Ahad, 6 Mac 2011

Green Lantern the movie

.

Afternoon boyz & gurlz..

Kome semua dah lunch ke..??..Jay baru aje brunch tadi..

Ok la..enough bout' me..skrang ni Jay nak review pasal upcoming movie yang bakal di tayangkan di pawagam seluruh dunia musim panas ni dan di adaptasikan dari cartoon.

Kali ni dari DC comic pulak..memang banyak global franchise comic kat seluruh dunia ni..contohnya Marvel Comic, DC Comic, Walt Disney dan banyak lagi.

Kepada yang follow DC Comic ni mesti kenal sangat dengan nama Green lantern yang bergabung dalam Green Lantern Corps. the protectors of peace & justice, so movie ni memang cite pasal dorang je la.

Green Lantern ni sebahagian daripada Justice League yang menggabungkan superhero pepower macam Superman, Flash, Batman, Wonder Woman & banyak lagi.

Tapi film ni tak menceritakan pasal depa..film ni hanya untuk The Green Lantern Corps.

Pengarah cite ni ialah Martin Campbell yang pernah mengarah cite The Mask of Zorro & James Bond Casino Royale so nama dia ni pun dah cukup besar dah dan memang dia ni terkenal dengan director yang suke kan props.

Hero cite ni pulak is Ryan Reynolds yang pernah berlakon dalam cite Definately Maybe, X-Men Origin & banyak lagi la..kalau cite sampai ke 2nd page nanti.

Synopsis cite ni mengenai Hal Jordan (Ryan Reynolds), seorang test pilot untuk U.S Airforce yang memang perangai gile-gile & arrogant sikit & telah dipilih untuk menjadi ahli The Green Lantern Corps., dan dia adalah manusia pertama yang dipilih untuk menjadi ahli nya dan keselamatan bumi terletak pada mamat ni.

Kuasa superhero Green Lantern ni terletak pada cincin nya yang mempunyai kuasa mistik la lebih kurang macam Thor dengan tukul dia, Lion-O dengan pedang nya dan ramai lagi la.

Watak antagonis cite ni ialah Parallax yang ingin memusnahkan kestabilan kuasa di muka bumi ni..so lebih kurang jugak la semua cite..mana ada orang jahat nak datang muka bumi ni nak lepak mamak ke, nak pegi club ke or nak datang makan ke..asik asik nak musnah kan bumi..huhu

Cube la bukak petrol station ke..bukak mamak ke lagi menambahkan pendapatan..huhu

So rasanya you all tau jugak la kesudahan cite ni kan..lebih kurang comic jugak la cume mungkin ada perbezaan sikit dari cartoon nya.

Film ni bakal di tayangkan di pawagam dunia this summer pada June 17th 2011 dan dijangka ditayangkan di pawagam tanah air pada June 16th 2011 so kalau tengok kan tarikh memang hampir 6 or 7 film di adaptasikan semuanya dekat dekat selang 3 minggu je.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas bawah review ni.


Selamat berwayang and tata - Jay the Editor


.

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :