Selasa, 26 April 2016

The Power Of SEDEKAH


sedekah

The Power Of SEDEKAH. Sedekah tidak sekali-kali akan membuatkan kita miskin, tidak sekali-kali membuatkan kita papa kedana. Malahan, sedekah akan membuka pintu rezeki kita dan melimpah ruahkan rezeki kita. Sedekah juga penawar kepada penyakit.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini kisah benar saya mengenai sedekah. Pada tahun lepas, saya telah disahkan mengidap penyakit buah pinggang (kidney failure) sepertimana yang telah saya ceritakan dalam post saya sebelum ini. Penyakit ini dah sampai end stage di mana saya perlu membuat dialisis setiap 3 kali seminggu. Alhamdulillah, selepas menjalani dialisis selama 3 bulan, sekarang saya tidak perlu lagi melaluinya.

RAHSIANYA?

Tiada rahsia, melainkan doa dan tidak putus bersedekah walaupun hanya RM1. Asal terjumpa peti derma saya pasti akan sedekah. Ada saja makcik2 yang datang menjual barang ketika sedang sedap makan, saya pasti akan dermakan. Kalau dulu saya tidak suka orang2 yang datang meminta sedekah kerana menganggap mereka ini penipu tetapi sekarang saya pula mencari mereka kerana dalam rezeki saya ada rezeki mereka. Tidak perlu menunggu untuk kaya baru bersedekah kerana sekiranya kita bersedekah ketika kita sangat sempit itu lebih berkat dan mulia. 
Sedekah juga membuatkan rezeki tidak pernah putus walaupun tidaklah kaya sangat. Sekiranya rasa sangat sempit rezeki, cublah untuk berrsedekah dan mesti dapat rasa kehebatan bersedekah. Janji Allah pada yang bersedekah adalah pasti.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada satu amalan yang amat baik untuk kita amalkan untuk murah rezeki. Bacalah ayat berikut setiap kali lepas solat fardhu sebanyak 33x. Insya allah, tak akan putus rezeki. Yakinlah dengan janji Allah.

murah rezeki


 

lepak.com.my

About lepak.com.my

lepak.com.my ini diwujudkan bagi berkongsi info, petua, resepi,tempat menarik yang kami lawati dan lain-lain dengan anda. Di lepak kami sangat mengalu-alukan sebarang pandangan dan berkongsi apa jua isu bersama anda semua

Subscribe to this Blog via Email :