Sabtu, 12 Februari 2011

Jalan-jalan cari makan di Restoran Warisan

"Cari makan di Restoran Warisan"....sebenarnya idea nak pergi ke Restoran Warisan ni dapat lepas tengok Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) di TV3.Mungkin nampak berselera bila tengok pengacara JJCM Serina makan, teringin pulak nak ke sana mencuba makanan. Lebih-lebih lagi ada menu masakan kampung Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api daging salai, ayam kampung dan macam-macam lagi msakan NS. Restoran Warisan ni terletak di Pusat Kraf (Perkampungan Budaya Terachi)Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. Perjalanan dari Kajang lebih kurang 1 jam perjalanan. Lepas tol ikut jalan ke Kuala Pilah. Jalan ke Kuala Pilah pon dah senang, tak perlu nak lalu Bukit Putus lagi. Restoran ni senang nak cari sebab ada papan tanda besar beberapa kilometer sebelum nak sampai. Sebelum sampai, korang akan jumpa Ulu Bendul dulu. Kalau dari KL restoran ni sebelah kiri tepi jalan jer. Dah sampai....
                                         

                                         PEMANDANGAN DI SEKITAR RESTORAN



ANTARA MENU



Apa lagi?? Jomlah ke sana!!!


lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :