Selasa, 11 Disember 2012

Product Review: Promosi Disember 2012 Collagen Powder Shaklee

Nak nampak cantik? Nak nampak sentiasa gebu dan menarik? Jangan risau.....Shaklee ada penyelesaiannya dengan produk Collagen Powder.

Promosi berjalan sepanjang Disember 2012 dengan pembelian sebanyak 6 unit dan dapat free 1.

Mesti semua nak tau kan apa itu Collagen Powder ni....Collagen Powder ni terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan selepas menggunakannya selama 8 minggu.


Antara kelebihan Collagen Powder ini ialah

1. Meningkatkan kelembapan kulit ~ 90%
2. Mengurangkan kekasaran dan kekeringan ~ 75%
3. Meningkatkan dalam penampilan keseluruhan ~ 71%
4. Meningkatkan kelembutan dan kelicinan ~ 69%
5. Meningkatkan pemakaian kekal mekap ~ 60%
6. Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti ~ 55%
7. Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit ~ 50%
8. Meningkatkan ketebalan rambut ~ 54%
9. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan- kedutan


Berminat? Sila hubungi Pn Anna

HP :  013-2675842 
Email : vitaminshaklee@gmail.com
Fanpage : vitamin sihatku
Blog : www.vitaminsihatku.blogspot.com





Sabtu, 3 November 2012

Gambar pernikahan Farid Kamil dan Diana Danielle


Alhamdulillah, pasangan Farid Kamil dan Diana Danielle telah selamat diijabkabulkan pagi tadi secara sederhana di Hotel Flamingo. Jom kita tengok gambar2 sepanjang majlis pernikahan mereka ni.












Kredit : Beautifulnara




Khamis, 25 Oktober 2012

Khairul Fahmi (Apek) dan Leuniey bakal nikah Disember ini


Nama Apek memang terus meniti di bibir peminat. Bukan sahaja ketangkasan sebagai penjaga gol tetapi juga kisah2 cintanya yang terus menjadi perhatian. Sebelum ini Apek putus tunang dan dikatakan bercinta dengan beberapa wanita termasuklah Leuniey. Baru2 ini Apek telah mengesahkan telah bercinta dengan Leuniey dan dikatakan rapat selepas sama2 terlibat dalam iklan.

Hmetro hari ini pula melaporkan yang kedua pasangan ini mengesahkan akan bernikah pada Disember ini.

Menurut bapa Apek:

Berita gembira itu disahkan oleh bapa Apek, Che Mat Hussain ketika dihubungi di sini semalam.
Che Mat berkata, pihaknya kini sibuk membuat persiapan perkahwinan tersebut dengan tarikh yang masih dalam perkiraan adalah antara 28 Disember hingga awal Januari tahun depan.

“Tarikh sebenar akan diputuskan oleh anak saya selepas beliau pulang daripada latihan dengan skuad kebangsaan.
“Harapan kami perkahwinan ini akan menutup semua kontroversi yang melibatkan anak saya,” jelasnya.
Menurut Che Mat, majlis pertunangan dan akad nikah akan dilakukan secara ringkas pada hari yang sama.


Jumaat, 19 Oktober 2012

Tutorial : Tukar template blog (interface blogger baru)

Dah lama tak buat sesi tutorial ni....macam dah lupa plak macammana nak buat tutorial....apa2 pun, tutorial kali ni nak share dengan korang macammana nak tukar template blog dengan menggunakan interface blogger yang baru ni. Masa saya mula2 nak tukar template blog tu ingatkan sama dengan interface blogger yang lama rupanya lain..huhhh.....bagi yang dah tau tak apalah...just nak share yer.....

1. Seperti biasa login ke www.blogger.com
2. Kalau nak tau macammana nak dapatkan template blog yang baru boleh check entri saya sebelum ni.
    template blog percuma
    tukar template blog 

3.Pilih More Options dan pilih Template

 4. Klik pada Backup/Restore


5. Seperti biasa korang boleh Download Full Template untuk backup dan Upload template baru.


6. Template baru dah siap ditukar....Senang kan...huhuhuh..selamat mencuba...


Ahad, 14 Oktober 2012

Komisyen kedua dari Bahasa Inggeris


Sebelum raya hari tu saya dah dapat komisyen dari program affiliate Bahasa Inggeris ni...Walaupun tak banyak tapi alhamdulillah...rezeki......Tadi check maybank2u....tengok ada komisyen lagi dari program ni.....


Siapa kata program affiliate ni tak boleh dapat duit....bolehh...cuma kenalah usaha sikit...bukan senang nak dapat duit kan.....goyang kaki tak dapat....buat masa sekarang ni saya tak sempat nak promote sana sini sangat...cuma buat artikel dan letak dalam blog....alhamdulillah..masih ada rezekinya di situ....:)


Sabtu, 13 Oktober 2012

Ibadah Qurban



Pejam celik pejam celik dah dekat nak Raya Aidiladha. Terasa cepatnya masa berlalu kan dan alhamdulillah diberi peluang olehNya untuk merasai kemeriahan Aidiladha ni....Selalunya kita lebih merasai kemeriahan Aidilfitri sampai sebulan pun tak habis2 merayakan lagi kan..dengan open house sana sini....
Sebenarnya Hari Raya Aidiladha ni tak kurang fadilatnya......kalau kita fahami dengan lebih mendalam adalah lebih bagus...Biasanya menjelang Hari Raya Aidiladha ni kita akan berpeluang untuk menjalani ibadah korban....

Korban membawa maksud HAMPIR dan dari segi istilah bermaksud menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari Tasyrik iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat.

Aqiqah pula dari segi bahasa pula membawa maksud MEMUTUSKAN. Dari segi syarak bermaksud menyembelih kambing atau ternakan lain seperti unta, biri-biri, lembu buat anak yang baru lahir terutamanya pada hari ketujuh atau selewat-lewatnya sebelum baligh.

Dari segi hukum ibadah korban ialah SUNAT MUAKKAD iaitu SUNAT yang sangat dituntut ke atas umat Islam yang berkemampuan manakala hukumnya jatuh WAJIB apabila seseorang itu bernazar.

Hikmah Ibadah Korban ialah:

1. Menghidupkan erti pengorbanan besar yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
2. Sebagai tanda pengabdian diri dan tunduk patuh kepada Allah SWT.
3. Menambah perasaan kasih sayang dan ikatan persudaraan sesama umat Islam apabila menyedekahkan daging korban keada insan yang memerlukan.

Ibadah Ibadah Aqiqah ialah:

1. Melahirkan rasa gembira atas kelahiran satu muslim baru yang sujud kepaada Allah SWT.
2. Mendekatkan diri anak tersebut kepada Allah atas akikah yang dilakukan

Kredit

Kepada muslimin dan muslimat sekalian, janganlah lepaskan peluang untuk melaksanakan ibadah korban ni sebab ada banyak pahala yang kita dapat selain membantu orang yang memerlukan. Bagi korang yang berhajat nak buat ibadat korban ni di Kemboja, boleh dapatkan khidmat korban dan aqiqah di equrban.

Berikut adalah harga bagi beberapa bahagian atau ekor yang ingin di qurban dan aqiqah:

1 ekor lembu - RM1600
1 ekor kambing - RM550
1 bahagian lembu - RM230


Untuk maklumat lanjut boleh ke equrban. Tempahan boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan online dan tarikh akhir untuk tempahan ialah pada 12 OKTOBER 2012.


Resepi Mashed Potatoes n Gravy@Kentang Lenyek


Kalau setiap kali pergi KFC mesti suka makan mashed potatoes dia. Tgk macam susah jer nak buat kentang lenyek ni tapi sebenarnya mudah sangat........Lepas ni kalau terasa nak makan buat jer sendiri...bahan2 dia pun senang nak cari.......tak complicated...

Bahan-bahan untuk resepi kentang putar:

1. 5 biji kentang (terpulang berapa banyak nak letak dan tengok saiz)
2. Susu segar
3. 2-3 sudu butter
4. secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya :

1. Kentang dikupas kulit dan dipotong. Rebus kentang dengan air yang secukupnya. Rebus sehingga kentang empuk lebih kurang dalam 20 minit.
2. Bila kentang dah empuk toskan.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek kentang tu. Kalau suka butter lebih boleh letak lebih.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit (ikut citarasa korang sebab fungsi susu ni nak buat mashed potatoes rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi hingga rata.

Bahan-bahan resepi sos (gravy) untuk kentang putar:

1. 1 biji bawang besar (dikisar)
2. 2 ulas bawang putih (dikisar)
3. 4 sudu butter (boleh kurangkan kalau nak)
4. 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
5. 2 kiub ayam knorr
6. Secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
7. 2 cawan air

Cara-caranya:

1. Cairkan butter dan tumiskan bawang
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sampai tepunh jadi coklat.
3. Masukkan air dan kacau hingga sebati
4. Masukkan kiub ayam, lada sulah dan lada putih secukup rasa
5. Kalau terlalu pekat boleh tambah air.
6. Kacau hingga rata dan tutup api.
7. Dah siap dan hidangkan bersama kentang lenyek yang dah siap tadi.

Cubalah rasa! Sama tak dengan KFC...huhuhu...

Kredit: ciktom



Selasa, 9 Oktober 2012

Gambar Nabila Huda Seksi di Anugerah Blockbuster




Nampaknya isu pakaian seksi yang dipakai oleh anak Amy Search, Nabila Huda ni menjadi bualan ramai. Tak kurang juga yang mengatakan baju yang dipakai itu tidak sesuai dengan majlis Anugerah Blockbuster 2012 yang diadakan pada minggu lepas...Memang pun baju tu agak seksi....hinggakan bapanya sendiri mengeluarkan kenyataan kecewa dengan penampilan Nabila pada majlis tersebut.

“Memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu. Bagi saya designer perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia sendiri perlu tahu apa yang dipakainya”

“Seharusnya dia menjaga penampilan & imej, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau menjatuhkan dia,” kata Amy Search.


Apa2 pun di dalam HMetro, Nabila telah memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung.

“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.


“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.

Harap2 lepas ni Nabila akan berhati2 bila mengenakan pakain di majlis-majlis tertentu dan bersesuaian supaya tidak menjadi isu.







Sumber gambar :Rotikaya


Ahad, 7 Oktober 2012

e-Book terhangat Teknik Clickbank


Apa itu Clickbank? Rasanya ramai yang dah tahu Clickbank ni apa kan.

Clickbank adalah merupakan sebuah laman web yang mengurusakn Program Affiliate secara BERPUSAT. Produk-produk yang dijual di Clickbank hanyalah merupakan produk-produk digital sehaja seperti ebook dan perisian. Secara ringkasnya, Clickbank adalah sebuah pusat perkhidmatan jariangan affiliate di mana korang boleh menjadi orang yang menggunakan servis clickbank untuk menjual produl digital ataupun menjual produk digital orang lain sebagai affiliate.

Sebagai affiliate, korang akan mendapat komisen jualan yang ditetapkan sekiranya berjaya menjual produk digital pihak lain. Bestkan....Bunyinya macam menarik sebab boleh dapat duit komisen tu atas angin saja. Hanya perlu promosikan produk tersebut dan korang akan dapat komisen. Setakat ni saya belum lagi dapat income dari Clickbank ni tapi program affiliate di Malaysia yang saya dah join dah dapat komisennya.

So, macammana nak dapatkan income dari program Clickbank ni? Jawapannya adalah dengan e-Book Teknik Clickbank dari saudara Azian Usman @ Zyan. e-Book  Teknik Clickbank ni memang bagus sebab saudara Zyan ni ajar step by step macamma nak dapatkan pendapatan dengan program Clickbank ni dan ada jugak testimonial dari Zyan ni. Fuh...jeles rasanya nampak income yang dia dapat every month.
Saya sendiri dah beli e-Book ni. e-Book ni dan memang banyak ilmu yang dicurahkan dalam e-Book ni sampailah korang boleh dapat income.

Ada sesetengah orang takut nak mencuba sebab tak mahir dalam Bahasa Inggeris (produk adalah untuk satu dunia), tapi dengan tips yang diberikan oleh Zyan amat membantu selain ajar tips untuk mendapatkan keyword yang baik. Saya sendiri sedang berusaha untuk memastikan saya akan dapat income dengan program Clickbank ni memandangkan program affiliate di Malaysia saya dah dapat komisennya. So mungkin lepas ni dengan Clickbank pula kan......

Kepada sesiapa yang nak dapatkan e-Book Teknik Clickbank ni boleh dapatkannya di sini. Percayalah korang tak akan terasa rugi pun dengan ilmu yang diberikan.




Selasa, 2 Oktober 2012

Khairul Fahmi (Apek) dan Leuniey sah bercinta





Jika sebelum ini pasangan ini hanya dikatakan bercinta, tetapi kini sah mereka memang betul2 bercinta melalui pengakuan di dalam Hmetro.

Menurut Apek


Kini, tiada apa lagi yang perlu dirahsiakan, malah keluarga saya dan Leuniey mengetahui hubungan kami. Saya minta semua doakan kami (supaya hubungan berkekalan sehingga jenjang pelamin),” kata penjaga gol bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, yang kini bahagia menjalin hubungan cinta dengan model jelita, Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey, 21.

Metro Ahad kelmarin melaporkan pengakuan Leuniey hubungannya dengan Khairul Fahmi atau lebih mesra dengan panggilan Apek, kini lebih daripada sekadar kawan biasa.

Katanya, dia mengakui mula mengenali Leuniey yang juga pemilik butik pengantin dengan lebih rapat selepas mereka terpilih menjadi model untuk iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin. Sebelum ini, nama Leuniey menjadi sebutan apabila didakwa putus tunang kerana Apek membuatkan dia tampil memberi penjelasan dengan menafikan dirinya ada kaitan dengan penjaga gol bola sepak negara itu.

So, diharap kedua pasangan ini akan ke jinjang pelamin. Kepada Apek semoga tidak terus hanyut dengan cerita cinta sahaja. Amin.



Isnin, 1 Oktober 2012

Menguasai Bahasa Inggeris: Kebaikan Bahasa Inggeris



Umum dah tahu bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa kedua negara kita dan bagi sesiapa yang dapat menguasainya dengan baik akan mendapat lebih kebaikan dari segi kerjaya.

Bagi pelajar, penguasaan Bahasa Inggeris yang baik dapat membantu mereka di dalam menjawab soalan dan mengembangkan penguasaan itu hingga ke menara gading. Semasa di Universiti, kebanyakan buku rujukan adalah di dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran yang tinggi di dalam penguasaan Bahasa Inggeris  di kalangan pelajar dapat membantu. Kadangkala, sesi pembentangan juga dilakukan di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya tahap penguasaan kita adalah lemah, pasti amat menyukarkan. Dan untuk pengetahuan, bahasa utama sekiranya melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dan PHd adalah di dalam Bahasa Inggeris!

Dalam soal kerjaya pula, boleh dikatakan kebanyakan syarat untuk menghadiri interview adalah perlu fasih di dalam Bahasa Inggeris danm biasanya akan diberikan keutamaan. Sebagai contoh, ketika saya menghadiri beberapa interview satu ketika dahulu, kebanyakan interview saya itu adalah di dalam Bahasa Inggeris iaitu kira2 90% daripada jumlah interview yang saya hadiri. Kebanyakannya adalah di sektor swasta. Alangkah beruntungnya kalau kita fasih di dalam Bahasa Inggeris kerana peluang untuk mendapat pekerjaan adalah sangat cerah.

Dari segi komunikasi juga penting bukan hanya di dalam persekitaran kerjaya tetapi juga persekitaran yang lebih luas .Kadang2 sebagai lepasan universiti, ramai graduan yang gagal di dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan walaupun mempunyai CGPA yang tinggi. Penguasaan komunikasi juga diambil kira dan boleh dikatakan sebagai bonus.


Ada banyak cara sebenarnya untuk menguasai Bahasa Inggeris ni. Antaranya ialah dengan banyakkan membaca buku-buku, majalah dan surat khabar berbahasa inggeris bagi penguasaan dari segi grammar dan sebagainya. Jadikan kamus adalah teman setia. Sekarang pun dah ada kamus elektronik dan semakin mudah rasanya.Selain daripada itu selalulah berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan orang sekeliling. Bagi persekitaran yang memang memerlukan kita untuk bercakap di dalam bahasa inggeris secara automatik skill kita di dalam penguasaan akan bertambah. Tetapi bila kita tidak mengamalkannya, skill kita sedikit demi sedikit akan berkurang. Sebagai contoh semasa saya melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana, skill  bahasa inggeris saya adalah baik kerana hampir setiap hari memerlukan saya untuk mencari jurnal dan bahan di dalam bahasa inggeris dan komunikasi di dalam kelas adalah di dalam bahasa inggeris.

Persekitaran kita juga memainkan peranan penting dan terpulang kepada kita untuk menggunakannya sebaik mungkin.

Itu adalah serba sedikit kebaikan sekiranya kita menguasai di dalam bahasa inggeris. Bagi yang masih memerlukan teknik dan cara yang efektif untuk menguasai bahasa inggeris boleh cuba untuk belajar melalui e-book Kuasa Bahasa Inggeris ini. Terdapat banyak tips mudah, teknik penguasaan, teknik keyakinan diri, persiapan yang perlu dilakukan dan pemilihan kamus yang sesuai bagi mempelajari bahasa inggeris.

Dapatkan segera e-book ini yang akan membongkar strategi rahsia kuasa Bahasa Inggeris. Jangan lepaskan peluang.Tak rugi pun menambah ilmu pengetahuan bagi demi kerjaya dan komunikasi yang lebih cemerlang.

Sabtu, 29 September 2012

Ringkasan Perincian Bajet 2013


Bajet 2013 telahpun dibentangkan semalam dan telah mendapat pelbagai reaksi dari orang awam. Walau apapun reaksi, kita memang tak boleh nak memuaskan hati semua orang. Ada yang suka dan tak suka. Ada beberapa perkara yang diberi tumpuan oleh kerajaan bagi mengurangkan kos sara hidup, pendidikan, kelestarian bekalan makanan, kejiranan yang selamat, pembangunan komuniti, menyokong pelaburan dan PKS, perumahan untuk rakyat dan kesihatan. Berikut adalah ringkasan pembentangan Bajet 2013 yang dibentangkan semalam. Diharap sama2 kita menggunakan sebaiknya Bajet yang telah diperuntukkan ini.





Klik pada gambar untuk gamnbar yang lebih besar.

 Sumber : 1Malaysia


Jumaat, 28 September 2012

Penjawat awam dapat satu bulan setengah gaji bonus dari Bajet 2013




Penjawat awam dapat habuan dari Bajet 2013 lagi...Jom baca link kat bawah ni


KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.
Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan. - BERNAMA


Sumber : Utusan


Selasa, 25 September 2012

Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak




Live Streaming Pembentangan Bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 28 September 2012 (Jumaat), 4 petang di Parlimen Malaysia boleh ditonton melalui Portal Perbendaharaan Malaysia.


Pembentangan juga boleh ditonton melalui semua stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO, TV ALHIJRAH dan BERNAMA.

Teks Ucapan Bajet 2013 dan Laporan Ekonomi 2012/2013, boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak habis membentangkan Bajet 2013.

Berikut adalah antara link yang boleh diakses bagi live streaming Pembentangan Bajet 2013 pada 28 September ini.

Live Streaming - http://www.treasury.gov.my

Jangan ketinggalan untuk menonton pembentangan ini....Harap2 ada berita baik untuk kita semua.

Sumber : josrevalution



Isnin, 24 September 2012

Sah! Tiz Zaqyah dan Remy Ishak putus cinta



Kalau sebelum ni hubungan Tiz dan Remy menjadi tanda tanya, tapi akhirnya mereka mengakui hubungan cinta sebelum ini telah putus di tengah jalan.

Pengakuan Remy Ishak :

"Benar, kami sudah bukan lagi pasangan kekasih. Sudah tiga bulan dan rasanya sekarang saya patut membuat kenyataan agar kehidupan dan pergaulan seharian yang saya dan Tiz lalui tidak mengelirukan dan menimbulkan spekulasi yang lebih besar. Sebagai lelaki, saya ambil tanggungjawab itu untuk berterus-terang, saya tidak mahu memburukkan keadaan," tegas Remy tentang percintaannya yang telah bertemu jalan penamat.

Berputik cinta dari lokasi filem Nur Kasih The Movie, Remy bagaimanapun tidak menafikan dibaluti kesedihan kerana terpaksa melupakan perhubungan yang telah dibina sejak tiga tahun lalu.
"Siapa tak sedih lepas putus cinta, tapi saya kena terima hakikat bahawa kami tidak boleh meneruskan komitmen dan memasuki fasa yang lebih serius. Saya harus melepaskan Tiz, dia masih muda, masih banyak yang mahu diterokainya," ujar Remy sambil memohon semua pihak agar tidak mencari kesalahan mana-mana pihak atas perpisahan mereka.

"Sebelum timbul salah sangka atau cerita yang lebih teruk dan menjatuhkan imej kami berdua, rasanya sudah tiba masanya untuk saya buka mulut," katanya.

Sambil menjelaskan masih boleh berkawan dan perpisahan itu tidak menyekat hubungan profesional mereka sesama artis, sebagai bukti kata Remy: "Kami sama-sama di lokasi drama bersiri Cinta Jangan Pergi arahan Khabir Bhatia. Dalam drama itu saya masih boleh berlakon jadi kekasih Tiz."


Walaupun telah berpisah, pasangan ini masih boleh bekerjasama dalam lakonan masing2 dan sungguh profesional.....Ikuti kisah mereka selanjutnya di Kosmo.