Sabtu, 13 Oktober 2012

Resepi Mashed Potatoes n Gravy@Kentang Lenyek


Kalau setiap kali pergi KFC mesti suka makan mashed potatoes dia. Tgk macam susah jer nak buat kentang lenyek ni tapi sebenarnya mudah sangat........Lepas ni kalau terasa nak makan buat jer sendiri...bahan2 dia pun senang nak cari.......tak complicated...

Bahan-bahan untuk resepi kentang putar:

1. 5 biji kentang (terpulang berapa banyak nak letak dan tengok saiz)
2. Susu segar
3. 2-3 sudu butter
4. secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya :

1. Kentang dikupas kulit dan dipotong. Rebus kentang dengan air yang secukupnya. Rebus sehingga kentang empuk lebih kurang dalam 20 minit.
2. Bila kentang dah empuk toskan.
3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek kentang tu. Kalau suka butter lebih boleh letak lebih.
4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.
5. Tuangkan susu sedikit demi sedikit (ikut citarasa korang sebab fungsi susu ni nak buat mashed potatoes rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi hingga rata.

Bahan-bahan resepi sos (gravy) untuk kentang putar:

1. 1 biji bawang besar (dikisar)
2. 2 ulas bawang putih (dikisar)
3. 4 sudu butter (boleh kurangkan kalau nak)
4. 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
5. 2 kiub ayam knorr
6. Secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
7. 2 cawan air

Cara-caranya:

1. Cairkan butter dan tumiskan bawang
2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sampai tepunh jadi coklat.
3. Masukkan air dan kacau hingga sebati
4. Masukkan kiub ayam, lada sulah dan lada putih secukup rasa
5. Kalau terlalu pekat boleh tambah air.
6. Kacau hingga rata dan tutup api.
7. Dah siap dan hidangkan bersama kentang lenyek yang dah siap tadi.

Cubalah rasa! Sama tak dengan KFC...huhuhu...

Kredit: ciktom



lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :