Ahad, 13 Februari 2011

Tips Elakkan Pecah Rumah

Sejak akhir-akhir ini, banyak kes pecah rumah di sekitar rumah saya. Saya juga mengalami pengalaman yang sama di mana rumah saya dimasuki pencuri ketika kami tiada di rumah. Di sini, saya hendak berkongsi dengan anda beberapa tips untuk mengelakkan rumah kita daripada di masuki pencuri.

1. Ketika anda tiada di rumah, sila pasang lampu bagi mengelakkan kawasan rumah nampak gelap (yang memudahkan pencuri untuk menyelinap masuk) ataupun anda boleh pasang lampu yang automatik terpasang dalam waktu tertentu.

2. Jangan simpan barang-barang berharga di dalam rumah dan elakkan daripada kelihatan terlalu mewah kerana akan memancing pencuri masuk ke rumah anda.

3. Jangan simpan kunci pendua kereta ataupun rumah di dalam rumah. (Ada kes di mana pencuri repeat datang rumah dan curi kereta pula).

4. Sekiranya anda terdengar air paip di luar rumah anda terbuka, jangan keluar kerana ianya merupakan perangkap daripada pencuri.

5. Pesan dengan jiran sebelah dan berdekatan sekiranya anda tiada di rumah dan laporkan kepada anda sekiranya ada orang yang mencurigakan berlegar-legar di rumah anda.

6. Sentiasa bawa handphone ada walaupun sedang tidur bagi memudahkan anda membuat panggilan kecemasan.

Semoga tip2 berikut berguna untuk anda!!!....

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :