Sabtu, 12 Februari 2011

Resepi : Paprik Ayam

Kepada anda yang masih tercari-cari resepi untuk hidangan keluarga, di sini ada satu resepi yang agak mudah untuk disediakan iaitu Paprik Ayam. Kalau tak suka ayam, boleh ditukar dengan daging, sotong ataupun udang. Resepi ini saya ambil daripada beberapa resepi orang lain di internet dan buat ikut acuan saya.

Bahan-bahan:
1. Ayam dipotong dadu. (biasanya saya ambil 1/2 daripada 1/2 ekor ayam: tak tau nak kira dalam kg :))
2. Cili kering (dikisar) ataupun cili boh (4 sudu)
3. Serai (3 batang) - diketuk
4. Bawang merah (satu biji, kalau nak banyak pun boleh) - dihiris
5. Sedikit halia - dihiris
6. Bunga kubis, kacang panjang - dipotong
7. Sos tiram
8. Kicap manis
9. Air rebusan ayam (boleh digantikan dengan kiub ayam sekiranya mahu)
10. Daun limau purut

Cara-cara:
1. Rebus ayam yang telah dipotong dadu tadi dan ambil air rebusannya.
2. Tumiskan bawang merah, halia dan serai bersama-sama sehingga wangi.
3. Masukkan cili boh atau cili kering yang telah dikisar sehingga masak.
4. Masukkan sedikit kicap manis dan masukkan ayam yang telah direbus tadi.
5. Masukkan sedikit air rebusan ayam tadi. Sekiranya anda nak sedap lagi boleh tambahkan kiub ayam sedikit.
6.  Biarkan ayam tadi dalam 5 minit.
7. Masukkan bunga kubis dan kacang panjang yang telah dipotong tadi bersama-sama daun limau purut.
8. Masukkan sos tiram dan garam secukup rasa.
9. Sekarang dah boleh dihidang untuk keluarga anda!


Paprik yang siap dimasak

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :