.
Sebelum dapat tambah pelaburan, korang kena  buat pendaftaran ‘Add Favourite’ terlebih dahulu.

Cara pendaftaran Add Favourite


1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2
Pilih ruangan ‘Investment’
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4
Pilih ‘Add’ untuk mendaftar Akaun ASNB
5
Sahkan nama unit amanah yang didaftar. Mohon nombor TAC. Klik ‘Continue’
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7
Isikan Nombor Ahli ASB (boleh semak di buku pelaburan), Jenis ID, Nombor ID dan Nama Ahli . Klik ‘Continue’
8
Semak butiran maklumat dan isikan nombor TAC. Klik ‘Confirm’ untuk mengesahkan langganan
9
Simpan pengesahan langganan untuk rujukan. Untuk menyemak status pendaftaran adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.

Cara menambah pelaburan ASB

1
Daftar masuk ke www.maybank2u.com.my
2
Pilih ruangan ‘Investment’
3
Pilih ‘ASNB Unit Trust’ di menu
4
Pilih ‘ASB Payment’ di sub menu. Pastikan Akaun ASB yang didaftarkan berstatus ‘Active’ (kalau tak aktif, di bahagian Status akan dipaparkan 'Pending').
5
Pilih akaun pembayaran pemegang unit ASB dan klik ‘Continue’
6
Baca dan fahami akuan pengesahan. Klik kotak akuan pada ‘Declaration’. Klik ‘Next’
7
Isi amaun pelaburan dan pilih akaun pembayaran. Klik ‘Continue’
8
Sahkan maklumat transaksi. Klik ‘Confirm’
9
Cetak pengesahan status pembayaran untuk rujukan. Untuk membuat transaksi adalah dari 12.01mlm hingga 5.00ptg.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :