Jumaat, 15 September 2017

Tazkirah : Menjemput Rezeki

Rezeki datangnya dari Allah. Semua terjadi, semua rezeki yang kita dapat dengan izinNya. Selain mencari rezeki itu, kita kena yakin Allah adalah pemberi rezeki. Ada banyak amalan yang kita boleh buat untuk menjemput rezeki. Kita jangan sempitkan fikiran kita yang rezeki itu cuma duit. Rezeki boleh datang dari banyak sumber. Dipermudahkan urusan seharian dan diberikan kesihatan yang baik juga satu rezeki.

Antara amalan yang menjemput rezeki adalah:
  1. Bangun di awal pagi. Kadang-kadang kita ni banyak merungut rezeki tak masuk, rezeki mahal. Kalau kita bangun pun dah matahari tegak kat kepala, macammana Allah nak bagi rezeki pada kita. Rezeki masuk pagi2 dan cubalah bangun seawal pagi untuk jemput rezeki. Amalkan membaca ayat 1000 Dinar selepas Subuh.
  2. Bersedekah. Percayalah, tak akan jatuh miskin bagi orang yang bersedekah. Sedekah tak perlu banyak. Memadailah dengan niat seikhlas hati. RM1 sehari pun dah ok. Pagi2 sebelum breakfast kalau jumpa peti derma tu, hulurkanlah sikit. Dah jadi kemestian bagi saya untuk sedekah at least RM1 sehari dan bagi makan kucing. Alhamdulillah, walaupun tak kaya, belum lagi putus rezeki. Urusan pun banyak yang Allah permudahkan. Banyak sangat yang Allah bagi berbanding apa yang kita dah buat untuk Dia. Sayangnya Allah dengan kita.
  3. Solat di awal waktu. Kita ingat Dia, Dia akan ingat kita. Mintaklah apa yang kita nak. Letak Allah paling utama dalam apa pun yang kita buat.
  4. Solat Dhuha. Sebaik-baiknya amalkanlah solat dhuha setiap hari. Insya Allah, rezeki tak disangka akan dapat. 
  5. Baca surah al-Waqiah setiap hari.
  6. Dahulukan ibu bapa. Setiap kali dapat duit gaji asingkan dulu untuk ibu bapa. Insya Allah tak akan kurang rezeki kita. Gembirakan hati mereka. Memang berkat rezeki kita.
  7. Baca zikir ini setiap kali lepas solat.
  8. Istigfar sekurang-kurangnya 100x sehari. Dengan istigfar, akan dipermudahkan segala kesulitan, rezeki yang tidak disangka-sangka dan diberi keluar dari jalan yang sempit. Kalau mampu bacalah istigfar 1000x sehari. Insya Allah. Yakin dengan janji Allah.
  9. Baca zikir ini. Saya pernah terbaca dalam satu posting di FB tapi tak ingat dari siapa. Ada seorang hamba Allah ni pengusaha kambing dan income dia sebulan dalam 60-70 ribu. Dia baca zikir ni 7 kali setiap pagi dan 7 kali setiap petang. 

Kadang-kadang Allah bagi rezeki mencurah-curah, tapi hati kita tak tenang. Allah bagi anak-anak yang ramai tapi anak-anak terlibat dengan pelbagai masalah sosial. Ada yang hidupnya cukup sederhana, tapi Allah beri dia ketenangan hidup sebab hidupnya tak pernah tinggalkan suruhan Allah. Itu namanya keberkatan rezeki itu sendiri.

Ada banyak lagi amalan yang menjemput rezeki yang boleh kita amalkan. RahsiaRezeki menghuraikan pelbagai persoalan berkaitan rezeki. Antaranya ialah:
  1. 6 Sebab Mengapa Rezeki Anda Menjadi Sempit
  2. 15 Amalan yang boleh anda lakukan untuk menambahkan rezeki
  3. 5 Petua untuk mendatangkan rezeki yang melimpah ruah di dalam kehidupan anda
  4. Ayat serta surah di dalam al-quran yang boleh anda amalkan untuk membuka pintu rezeki
  5. Waktu-waktu yang mustajab untuk berdoa memohon keberkatan rezeki yang melimpah ruah
  6. Petua serta peraturan berniaga di dalam islam
  7. Keajaiban bersedekah
  8. Kehebatan ayat 1000 dinar
  9. Rahsia bangun awal pagi
  10. Rahsia rezeki di dalam menunaikan haji dan umrah
  11. dan banyak lagi tips, panduan serta petua menarik
menjemput rezeki
Klik di SINI untuk mendapatkan RahsiaRezeki

Sama-sama kita amalkan. Insya Allah.




lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :