Khamis, 8 September 2011

Resepi : Sawi Goreng Sos Tiram



Bulan puasa dah habis....dan sekarang dah masuk bulan raya....huhuhu..tapi apa kene mengena dengan resepi kali ni... x ada kene mengena pun.....huhuhu......

Okaylah..resepi kali ni ialah sawi goreng sos tiram.....ermm...dengar macam sedap jer kan...mmg sedap pun....simple dan mudah untuk disediakan.....sesuailah kalau dah tak tau nak masak apa dengan sawi tu....

Bahan-bahan:

1. Sayur sawi
2. Bawang putih - dihiris
3. Bawang besar - dihiris
4. Cili besar - dipotong nipis
5. Sedikit daging - dipotong halus
6. Sos tiram

Cara masak

1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah
2. Masukkan daging dan goreng bersama bahan yang ditumis tadi
3. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa
4. Masukkan sayur sawi dan goreng sehingga masak.
5. Sedia untuk dihidangkan. Mudah jer kan.....Cuba lah.


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :