Ahad, 6 Mac 2011

Kenali kasut anda


Kebanyakan wanita mudah tertarik dengan perkara-perkara atau bentuk yang menarik. Kalau badan tu nampak sentiasa langsing. Kalau pergi shopping complex tak sah kalau tak terpandang kasut, baju, handbag ataupun aksesori. Tapi kali ni saya nak share macammana nak kenal jenis-jenis kasut yang ada. Okaylah jom kita tengok antara jenis kasut yang popular di kalangan wanita.

1. Open toe
Bahagian hujung kasut yang terbuka menampakkan jari kaki dan bahagian belakang kebiasaannya tertutup. Sesuai untuk digayakan ketika majlis formal atau tidak formal.

2. Sarung
Kasut jenis ini biasanya menutup keseluruhan kaki. Sesuai untuk digayakan ke majlis formal ataupun ke pejabat.

3. Sling back
Jensi ini mempunyai tali yang melilit pada pergelangan kaki. Sesuai digayakan bersama gaun mahupun blaus.




4. Wedge heel
Sesuai digayakan oleh wanita yang tidak selesa dengan kasut bertumit runcing. Kasut jenis ini mempunyai tumit dengan ukuran yang sama dari bahagian depan sehingga belakang. Kasut jenis ini tidak mudah patah dan sesuai untuk wanita bertubuh besar.






5. Kitten heel
Kasut jenis ini mempunyai tumit yang lebih rendah dan selesa untuk digayakan untuk bersantai. Sering menjadi pilihan untuk situasi yang tidak formal misalnya ketika bersantai bersama rakan-rakan dan keluarga.

6. Stiletto
Bahagian depan kasut ini kelihatan lebih runcing dan mempunyai tumit tinggi yang runcing. Sesuai digayakan bersama gaun labuh untuk majlis makan makam untuk menimbulkan kesan yang lebih feminin dan seksi.




6. Selop
Selop atau lebih dikenali sebagai selipar ini terbuka di bahagian belakang dan mempunyai sandal. Kasut jenis ini sering digunakan bagi tujuan bersantai kerana lebih mudah dan selesa untuk bergerak.

7. But
Kasut dig jenis ini menutupi kaki iaitu ada yang sehingga pergelangan kaki, setengah betis atau sehingga ke lutut. But yang diperbuat daripada kulit atau getah ini mempunyai tapak dan bertumit keras atau tebal. Sesuai untuk digayakan dengan memakai jean agar penampilan lebih kasual.

8. Sport
Kasut jenis ni bersifat tahan lasak dan sering dijadikan pilihan ketika bersukan atau beriadah.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :