Khamis, 14 September 2017

Tragedi Kebakaran Pusat Tahfiz : Lebih 20 pelajar tahfiz meninggal dunia

Pagi tadi kita dikejutkan dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat. Berdasarkan maklumat awal, lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dipercayai terkorban.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya BombaAbu Obaidat Mohamad berkata:

"Kejadian kebakaran didapati berlaku di tingkat dua bangunan tersebut dan api dapat dikawal pada pukul 6.15 pagi sebelum padam sepenuhnya pada pukul 6.45 pagi. Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba Abu Obaidat Mohamad. Kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Setakat ini, kira-kira 23 mayat telah dikeluarkan manakala lima lagi yang terselamat cedera”.

Semoga roh semua pelajar dan tenaga pengajar yang terkorban dicucuri rahmat. Sedekahkan al-Fatihah buat mereka semua.










Sumber: mstar , Berita Harian




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :