Isnin, 7 Mac 2011

Harry Potter : and The Deathly Hollows Part 2 movie



Afternoon guys..wassupp wassupp wassupp..?..it's good to be back in the saddle and do something that I love doing.

Dah dua tiga hari ni memanjang meeting je..huhu..

So okay la..Mesti korang rindu writing review apak Jay kan..

Kali ni upcoming movie review apak nak buat is pasal movie Juta-juta ni yang start asal dari novel aje tapi di sebabkan pembaca dia bole beratur dari tengah malam sampai pagi semata-mata nak beli novel ni depa buat movie.

Jay bukan peminat Harry Potter dan Jay jugak bukan addicted pembaca novel sebab once dah pegang buku sampai habis beribu ringgit pun takpe..tu yang takut start balik macam zaman Pendekar Laut, Dewata Raya, Pedang Setiawan & banyak lagi.

Kali ni Harry Potter dalam Part kedua pulak sebab Part pertama dah tayang tahun lepas bulan 8 tak salah Jay..tajuk cite dia The Deathly Hollows part 2..so kome memang kena tengok part 1 dulu baru paham pasal voldermort semua la.

Cakap terus terang Jay dah lost count cite Harry Potter ni sebab dah terlampau banyak film dia keluar dari si Harry (Radcliffe) ni kecik sampai la ke dah besor panjang.

Barisan pelakon semua sama dari first movie cume si Prof. Dumbledore tu aje yang tukar masa film ketiga sebab yang asal dia mati..yang lain semua kekal.

Jalan cite tetap sama jugak si Voldermort nak bunuh Harry & Harry dengan Prof. dan School of Witch Craft nak bunuh si Voldermort cume kali ni hampir semua character turun contohnya si Dobby hamba kepada family Malfoy.

Cakap terus terang memang Jay minat Harry Potter ni tapi 1st film dan 2nd film aje favourite Jay..yang seterusnya dia dah start terlampau mengarut contohnya game quiddich yang depa naik penyapu tu takde outside, pastu kalau dah tau menang bile tangkap golden ball yang ade kepak bole terbang baik kejar tu aje buat pe kejar semua bola.

J.K. Rowling cube nak buat game baru tapi bagi Jay dah mengarut-ngarut dah dan pelakon pun dah makin besar so tarikan dia tak macam masa memula tengok Harry dulu.

Tapi papehal pun memang cite Harry ni ada fan dia & Jay tetap minat cite ni.

Susah nak puas kan semua peminat..huhu..nak-nak lagi kalau Jay.

So kepada fan J.K Rowling Harry Potter, The Deathly Hollows part 2 bakal di tayangkan seluruh dunia pada July 15th 2011 in 3D & 2D dan bakal ditayangkan di pawagam Malaysia pada July 14th 2011.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu okay guys.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my




or bole komenkan kan ruang khas kat bawah review ni.
 
Kite Layannnzzz..

Selamat berwayang and tata - Jay the Editor


..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :