Rabu, 7 September 2011

Resepi : Daging masak kicap


Musim2 raya ni banyaklah jemputan open house. Tah mana satu nak pergi. Weekend full dengan invitation. Huhuhuhu...okaylah ...kalau korang nak buat open house tu maybe boleh try buat resepi ni kot, daging masak kicap.

Bahan-bahan

1. Daging yang telah dipotong (rebus untuk empukkan daging) - kuantiti ikut suka
2. 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
3. 1 biji bawang besar (ditumbuk)
4. Sedikit halia (ditumbuk)
5. 5 biji cili api (ditumbuk)
6. 1 biji kentang (dipotong memanjang)
7. 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
8. 1 biji tomato (kalau tak banyak2 1/2 biji pun dah ok)
9. 2 biji cili besar
10. Kicap manis
11. Sos tiram
12. Garam

Cara masak

1. Goreng kentang terlebih dahulu dan angkat
2. Tumiskan bahan2 yang telah ditumbuk dan tumis sehingga naik bau
3. Masukkan daging yang telah direbus tadi. Masukkan sekali air rebusan daging untuk lebih sedap
4. Masukkan kicap manis dan sos tiram secukup rasa
5. Garam secukup rasa
6. Bila kuah dah agak pekat masukkan bawang besar ,tomato dan cili besar
7. Kalau suka berkuah, tinggalkan sedikit kuah
8. Akhir sekali masukkan kentang tadi.
9. Siap untuk dihidang dan dimakan.
10. Kalau kurang pedas boleh tambahkan cili api.

p/s: makan dengan nasi panas memang sedap....cubalah yer.....


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :