Sabtu, 5 Mac 2011

Captain America : The First Avenger movie






Hallluuu guys..

Jay datang lagi dengan piring terbang..huhu..teringat iklan tora datang lagi..

Okay la..the reason jay sebut pasal piring terbang is because kepada peminat-peminat Marvel Comic Fan, tahun 2011 ni tahun yang best sangat sebab tak salah Jay ada 6 or 7 movie yang di adaptasi kan dari cartoon Marvel kepada film.

Memang abis jugak la duit korang kat cinema tahun ni.

Nanti lepas dah habis semua review Jay akan list kan jadual nya semua.

So enough said..kali ni Jay nak buat review pasal film dari cartoon Marvel Comic kepada film yang bakal di tayangkan di pawagam dunia musim panas ni and that is Captain America dan dalam series The First Avenger..sebab tu Jay sebut pasal piring terbang.

Film ni bukan sambungan atau sequel dari film Captain America sebelum ni in the 90's sebaliknya pembikinan baru new story line tapi jalan cite dia lebih kurang sama macam story line cartoon dia..and watak antagonist untuk film ni ialah The Red Skull yang dipegang oleh Hugo Weaving yang pernah berlakon dalam Lord of The Ring & The Matrix.

Movie ni membariskan semua actor-actor yang memang gile-gile la termasuk la otai Tommy Lee Jones & Samuel L Jackson.

Itu belum hero lagi..jeng jeng jeng..hero nya pulak ialah Chris Evan yang memegang watak utama as Steve Rogers a.k.a Captain America..mamat ni yang pernah berlakon dalam cite Fantastic Four as the Human Torch..berapi aje badan.

Dengan nama gah ni pun dah cukup teruja dah nak gi tengok tapi tak bermakna cite dia menarik sebab kalau nak tengok cite macam ni kene letak kepala kite dalam dunia angan-angan kanak-kanak..sebab kalau asik nak pikir logik memang tak jadi ape.

Film ni mengisahkan Steve Rogers nak masuk recruit askar U.S so dengan badan yang keding dan tak cukup layak tu memang tak lopeh masuk recruit untuk perang dunia kedua.

So askar depa ni ada buat testing la untuk buat super human untuk di jadikan askar elit dorang and test subject tu si Steve Roger yang nak jadi guinea pig depa.

So rasanya you all tau la jalan cite dia..lebih kurang sama je semua superhero ni..cume power je yang lain.

Director untuk film ni ialah Joe Johnston yang terkenal kerana jadi diretor untuk film Jumanji & Honey I Shrunk The Kid..so Jay sendiri pun excited nak tengok cite ni.

Film ni bakal di tayangkan di pawagam dunia this summer pada July 22nd 2011 dan bakal ditayangkan di pawagam tanah air pada August 04th 2011 so kalau tengok kan tarikh memang hampir 6 or 7 film di adaptasikan semuanya dekat dekat selang 3 minggu je.

So ini je Jay dapat review kan sebab takut nanti you all bosan bebel panjang-panjang..huhu..and kite kena nanti kan film ni keluar dulu baru la ada suspension sikit skrang ni..huhu..and you all tengok trailer film ni dulu.



Kalau ada sebarang pertanyaan or comment or nak berkongsi bole la email kat Jay di adress di bawah.

ceo@poise.my

Selamat berwayang and see ya soon - Jay the Editor

..

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :